Bela Kucing Bukan Sekadar Beri Makan, Ini Perkara Yang Tak Patut Anda Abaikan. Take Note Nombor #4!

Share

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan bukan hanya bab penjagaan yang dititikberatkan. Kena ingat juga, bela kucing bukan sekadar makan minum je, kebajikan kucing dan orang sekeliling terutama jiran anda juga patut  kena jaga. Jangan sampai anda menerima aduan mengenai bau yang kurang menyenangkan atau si comel anda mengganggu ketenteraman jiran.

Dua benda penting yang patut ada jika mahu bela kucing adalah duit dan tenaga.

Take note perkara ini jika mahu memelihara kucing:

Menyediakan makanan Makanan kering/basah

Pilihan makanan buat si comel ini tidak lagi terhad. Di pasaran pelbagai makanan disediakan. Cuma kandungan dan kualiti dalam makanan itu berbeza. Lihat apa yang kucing anda suka makan.

Sebaiknya beri kucing makanan jenis kering dan basah – bagi makanan basah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Jika mahu menjimatkan kos dan pelbagaikan diet kucing, anda juga boleh memberi si comel makan ikan atau ayam rebus.

Catit Nibbly misalnya yang didatangkan dalam dua perasa iaitu ayam dan juga salmon, mengandungi daging berkualiti tinggi, kaya dengan asam amino, dan diperkaya dengan taurine. Taurine adalah asid amino yang sangat penting yang menyokong fungsi jantung, buah pinggang dan hati.

Toilet train si bulus

Tak susah pun sebenarnya terutama bagi anda yang membela anak kucing kerana mudah untuk dilatih. Caranya adalah dengan meletakkan dalam sangkar yang agak luas. Dalam sangkar disediakan makan minum dan juga litter box. Kucing biasanya automatik kalau jumpa pasir dia membuang di situ. Untuk kucing dewasa masih boleh dipraktikkan. Kalau misalnya kucing terlepas hajat di tempat lain, ambil scoop, kaut najis dan letak dalam litter box. Lepas tu suakan sikit muka kucing tu tahu di situlah tempat ‘melepas hajat’. Jadi anda tak perlu bimbang si bulus ‘membuang’ di luar atau berdekatan rumah jiran.

Penggunaan Catit Magic Blue, pembersih udara yang cekap membantu mengurangkan ammonia di dalam kotak sampah, mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra alam. Sesuai dengan setiap kotak sampah.

Litter box

Bekas ini perlu dibersihkan setiap hari kerana kucing adalah haiwan pembersih selain memiliki deria bau yang sensitif. Kalau litter box kotor dan berbau, ada kemungkinan dia tak nak guna dan pergi melepas di tempat lain.

Tetapi itu tak bermakna anda kena cuci hari-hari. Seminggu sekali, barulah cuci litter box dengan air dan sabun. Kalau nak letak di luar, guna litter box bertutup. Setiap hari, kaut najis dan buang. Untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, anda boleh cuba tip ini. Tabur baking soda pada litter box bagi membantu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Kalau nak lebih wangi, tabur bedak tapi jangan terlalu banyak sehingga mengundang ketidakselesaan kucing anda.

Kotak Catit Litter misalnya akses mudah yang mana lipatan pintu atas yang mudah dibuka sepanjang jalan, membolehkan pemandangan penuh dan akses. Buat si comel rasa selesa dan bebas di dalamnya.

Pasir

Ini antara benda paling penting yang perlu dan wajib disediakan terutama sekali bagi anda yang tinggal di kediaman bukan atas tanah seperti pangsapuri dan sebagainya. Ia bukan sahaja sebagai ‘tandas’ kepada kucing malah memudahkan pemilik kucing untuk membersihkan sisa buangan kucing mereka. Malah, ia juga penting bagi membantu memerangkap bau. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa.

Walaupun banyak jenis pasir untuk kucing di pasaran, namun tak semua sesuai buat kucing. Pilih yang boleh memberi si comel anda selesa sekali gus dapat mengelakkan dari membuang air di merata tempat.

Catit Supermix misalnya mudah untuk di scoop kerana ia tidak melekat pada kotak sampah. Bukan itu sahaja, ia juga 95% kurang habuk dan penjejakan yang dikurangkan. Selain memberi keselesaan buat si comel, pasir ini juga menyerap bau sehingga 3 kali jumlahnya sekali gus membantu menghapuskan sebarang bau najis, membuatkan kediaman anda bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Tip memudahkan urusan sisa buangan si bulus, sebaiknya buang setiap hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan memberi keselesaan buat kucing anda.

Jangan buang sampah Catit Super Mix di dalam tandas, kerana sampah yang berkumpul boleh menyekat paip tanda di kediaman anda. Sebaiknya lupuskan di dalam beg sampah. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my