BEKAS pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi tadi.
Adik angkat Allahyarham Yazit, Ashaari Mohd Nasir berkata, Yazit menghembuskan nafas di sisi ahli keluarga dan sahabat handai selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi oleh doktor pakar merawatnya.
Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama pada awal bulan lalu akibat masalah pernafasan.
Ashaari berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi untuk solat jenazah setelah selesai proses membawa pulang dari HKL.
Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.
Ads
“Sejak semalam, ramai rakan artis termasuk ahli Kumpulan Search, Kid dan Din hadir untuk menziarahi Allahyarham.
“Pemergian Allahyarham sangat mengejutkan kerana beliau baru memaklumkan hendak membeli set drum elektronik semata-mata untuk menyertai kumpulan nasyid, As-salam Buskers Sabtu lalu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Allahyarham Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 2
Menurut anak Allahyarham, Shafiqa Nurlis, bapanya mengalami kerosakan otak dan hanya mampu bergantung pada mesin pernafasan sejak semalam.
Ads
Sementara isteri Allahyarham Ramlah Mat, memberitahu, suaminya mengadu sesak nafas kira-kira jam 3 pagi.
Bagaimanapun, ketika sedang mengurut badan Yazit, keadaan menjadi panik apabila mulut pemain dram itu tiba-tiba berbuih. Ketika dikejarkan ke hospital jantung Yazit tiba-tiba terhenti dan terus dikejarkan ke zon merah selepas mendapat bantuan pernafasan (CPR).
Bagaimanapun pada pukul 5 petang, doktor memberitahu kepada Ramlah keadaan Yazit hanya 80:20 kerana otaknya tiada oksigen. Mesin bantuan pernafasan Yazit dihentikan di hadapan ahli keluarga dan waris terdekat.
Ads
Dalam pada itu, Amy Search turut memuat naik ucapan takziah kepada keluarga allahyarham menerusi laman instagramnya.
Tidak dinafikan bila bergelar ibu bapa ni memang ada cabaran didik anak. Begitu juga untuk membentuk sikap yang postif dalam diri anak.
Jika salah pendekatannya akan memberi kesan kepada kehidupan dan cara pemikiranya. Begitulah juga dengan coretan Doktor Zubaidi Haji Ahmad tentang didikan pembentukan sikap kepada anak-anak.
Beliau berkongsi kisah seorang bapa yang menggunakan pendekatan psikologi untuk mendidik anaknya supaya bersangka baik dengan orang dan mempunyai matlamat hidup. Dengan hanya menggunakan teknik membawa air penuh tanpa tumpah ia memberi pengajaran berguna buat anaknya.
Ikuti perkongsian ini.
Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, “Yah mulai hari ini saya tidak mahu ke masjid lagi” “Kenapa?” tanya ayahnya, “kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain”.
BAWA AIR TANPA TUMPAH, DIDIK JADI FOKUS DAN ADA MATLAMAT
Ayahnya pun berfikir sejenak dan berkata, “baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu” “Apa dia, ayah?” “Ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah” Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah. Sesampai di rumah ayahnya bertanya, “Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?” “Sudah”. “Ada yg tumpah?”, “Tidak”. “Ada di masjid tadi orang yang sibuk dengan gadgetnya?”. “Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini”, jawab si anak. “Ada di masjid tadi orang2 yang bercerita keburukkan orang lain?” “Saya tidak dengar kerana saya hanya tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini”.
Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, “Begitulah kehidupan. Jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak ada masa untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kamu sibuk menilai kualiti orang lain sehingga kamu lupa nenilai kualiti dirimu”. Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain. Fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif. Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
Teka-teki peminat sebelum ini berkenaan baby bump Wawa Zainal kini terjawab.
Ini berikutan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak keempat mereka.
Berita gembira tersebut dimuat naik Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjamu ‘frontliner’ dengan air tangan baginda bagi menghargai pengorbanan mereka bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19.
Terbaru, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan katil kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata HSB menerima sumbangan 100 katil, manakala HKL menerima 50 katil.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung kasih, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.
“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya
Sementara itu, Tunku Azizah yang turut berkongsi kurniaan itu menerusi akaun Instagram peribadi, airtangan_tunkuazizah.
“Semoga doktor-doktor, nurse-nurse dan semua kakitangan selamat dan selesa,” catat baginda bersama status berkenaan.
Sebelum ini, baginda dan anakanda-anakanda berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat d Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).
ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hosp … utk keselesaan mereka. Tulis Tuanku Permaisuri di laman instagramnya.
Kolam takungan Taman Seri Alam pecah lagi, limpahan air masuk dalam rumah. Penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama sekali lagi dikejutkan dengan kejadian kolam takungan pecah yang berlaku untuk kali ketiga pada awal pagi Rabu.