Suami ni jika isteri pandai ambil hati dan beri layanan tip top mesti cairkan! Bukan itu sahaja, jika isteri manja sikit dan suka belainya, tentu ada hadiah surprised buat isteri (ikut kemampuan ye).
Ikuti perkongsian Taufiq Razif tentang rahsia besar buat encik suami. Jom kita lihat perkongsian ini.
Ramai isteri tak tahu rahsia terbesar suami sendiri
1. Suami ni sebenarnya tak pernah membesar. Yang membesar cuma ego dan rasa tanggungjawab je. Suami masih seorang anak ummi, anak mama dan anak ibunya. Sebab tu mereka ni wajib taat ibunya sampai ke mati.
2. Suami masih perlukan pelukan kasih sayang dan masih perlukan belaian. Tak percaya cuba la belai rambut suami masa dia tengah nak tidur, keesokannya dia akan manja lain macam dengan isterinya sendiri. Silap-silap gelang emas menanti.
3. Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Haa, lelaki ni memang secara psikologi perlukan ‘gua’ peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun.
Dalam tu la biasanya mereka bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika.InsyaAllah kalau isteri boleh hadam dan faham rahsia suami masing-masing ni, senang la nak handle dan faham cara nak ceriakan kembali suasana rumahtangga yang mungkin dah pudar ditelan waktu dan kesibukan kerja.
p/s : Cuba la tag suami korang tapi percaya la tak ramai sanggup nak mengaku. Hilang la macho kan..Amal tips saya bagi malam ni terus ye. Sambil belai ubun-ubun dan rambut suami masa tengah tidur tu bisik la kata-kata ni ” Abang, gelang omeh satu ye besok “. Kalau suami korang angguk kecil, rezeki raya korang la tu. Cuba tau!
Sumber: Taufiq Razif