Trend pemakaian kasut hari ini bermacam ragam. Jika kasut jenis getah tular dan sesuai untuk kegunaan kita setiap hari namun bukan untuk anak kecil kita.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, satu pesanan untuk ibu bapa di luar sana agar sentiasa berhati-hati sekiranya anak kecil memakai kasut getah.
Penggunaan kasut getah boleh meningkatkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi apabila menaiki tangga bergerak (eskalator). Hal ini kerana kasut tersebut mudah terperangkap sekaligus membahayakan kanak-kanak.
Struktur dan reka bentuk kasut getah itu adalah lembut. Jadi, ia boleh menyebabkan kasut tersebut ‘dicengkam’ oleh eskaltor.
Berhati hati jika anak kecil menggunakan kasut getah lembut dan menaiki tangga bergerak.
Struktur kasut yang lembut dan mencengkam menyebabkan ia mudah terperangkap di bahagian sisi tangga bergerak (eskalator) dan menyebabkan kaki anak terperangkap masuk.
Dalam kes yang serius, kaki anak boleh mengalami kecederaan teruk termasuk bahagian jari patah.
Cara terbaik untuk mengelakkan kasut dan kaki terperangkap adalah
✅ Pastikan kaki anak berada di tengah tangga
✅ Jauhkan kaki dari sisi tangga bergerak
✅ Pastikan anak melangkah setelah sampai di tangga bergerak
Apapun keadaan dan situasinya, pastinya anda sentiasa memegang anak ketika menaiki eskalator bergerak. Pastikan juga posisinya tepat dan jangan terlalu rapat dengan bahagian tepi.
Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.
Menerusi Insta Story miliknya, Shila berkongsi mengenai perkara itu bersama pengikutnya.
Tambah Shila lagi yang kini sedang berpantang, kejadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan anaknya turut menghidapi penyakit talasemia sama seperti dirinya.
“Ya Allah budak ini (Seth) buat mama takut. Main panas dekat luar, pastu terus naik rumah, mandi. Lepastu nak pitam (pengsan).
“Bergegas mama turun tangga nak tengok dia dah pucat muka. Terus mintak papa dia bawak ke klinik.
“Ternyata sebijik mama. Sebab itu mama tak boleh sukan dari kecil sampai sekolah menengah.
“Allahu anak, saya boleh lihat dia ada talasemia seperti saya. Semoga Allah lindungi anak-anak kita, keluarga kita dari segala apa yang memudaratkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata dia menyedari menghidap penyakit berkenaan semasa hamil cahaya mata pertama.
“Saya sedar ada talasemia jenis carrier (pembawa) semasa hamil anak pertama,” katanya lagi.
Sekadar info, Shila mendirikan tangga dengan pempengaruh Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Melahirkan bayi pramatang sememangnya tidak diduga boleh berlaku. Namun ia tidak mustahil berlaku kepada ibu hamil. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Jadi tambahkan ilmu mengenali kelahiran pramatang ini.
Tanda-tanda kelahiran pramatang
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
Turun darah secara tiba-tiba
Rasa kekejangan pada bahagian perut atau cramp
Berlaku kontraksi secara tetap
Tahap-tahap kelahiran pramatang
Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 36
Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 30 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Rawatan di hospital
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke dalam wad dan doktor akan bertindak menyiasat punca kepada tanda-tanda kelahiran pramatang tersebut dan cuba untuk merawat penyebabnya (non active procedure) .
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal.
Ibu yang risiko tinggi menghadapi kelahiran pramatang?
Sejarah kelahiran pramatang sebelum ini.
Kelahiran kembar.
Jarak antara kehamilan kurang dari enam bulan.
Kehamilan disebabkan rawatan in vitro fertilization (IVF).
Ibu yang mempunyai masalah pada uterus, pangkal rahim atau plasenta.
Ibu yang merokok atau mengambil dadah.
Kekurangan nutrien semasa hamil.
Ibu yang tidak naik berat badan pada tahap sepatutnya semasa hamil .
Jangkitan kuman pada air ketuban dan vagina.
Ibu yang mengalami darah tinggi dan kencing manis yang kronik.
Berat badan kurang atau melebihi paras normal sebelum hamil.
Tekanan perasaan
Sejarah keguguran sebelum ini.
Mengalami kecederaan atau trauma.
Air ketuban yang banyak
Ibu yang mempunyai masalah fibroid
Nasihat Dr kepada ibu-ibu supaya sentiasa peka tentang kelahiran pramatang
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.