
Dah lama pasang niat nak belajar tanam pokok cili, namun tiada kesempatan. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini.
Justeru, page Keluarga dengan kerjasama Cilibangi menganjurkan program belajar tanam cili secara atas talian bagi menambah ilmu tanam pokok cili di rumah.
Program berlangsung dalam medium teams. Seramai 64 orang peserta menyertai aktiviti ini. Saudara Ahmad Fikri Mastor dari Cilibangi menjadi tenaga pengajar dan berkongsi pengalanan serta info berkenaan penanaman cili kepada peserta.
Bagi memeriahkan lagi aktiviti yang berlangsung, pihak Majalah Keluarga turut mengadakan sesi cabutan bertuah serta menjawab kuiz bagi memenangi hadiah istimewa.
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Himpunan Maya ‘Saya Anak Malaysia’ Semarak Semangat Patriotisme Di Kalangan Kanak-Kanak.

Merdeka! Merdeka! Merdeka. Teriakan suara penuh semangat sering dilafazkan setiap kali negara menyambut kemerdekaan. Namun sejauh mana perasaan kita apabila perkataan merdeka ini disebut atau dilafazkan?
Majalah Keluarga cakna mengenai semangat patriotisme yang juga perlu dipupuk sejak kecil bagi menanamkan perasaan cinta kepada negara telah mengadakan Virtual Himpunan ‘Saya Anak Malaysia’ sempena meraikan bulan kemerdekaan,
Pertandiangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan lebih 100 orang kanak-kanak sejak tarikh penyertaan dibuka bermula 1 Julai hingga 15 Ogos 2021 lalu.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi usia 4 hingga 6 tahun dan dan Kategori B usia 7 hingga 12 tahun. Para peserta dikehendaki menghantar gambar, video ((pantun, nyanyi dan lakonan) atau karangan apa sahaja yang menunjukkan “Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia”.
Pertandingan ini juga turut mendapat penglibatan daripada kanak-kanak beberapa buah tadika termasuk Tadika Integrasi Genius Khalifah Jln Kebun, Tadika Amazing Seed, Brainy Bunch Bandar Puteri Klang dan SK Sik Kedah.
Berikut video pengumuman pemenang pertandingan berkenaan.
Tahniah kepada pemenang
Kategori A (Umur 4-6 tahun)
Juara: Mohammad Aref Addin Bin Mohd Amiruddin
Naib Juara: Hayfaa Kamelia Binti Mohammd Kamal Afzan
Ketiga: Muhammad Khalil Faiq Bin Mohd Khushairi
Kategori (Umur 7-12 tahun)
Juara: Nurul Qiesrawiyah Binti Hasbullah
Naib Juara: Nur Amni Damia Binti Muhammad Noor Khairuddin
Ketiga: Nur Zafirah Eryna Binti Mohd Shahrizan Sham
Juara memenangi hadiah wang tunai RM500, hamper serta tropi dan E-Sijil. Manakala naib juara memenangi wang tunai berjumlah RM300 dan tempat ketiga berjumlah RM200. Masing-masing membawa turut membawa pulang tropi dan E-Sijil. Bagi peserta yang tidak berjaya turut diberikan E-Sijil sebagai penghargaan menyertai pertandingan ini.
Tahniah kepada yang berjaya!
Bukan Sahaja Patuh SOP, Kawalan Yang Dibuat Selesakan Pengunjung. Tak Rugi Bercuti Di Genting Highland!

Sejak-sejak dapat ‘lampu hijau’ untuk bercuti dalam negara, apa lagi semua orang ‘gatal tangan’ pegang telefon pintar cari kawasan menarik untuk dilawati dan bercuti. Ye la, lebih kurang 3 bulan terperuk kat rumah dek PKP, jadi bila dah dapat peluang macam ni, takkan nak lepaskan. Ye dak?!
Salah satu kawasan percutian yang menjadi sebutan orang ramai semestinya Genting Highland! Di samping merasai suasana dingin semulajadi nun di atas sana, ibu ayah juga boleh cuci mata membeli belah dan berseronok bersama anak-anak di taman tema!
‘Tapi… Sekarang ni virus masih lagi berleluasa, macam mana ni?! Nanti pergi bercuti tak pasal-pasal dijangkiti pula!’
Jangan risau! InsyaAllah tak ada apa-apa selagi anda semua ikut arahan kerajaan, #kitajagakita dan menjaga SOP yang ditetapkan. Seperti mana yang dinitikberatkan oleh pihak Genting Highland untuk pengunjung yang akan bercuti di sana nanti! Nak tahu macam mana? Meh tengok garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Genting ini!
Garis Panduan Sepanjang Berada di Genting Highland
1) Bagi mengelak dari bersentuhan dan memudahkan pengunjung, anda digalakkan untuk beli tiket secara dalam talian Mudah kan?
2) Pengunjung disarankan untuk mengimbas Kod QR dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kawasan tarikan.
3) Selain itu, pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki kawasan tarikan dan taman tema Genting. Bagi yang suhunya melebihi 37.5 darjah dan ke atas, mereka tidak akan dibenarkan masuk sebaliknya akan dibawa keruangan menunggu untuk mendapatkan bantuan rawatan. Wahh caringnya! Hehe.
4) Tak bawa hand sanitizer? Dont worry! Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan sekitar kawasan umum. Terbaiklah!
5) Jangan risau jarakan sosial ketika bermain di taman tema, pihak Genting Highland telah mengubahsuai dan meletakkan jarak tambahan antara mesin / aktiviti / tempat duduk arked. Jadi jarak 1 meter tu sentiasa dalam kawalan, ok?
6) Untuk memastikan pengunjung mematuhi penjarakan sosial, tanda diletakkan di lantai di tempat-tempat menarik dan kawasan tumpuan untuk menunjukkan di mana para tetamu harus berdiri / beratur untuk menjaga jarak yang selamat dari orang lain.
7) Dasar keselamatan dan kebersihan dipaparkan di semua pintu masuk dan dalam talian. Duta Perkhidmatan ditempatkan di kawasan strategik untuk mengurus / menasihati pengunjung, menyediakan hand sanitizer, memeriksa dan mengurus pengunjung yang tidak sihat.
8) Pekerja yang bertugas dilengkapi dengan topeng muka dan jika perlu, mereka akan sarung tangan semasa bertugas. Anda diminta memakai topeng muka ketika berada di taman tema dan kawasan tarikan. Topeng muka dan sarung tangan dijual atas permintaan.
9) Tandas akan dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang telah ditetapkan dan dicatat. Permukaan yang terdedah dengan sentuhan tangan, penahan tunggangan dan mesin arked akan dibersihkan secara kerap. Bahagian atas kaunter di kedai runcit dibersihkan dan dibasmi kuman setiap 30 minit.
10) Untuk meminimumkan pengendalian tunai, pihak Genting juga mengutamakan pembayaran secara kad. Wang tunai hanya akan diterima di kios pembayaran kami.
11) Papan tanda dipasang di pintu masuk kedai runcit dan kios untuk mengingatkan para tetamu tentang keperluan jarak sosial. Semua kios akan menghadkan kapasiti untuk 3 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Di samping itu, bagi memastikan percutian anda menjadi lebih selamat, buat pertama kalinya di Malaysia, First World Hotel memperkenalkan Digital Key sebagai salah satu langkah terbaik menggantikan kad kunci.
Dengan hanya memuat naik aplikasi Resorts World Genting, anda bukan hanya mampu booking tiket bilik, malah selesai sahaja urusan booking, anda hanya menggunakan apps tersebut untuk membuka kunci bilik anda. Mudah kan?
Penempahan Bilik
- Buka aplikasi Resorts World Genting. Pilih tempahan anda di telefon anda.
- Daftar masuk dan pilih bilik anda. Isi maklumat anda untuk mengesahkan.
- Aktifkan Kekunci Digital anda. Kunjungi kaunter penerimaan tetamu hotel untuk menerima pengaktifan kod QR anda.
- Buka kunci pintu anda. Hidupkan Bluetooth anda dan ketuk Kekunci Digital untuk memasuki bilik anda.
Semakan Keluar
- Buka aplikasi Resorts World Genting. Pilih penginapan anda sekarang untuk butang “Checkout”.
- Sahkan daftar keluar. Kunci Digital anda akan dinyahaktifkan secara automatik.
So tunggu apa lagi, jom bercuti di Genting Highland!
Hujung Minggu Belajar Buat Pastri Secara Dalam Talian. Creampuff Menjadi & Seisi Keluarga Suka Makan!

Pada hujung minggu bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan salah satunya adalah dengan memasak bersama-sama. Lazimnya bila kita dapat menyediakan hidangan yang enak dan digemari oleh seisi keluarga tentu ianya menjadi momen yang menggembirakan.
Apatah lagi melihat anak-anak makan berselera tentu sahaja memberi rasa kepuasan berganda buat ibu yang memasak.
Lantaran itu, Keluarga menganjurkan satu program webinar E-Keluargagader secara dalam talian untuk memberi ruang kepada seisi keluarga untuk mengetahui cara bagaimana untuk menyediakan creampuff yang lembut dan berkirim intinya.
Program ini mendapat sambutan ramai dengan jumlah keahlian 120 orang mendaftar, dan mereka dihimpunkan di dalam aplikasi Slido. Sepanjang tempoh 2 jam mempelajari ilmu membuat Creampuff daripada pakar En Mior Ashraf Norul Bashah yang juga merupakan pemilik Kedai Kek Shah Alam, rata-rata peserta program cukup berpuas hati dan dapat memahami dengan sebaiknya apa yang disampaikan.
Kuiz & Cabutan Bertuah
Peserta tidak hanya mempelajari cara membuat creampuff semata-mata, malah program dimeriahkan dengan soalan kuiz dan cabutan bertuah.
Tahniah diucapkan kepada 5 peserta yang terpantas menjawab soalan kuiz iaitu Puan Sahhila Sulaiman, Puan Suanrti Mohd Talkhah, Puan Nurul Fauzira dan Encik Mohd Dzul Hatta Abdul Kamal. Manakala pemenang untuk cabutan bertuah pula adalah menjadi milik Puan Suanrti Mohd Talkhah, kemudian puan Nurashikin Jalpus dan Puan Amirah Shamsuddin.