Begini Rupanya Nak Dapatkan Sambal Yang Sedap, Merah & Cantik. Wanita Ini Kongsikan Rahsianya.

Share

Memasak bukan sesukar yang disangkakan, andai anda tahu cara, cukup bahan dan lengkap perasanya maka menjadilah resipi tersebut.

Bagi ibu-ibu yang sering mengalami masalah untuk masak sambal, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh wanita bernama Dhila Shafie menerusi facebooknya.


Hari ni saya suka sangat sebab masak sambal menjadi. Selama ni tak pernah jadi merah dan menarik macam ni.

Rupanya beberapa tips yg saya dapat semasa memasak hari ni:-
1. Cili kering mesti direbus untuk menghasilkan sambal yg menarik
2. Tumis dengan minyak yg banyak sampai garing dan pecah minyak
3. Cili kering yg direbus tekstur dia lebih halus dan lebih creamy. 


4. Blend dengan beberapa ulas bawang putih. Masa tumis tu harumnya bau dia.
5. Saya tak letak asam jawa tapi letak asam keping tetap jadi merah juga. Sama juga dengan gula putih.

Rahsianya sambal yg merah dan cantik mcm ni rupanya cili kering kena rebus dulu. Tanya org jual nasi lemak taknak nya dibagitahu. Cuma cakap tumis kena lama. Pakai asam jawa dan gula merah.

Jenuh masak seperti yg diberitahu tak juga menjadi merahnya.

Sekian. Saya newbie yg baru reti masak sambal. Happyyyyyy gilerrr?????