Jangan buat main, bila terlalu penat tanpa mendapat rehat boleh meragut nyawa. Ini yang terjadi kepada seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ, berikutan bekerja 104 hari dengan hanya diberikan cuti rehat selama satu hari.
Biarpun ini berita luar negara ini, kejadian ini perlu kita ambil peduli untuk mengelak kejadian ini berlaku.
Memetik laporan South Morning China Post (SMCP), mangsa yang dikenali sebagai A’bao berusia 30 tahun itu mengalami kegagalan beberapa organ akibat jangkitan pneumokokal, yang sering dikaitkan dengan kelemahan sistem imun.
Lelaki itu juga bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Laporan berita itu menjelaskan bahawa mangsa dikatakan terikat dengan kontrak sebagai pelukis di sebuah syarikat di China dan sepanjang bekerja sejak Februari hingga Mei tahun lalu, mangsa hanya bercuti satu hari sahaja iaitu pada 6 April 2023.
Kemudian, pada 25 Mei tahun lalu, mangsa mengambil cuti sakit sebelum dia dikejarkan ke hospital beberapa hari kemudian kerana masalah kesihatan. Mangsa yang didiagnosis dengan jangkitan paru-paru dan kegagalan pernafasan disahkan meninggal dunia pada 1 Jun 2023.
Ads
MAJIKAN DIARAH BAYAR PAMPASAN RM244K
Susulan daripada kematian tersebut, keluarga mangsa telah memfailkan saman atas kecuaian majikan. Hasil siasatan, mahkamah mengarahkan syarikat terbabit t membayar pampasan 400,000 yuan (kira-kira RM244,412) kepada keluarga pekerja terbabit.
Difahamkan, syarikat terbabit telah melanggar Undang-Undang Buruh China yang mewajibkan tempoh maksimum bekerja dalam sehari adalah lapan jam, dan puratanya, 44 jam seminggu.
Moga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita kekal menjadi kesihatan diri.
Ads
TIP INFO SIHAT
Stress kat tempat kerja memang biasa tapi ada cara kita boleh elakkan atau kurangkan. Here are some tips:
1.Rehat Sekejap
Jangan tunggu sampai stress dah menggunung. Ambil 5-10 minit break every hour untuk stretch, minum air, atau jalan kejap. Ini boleh clear kepala sikit dan bagi energy untuk teruskan kerja.
2.Buat Yang Penting Dulu
Cuba senaraikan apa yang paling penting untuk buat dulu. Jangan buat semua sekaligus sebab nanti makin kelam kabut. Guna to-do list boleh bantu.
Ads
3.Jaga Komunikasi
Kalau ada masalah kat kerja, communicate dengan team or bos awal-awal. Bila masalah dapat settle awal, kurang sikit beban yang boleh sebabkan stress.
4.Jaga Pemakanan dan Tidur
Makan on time dan cukup tidur pun penting. Bila badan sihat, mental pun lebih tenang nak handle pressure kat tempat kerja.
5.Exercise Ringan
Kalau boleh, cuba buat exercise ringan macam walking, stretching atau breathing exercise waktu break. Ini boleh bagi mood boost dan kurangkan stress.
6.Jangan Bawa Kerja Balik Rumah
As much as possible, jangan biar masalah kerja ikut balik rumah. Once dah habis kerja, cuba disconnect dan focus on family or hobbies.
7.Cari Support System
Kalau stress sangat, cerita kat kawan-kawan or family boleh kurangkan beban. Kadang-kadang, just meluah boleh bagi rasa lega.
p/s: Nak elak stress ni kena ada balance antara kerja dan rehat. Yang penting, jaga diri sendiri dulu supaya boleh perform better kat tempat kerja!
Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Buat apa berhabis ribuan ringgit untuk membeli TV baharu jika yang lama masih boleh digunakan cuma harus diperbaiki.
Kos yang diperuntukan untuk kedua-dua pilihan ini juga sangat jauh berbanding jika anda memperbaiki kerosakan itu sendiri lebih-lebih lagi jika ianya hanya kerana skrin tv anda berjalur-jalur.
Jangan risau, sebelum anda membeli TV baharu, apa kata cuba dulu baiki TV rosak berjalur seperti yang dikongsikan oleh Eezwan Manaf di laman Facebooknya. Memang menjimatkan!
CARA BAIKI TV ROSAK BERJALUR, JIMAT & MUDAH
Nak dijadikan cerita smart tv saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah tengok TV tiba2 berjalur dan terus tak ada gambar.
Dalam hati habislah kopak duitku nak dekat raya ni. Tapi dalam masa yang sama duk survey tibi baru kat Shopee. Haha.
Saya whatsapp electrician tanya dia boleh baiki tak? Katanya LCD model tv ni tak ada stok. So tak boleh buat apa2. Tapi tv tak ada crack, lcd cun lagi. Baru pakai 3 tahun. Alamak kena buang ke?
Saya cuba google tentang cara baiki tv rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube. Saya pun kata why not kalau try cara ni walaupun tv tu berlainan brand dan jenis.
Jadi pagi ni, saya menggunakan segala kepakaran teknikal saya.
Cara-caranya:
1. Buka panel tv kat belakang. Kat situlah terletak pcb. (Board)
2. Cari salotape
3. Buka 2 cable yang ada kat pcb(board) dan try letak salotape. 2,3 kali juga try tapi still tak jadi sebab salah letak salotape.
4. Kali ke berapa try tiba2 dah boleh tengok tv. Maknanya salotape tu berjaya. Happy bukan kemain lagi. Jimat beratus² duitku. Alhamdulillah.
5. Jadi kalau tv korang jalur2 macam tv ni korang baiki sendiri je. Hehe. Kalau hantar kedai dia tukar LCD terus.
6. Gambar disertakan di bawah berserta description. Rujuk gambar untuk cara²nya.
P/s: link video -> https://youtu.be/7QyZTa8fO-c
Sumber: Facebook Eezwan Manaf
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan mana tidak kesepian jika salah seorangnya tiada terutamanya yang sudah hidup bertahun-tahun bersama.
“Sejak arwah ayah tak ada, macam ni la mak hari-hari. Duduk atas katil arwah sambil pandang kubur ayah di depan rumah,” tulis seorang wanita pada kapsyen video tular di aplikasi TikTok.
Menurut Zalida Ainie, 29, ibunya iaitu Dawiah Sapiai, 54, setiap hari akan duduk di atas katil arwah bapanya sambil termenung ke arah tanah perkuburan yang terletak di hadapan rumah mereka.
@zalida_ainieMama nak simpam kenangan kat sini .. Semoga mama pom boleh jadi macam mak.. sanggup susah dan senang sama2 .. Al-fatihah untk ayah .. Allhamdullilah mak dan adik beradik sangat puas hati jaga ayah selama ayah sakit ..
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata bapanya meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar gara-gara diserang kanser hati.
“Arwah ayah sakit kanser hati dengan ketumbuhan dekat kepala. Sakit sejak tahun 2016. Dia memang terlantar di rumah, badannya tak boleh bergerak dari paras dada ke bawah.
Semenja arwah ayahnya sakit, ibulah yang tanpa jemu menjaga ayah siang dan malam.
“Selama tujuh tahun sakit, memang mak yang uruskan ayah, suap ayah makan. Lepas dua ke tiga tahun sakit, ayah dah boleh makan sendiri, tapi tetap kena bangunkan dia dulu.
“Selepas ayah meninggal, mak suka duduk atas katil arwah ayah kat tepi tingkap. Rumah kami betul-betul depan kubur. Tingkap itu pula menghadap ke kubur.
“Kalau buka pintu rumah kami pun, terang-terang nampak kubur. Itu yang menjadikan video nampak lagi sedih,” ujar Zalida yang menetap di Batu Rakit, Terengganu.
Bercerita lanjut, Zalida berkata mereka kini sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku selepas kematian bapanya, Allahyarham Zaid Embun pada bulan lalu.
Biarpun tinggal berasingan, Zalida akan melawat ibunya setiap hari dan turut bergilir-gilir tidur di kediaman itu bersama adik-beradik yang lain.
“Ada dua adik yang duduk dengan mak. Walaupun saya tak tinggal bersama, rumah sewa saya tak jauh dengan rumah mak. Setiap hari saya datang dan akan bergilir-gilir tidur di sana dengan adik-beradik yang lain.
Sejak video yang dimuatnaik tular, ramai yang meluahkan rasa simpati di samping mendoakan keluarga ini. Ada juga yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan ibunya kerana memahami perasaan kehilangan orang yang disayangi ini.
“Mak cakap dia dah redha. Mak pun puas hati sangat sebab dapat jaga ayah masa sakit. Puas hati sangat jaga ayah sampai 7 tahun.”
“Cuma mak rasa lain sebab biasa sibuk jaga ayah tapi sekarang duduk je rumah tak de kerja nak buat.”
Semoga diberi kekuatan untuk keluarga ini dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.