
Sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu
memakai perhiasan diri. Ia termasuk suka mengumpul barang emas.
Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Rekaanya cantik dan menjadikan ia lebih elegan.
Namun walaupun telah disalur chrome putih, nilai emas tidak langsung susut.
Ilmu ini tidak semua orang tahu, malah menyebabkan ada segelintir peniaga kedai emas menawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas itu kononya tidak mempunyai nilai.
Sebagaimana penerangan oleh wanita ini yang menjelaskan bahawa ada penipuan dikalangan penjual mengunakan cara begitu.
Emas chrome putih itu sama nilai dengan emas kuning.
Watch on TikTok
Meninjau diruangan rata-rata warganet berkongsi kisah. Ada yang tidak mengetahui bahawa nilai emas berkenaan sama dengan emas kuning. Ada juga yang sudah mengenai hal berkenaan.
Sumber: Diana
Hanya Guna Gam Fabrik Aje Untuk Tampal Lencana Sekolah. Paling Win Cara Ibu Ini Kongsi Tip!

Sesi persekolahan tinggal akan bermula lusa, hari rabu ni. Pastinya kaum ibu adalah orang yang paling sibuk menguruskan kelengkapan anak. Jika pergi ke gedung membeli belah, penuh ibu ayah membeli kelengkapan kasut sekolah dan pakaian sekolah. Persiapan last minute ni agak kelam kabut sikit kan. Salah satu yang paling mencabar nak menampal lencana dan tag sekolah anak. Jika anak ramai tentu ambil masa untuk menyiapkannya.
Namun melalui perkongsian Puan Muni Yusoff memang praktikal cara menampal lencana dan tag nama hanya menggunakan gam fabrik aje. Mudah dan cepat. Paling menarik tak perlu guna sterika. Jom buat hari ni.
Bismillahirrahmanirrahim. Memang dah lama tak tulis panjang mcm ni. Tapi sbb dah lama plan nak share cara senang nak tampal lencana dan tag nama sekolah. cuma tak ada masa je sejak banyak tempahan tudung sekolah anak customer. Dan terbaru ni sarung tangan muslimah. tq yang order tu.
Citer balik pasal lencana ni, senang je. Tak yah guna sterika. Hanya pergi kedai beli gam kain ni je. Modal RM5 je harga gam kain. Gam ni biasa saya beli kat kedai jahit. Rasanya kedai yang jual alatan kelengkapan kahwin pun ada.
Ok ni bahan-bahannya.
-Gam kain (rujuk gambar, pergi kedai tunjuk nak gam ni ye- bukan gam UHU ye)
-gunting
itu je heheh.
Cara nak buat ikut senang je, macam kita tampal kertas, macam tu lah caranya. Cuma gam, ni sapu kat tepi lencana dan tag nama dan dot kan sikit tak tengah. Jangan banyak, nanti ada kesan mcm basah kat lencana. Tag nama boleh nak sapu banyak sbb kain tebal kain. Pastu tekan-tekan dengan tangan je kat tag atau lencana tu . Dah siap! heheh. NO STERIKA DAH
Biasanya gam ni , saya guna untuk tampal manik pada tudung costumer. Jika baju sekolah koyak boleh je guna gam ni.
Nak share petua sikit: Jika ada tersilap tampal kan, mana lah tahu, salah tampal lencana, guna sterika aje nak cabut balik lencana tu. Bila dah panas, tu tarik slow2. Untuk kesan gam pada baju tu, guna kuib ais, gosok pada bahagian gam tu, InsyaAllah tak de kesan gam pada baju tu.
Moga dapat membantu cepatkan uruskan lencana sekolah anak. Dan sesuai sangat pada mereka yang tak ada mesin jahit. Nak detail, ada penerangan kat setiap gambar ni.












Cara ini adalah antara cara yang mudah untuk menampal lencana dan tag sekolah. Sesuai buat mereka yang tidak mempunyai mesin jahit dan menjimatkan kos mengambil upah menjahit lencana. Selamat mencuba!
Suami Ni Sanggup DIY Dari Berhabis Beribu Ringgit. Memang Untung Sangat, RM 300 Je Modal Kabinet Ni!

Tidak keterlaluan kalau dikatakan antara banyak-banyak ruang di dalam rumah, dapur menjadi antara tempat yang paling lama kita sebagai seorang ibu berada.
Lantas, pastinya kita inginkan ruang dapur yang selesa, kemas dan lengkap dengan kabinet.
Pun begitu, tidak dinafikan juga untuk mengadakan kabinet tersebut memerlukan kos yang agak besar.
Sedar hal itu, seorang suami ini sanggup melakukan pertukangan sendiri untuk menghasilkan kabinet dapur untuk isteri tercinta walaupun ilmu pertungannya bukanlah ditahap seorang pakar.
Pun begitu, hasilnya cukup membahagiakan isterinya. Malah apa yabg lebih menarik, kos yang dikeluarkan juga jauh lebih murah iaitu hanya RM 300 sahaja.
Jom semak perkongsian seorang suami ini.
KABINET DAPUR BUATAN SENDIRI RM300
Assalamualaikum wbt. Disebabkan harge nk buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. Setelah google2. Jadi sy mengambil langkah untuk buat sendiri.
Nak cuba buat sendiri. Saya ade sertakan gambar2 projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Ok sekarang dh siap kabinet dapur yg sy buat sendiri di rumah ku syurgaku. Kos tak mahal mana pun lah cuma perlukan kemahiran sikit. Isteri pun makin sayang.
Antara bahan2 yang sy gunakan:
Kayu 1×2
Papan playwood 4mm
Kayu siling (utk bingkai)
Engsel pintu
Skru kayu 1 inci
Siller + cat minyak + kertas pasir
Pemegang pintu (pakai yg cantik sikit)
Magnet pintu almari
Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi sy jimat lah sb xde duit bnyk sgt nk buat grand2. Duduk kampung je.
Step by step
- Mule2 pasangkan kayu 1×2 utk frame die
2. Kemudian ukur pintu bagi ngam2
3. Pasang tiang antara pintu dan pasang pintu. Pintu buat dari playwood 4mm
4. Belakang pintu ni letak magnet pintu almari. Ade jual kt hardware
5. Lekatkan pemengang pintu
6. Boleh gosok kertas pasir dh perlahan2
7. Siap gosok cat dgn cat minyak. Cat 3 lapis nk kilat
8. Dh kering sambung cat bingkai dgn penuh sabar. Bukan ape takut menitis
9. Ok dh siap pintu kabinet dapur diy yg dibuat sendiri. Belah dlm tu nt lah sambung. Yg penting dh ade pintu.
Ekstra tip:
- Sebelum pergi beli barang2 tu elok ukur dulu saiz dan panjang serta catatkan banyak mana nk beli bkn ape nanti terlebih beli. Kalau boleh minimum kan kos die lagi baik.
2. Mana2 suami yg pandai bertukang tu boleh lah buat sendiri je. Masa kalau buat tu 2 minggu boleh siap buat sikit2 lepas balik kerja dgn hari cuti.
3. Bukan ape isteri suke sangat bile ade kabinet dapur sb die boleh isi mcm2 dlm tu. Takde lah nampak bersepah.
Sekian perkongsian dari sy.
sumber : Aliff Muhammad via Deko Rumah Ku Syurga Ku
‘Take A Break’ Dan Rehat, Itu Pesanan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Pada Isteri Untuk Elak Stres.

Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan.
“Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi.
“Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018