Bekalan Makanan Terputus, Kanak-Kanak Nekad Panjat Balkoni Flat Kibar Bendera Putih. Warganet Sebak Lihat Tindakan Bahaya Ini.

Share

Saban hari kita mendengar atau membaca perkongsian keluarga yang susah, hilang pekerjaan, terputus bekalan makanan, rumah sewa tidak bayar sudah berbulan dan pelbagai kesusahan yang dialami masyarakat. Siapa duga kemelut pandemik ini memberi kesan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia.

Setelah arahan ketat mengenai SOP yang melarang berniaga dan sebagainya, ada yang hilang punca pendapatan harian. Jika sebelum ini hasil jualan harian dapat menampung perbelanjaan keluarga, namun sebaliknya sejak larangan daripada pihak berkuasa.

Tidak perlu menunding jari siapa salah atau betul, semua ini berlaku diluar kawalan semua manusia. Jadi inilah masa untuk membantu mereka yang terkesan.

Sejak kempen kibar bendera putih tular, telah banyak pihak NGO berjaya membantu golongan yang memerlukan.

Sebagaimana perkongsian aktivis masyarakat ini meruntun jiwa apabila secara tidak sengaja melihat seorang kanak-kanak memanjat bumbung rumah flat untuk kibarkan bendera putih. Dapat dilihat aksi berbahaya itu dilakukan di luar tingkap

Apa yang menyedihkan keluarga itu telah terputus bekalan makan sejak tidak dapat berniaga. Pastinya kewangan susut setelah sekian lama duduk di rumah.

Menurut perkongsian wanita ini, pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin yang telah memuat naik video yang dirakam tanpa sengaja di kawasan pangsapuri PPR.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.
Bil air, elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus. Mujur dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) memberikan sumbangan kepada mereka sedikit melegakan keluarga kecil ini.

Ramai yang hulurkan bantuan selepas viral – Video 

@salwanaidinAllah pertemukan kami dengan adik ni. Bersungguh dia kibar bendera putih demi keluarga kecilnya. Allahu 😭 ##benderaputih ##pkp ##malaysia ##fyp♬ SurgaMu – UNGU

Dalam pada itu warganet titipkan doa dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga ini.

Sumber: TikTok @salwanaidin

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club