Perkahwinan bukan sekadar soal cinta dan nafkah, tapi juga tanggungjawab yang besar. Dalam sebuah sidang mahkamah syariah, seorang pemohon poligami menerima teguran yang cukup tegas daripada hakim satu peringatan yang jarang kita dengar daripada seorang lelaki kepada lelaki lain.
Alasan ingin berpoligami untuk menambah zuriat dipersoalkan dengan penuh hikmah. Hakim bukan sekadar menjalankan tugasnya, tetapi turut memberi pengajaran yang mendalam tentang tanggungjawab seorang suami dan bapa.
Kisah ini membuka mata perkahwinan bukan hanya tentang hak lelaki, tetapi juga tentang amanah yang perlu dipikul. Jom hayati perkongsian Nurul Izzah Zainol
BELAJAR DULU JADI SUAMI
Dalam satu sidang mahkamah, satu permohonan poligami telah disebut di hadapan Yang Arif Hakim. Pihak-pihak tidak diwakili peguam dan bila tiada peguam semuanya akan ditanya langsung oleh Yang Arif Hakim.
Yang Arif ada bacakan satu alasan ingin berpoligami yang dinyatakan Pemohon iaitu utk tambah zuriat. Start daripada situ, bertalu-talu ‘lecture’ daripada Yang Arif mengenai poligami yang saya jarang bahkan tak pernah dengar daripada mulut seorang lelaki.
“Kamu nak tambah zuriat lagi, isteri kamu baru bersalin sebulan lahirkan zuriat kamu. Nak tambah anak apa lagi?”
“Kamu dah jaga bayi kamu sendiri? Jaga malam, bancuh susu, tukar lampin. Kamu buat semua tu dulu. Rasa dulu susahnya macam mana jaga anak”