“Belajar Iqra Sambil Baca Al-Quran Untuk Baby.” Sedar Kekurangan Diri, Mawar Rashid Tak Malu Upah Guru Mengaji Betulkan Bacaan.

Share

Belajar membaca dan mendalami Al-Quran adalah satu amalan yang bagus lagi-lagi bagi wanita yang sedang hamil.

Memperbanyakkan amalan membaca ayat-ayat suci al-quran baik untuk bayi dalam kandungan.  Tak perlu malu utk mengaku tak pndai mengaji yang penting kita masih di beri peluang dan kesempatan untuk belajar mengaji. Ramai yang masih tak pndai membaca al quran walau umur sudah lanjut usia, tapi selagi masih bernyawa kita masih ada peluang utk belajar.

Itu yang cuba dipraktikkan oleh bakal ibu yang cantik manis bernama Mawar Rashid. Isteri kesayangan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf Yaakob.

Menerusi laman instagramnya, Mawar memperkenalkan ustazah yang membantunya dalam memperkasakan lagi bacaan ayat suci -al-Quran.

 

Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all.. Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran.

“Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe..

Menurut Mawar, sebelum ni dia memang boleh baca Al-Quran, tapi tak beberapa lancar.

“Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain.

“Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah ? And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat ?

Sumber: Ig mawarashid