Bekas Pengacara Program ‘Money Matters’ Hilang Sejak November, Ras Adibah Radzi Rayu Pulang.

Share

Siapa yang tidak mengenali Zalina Azman yang merupakan bekas pengacara program ‘Money Matters’ yang cukup dikenali era 90an.

Wajahnya yang cantik, petah berbicara dan bijak menjadi tarikan untuk penonton terus melekat di depan kaca TV. Malah fasih bertutur bahasa Inggeris dalam rancangan berkenaan membuatkan personaliti ini raih perhatian.

Namun semalam berita kehilangan bekas pengacara itu telah mengejutkan ramai pihak.

Difahamkan, polis sedang mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Bekas rakan sekerja turut mohon bantu

Dalam pada itu, bekas rakan sekerja, iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi turut meluahkan rasa sebak atas kehilangan yang pernah bekerja di syarikat yang sama dahulu.

Ras Adiba dalah perkongsiannya memohon agar mencari sahabatnya. Juga merayu agar rakannya itu pulang kembali ke pangkuan keluarga.

 

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

 

Sumber: Ras Adiba Radzi  & Metro Online

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club