
Memasak bukan sesukar yang disangkakan, andai anda tahu cara, cukup bahan dan lengkap perasanya maka menjadilah resipi tersebut.
Bagi ibu-ibu yang sering mengalami masalah untuk masak sambal, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh wanita bernama Dhila Shafie menerusi facebooknya.
Hari ni saya suka sangat sebab masak sambal menjadi. Selama ni tak pernah jadi merah dan menarik macam ni.
Rupanya beberapa tips yg saya dapat semasa memasak hari ni:-
1. Cili kering mesti direbus untuk menghasilkan sambal yg menarik
2. Tumis dengan minyak yg banyak sampai garing dan pecah minyak
3. Cili kering yg direbus tekstur dia lebih halus dan lebih creamy.
4. Blend dengan beberapa ulas bawang putih. Masa tumis tu harumnya bau dia.
5. Saya tak letak asam jawa tapi letak asam keping tetap jadi merah juga. Sama juga dengan gula putih.
Rahsianya sambal yg merah dan cantik mcm ni rupanya cili kering kena rebus dulu. Tanya org jual nasi lemak taknak nya dibagitahu. Cuma cakap tumis kena lama. Pakai asam jawa dan gula merah.
Jenuh masak seperti yg diberitahu tak juga menjadi merahnya.
Sekian. Saya newbie yg baru reti masak sambal. Happyyyyyy gilerrr?????
Buat Batang Langsir DIY Semudah ABC Dengan Modal RM5 Jer. Senang, Jimat & Mudah Pasang!

Isi Kandungan
ToggleKalau bab-bab menghias rumah ini, ibu-ibu yang paling teruja. Apa sahaja tip atau info yang diberikan pasti cuba dipraktikkan di rumah sendiri. Lagi lagi kalau yang melibatkan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.
Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai dekorasi bajet ini yang meraih perhatian ramai kerana ia lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Ini antara langkah ringkas yang dikongsikan:
Deko Bajet RM5 jer untuk buat batang langsir DIY ???
Balut pvc dgn balance wallpaper
Gantung langsir 4 tahun lps..
Bole la wat tipu2..
Ini bahan yang diperlukan
Balut PVC dengan menggunakan lebihan wallpaper…
Inilah hasilnya. Mudah kan!
Saya buat macam ni..
Idea tersebut mendapat respon daripada warganet yang memuji dekorasi bajet ini kerana ia boleh dijadikan cara mudah untuk memasang langsir. Selain itu, ada juga yang turut berkongsi idea lain.
Daim Yusuf Benda yg lekat tu, sebenarnya ada yg kuat tp korg aje salah beli. Main kaut aje pastu gi bayar kt kaunter. Dkt packaging dia dh tulis had limit berat. Ada yg sampai 10kg+ tapi mahal sikit rasanya. Gam dia pun kena pastikan betul2 cair terus lekat. Benda ni nampak aje simple, tp baik kau paku aje. Senang ??
Mariani Ali kt umah guna paip pvc & paku clip dia… senang, jimat… bila nk cuci langsir, longgarkan je clip.. siap… kukuh pon kukuh…
Jila Abdullah I memang buat cara ni pun tapi rod langsir tu i beli ikea punya. Yang pelekat tu, i beli brand Command yg besar sekali tu. Boleh tahan berapa kg tah, lupa, and pakai tiga untuk length rod dalam 2m. Tapi pakai langsir ringan je la. So far, so good. Sebab Command tu boleh tanggal bila-bila, tinggal beli double tape dia je. Tak tinggalakan bekas pun kat dinding.
Paku kiri kanan
Farah Nurdiana Ahmad Rumah mak saya pakai PVC JK..senang sangat nak buka langsir..pastu paku kiri kanan..
Roha Hayzza Mak aku guna pvc hahah pstu letak kulit telor hujung pvc, nmpk orii lahhh hahahhaa die pi spray telor tu jadi putih sama wrna ngn pvc tu, xde la nmpk batang paip.
Myda N’asmida Sy pun guna hook ni untuk langsir sliding door. Pasang awal puasa aritu setakat ni bertahan lg …
Fy Fyda Dekat rumah memang pakai ni tp lubangkan pastu skru.. Baru kukuh
Sumber: Himpunan Cerita Lawak via Makan Sedap Johor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ni Baru La Betul, Mak Bergaya Anak Pun Bergaya.” Zizie Izette Bawa Anak Bercuti, Tampil Sedondon Raih Perhatian!

Sejak dulu lagi, Datin Zizie Izette sering tampil sedondon bersama anak-anak terutama sekali ketika bercuti.
Isteri kepada ahli politik terkenal Datuk Seri Bung Moktar ini juga rajin memuatnaik foto momen percutian bersama anak-anak di laman media sosial Instagram miliknya.
Terbaru, dia membawa kesemua anaknya pergi bercuti di sekitar negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Menerusi kapsyennya, Zizie mengakui gembira Dan bahagia dapat meluangkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama anak-anaknya.
“Best dapat makan angin dgn anak2 di bandar Melaka ni. Banyak sgt tempat makan dan things to do here yg sebelum ni tak pernah pun tau.
“Terima kasih di atas komen2 dlm posting saya sebelum ni. Appreciate ur comments and suggestions!,” tulisnya.
Selepas Melaka, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut membawa anak-anaknya bercuti di kawasan peranginan di Genting Highland, Pahang.
Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Zizie kemudiannya menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac 2019.
Perkongsian Zizie mendapat reaksi ramai. rata-rata memuji penampilan anak beranak ini yang tampil sedondon.
Sumber: zizieizette
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ibarat Nyawa ‘Diganti’ Nyawa, Anak Lahir Selepas Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi!

Inilah prihal rahsia Allah berkenaan rezeki, jodoh dan maut, semua itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Bila tiba masa dan ketikanya, kita terima sebagai qada dan qadar dengan hati yang reda.
Begitulah kisah yang dilaporkan di Harian Metro, siapa sangka dalam sehari Siti Azimah Tajudin, yang juga merupakan isteri dan ibu perlu reda menerima khabar duka suami meninggal dunia selang beberapa jam sebelum melahirkan anaknya yang ke tujuh.
Dilaporkan, Siti Azimah Tajudin, 31, reda ketentuan Ilahi apabila suaminya, Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia jam 8 pagi, 18 Jun lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Namun terselit sedikit pengubat dukanya apabila anak ketujuh Siti Nur Aisyatull Humaira lahir beberapa jam selepas suami disahkan meninggal di rumah mereka di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Lebih pilu, nama anak perempuannya itu adalah pilihan arwah dan ‘hadiah’ terakhir untuk Siti Azimah.

“Saya sebenarnya masih terkejut dengan pemergian suami secara tiba-tiba.
“Sebelum ini suami tidak pernah mengadu sakit dan sekali-sekala memberitahu hanya penat, malah ketika kejadian arwah sempat menunaikan solat Subuh seperti kebiasaan.
“Pada jam 8 pagi, arwah bangun daripada tidur dan seperti sesak nafas sebelum saya segera menghubungi ambulans,” kata ibu kepada tujuh anak ini.
Dia yang berasal dari Kelantan berkata, setibanya ambulans di rumah mereka, pegawai perubatan mengesahkan suami sudah tidak bernyawa jam 8.30 pagi.
“Saya terkejut dan terpinga-pinga dengan kematian suami secara tiba-tiba.
“Selepas menghantar jenazah suami ke Hospital Kajang untuk bedah siasat pada jam 6 petang saya sudah rasa sakit untuk bersalin.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 28 Jun ini, tapi takdir Allah saya melahirkan anak beberapa jam selepas kematian suami iaitu 12.09 tengah malam di Hospital Serdang,” katanya.
Siti Azimah mengakui suami tidak menunjukkan sebarang petanda untuk meninggalkannya.
“Saya tak perasan sangat, cuma arwah suami ada kata dua tiga hari sebelum ini saya ada sakit-sakit (nak bersalin).
“Arwah cakaplah mungkin baby kami nak keluar hari Jumaat, tetapi saya tak sangka hari sama dia (suami) yang pergi,” katanya yang juga seorang suri rumah.
Akuinya, pemergian suami dan kelahiran anaknya ibarat Allah menarik satu nyawa dan menggantikan anaknya dengan nyawa baru.
“Mungkin boleh mengubat kelukaan saya, tetapi saya tetap merindui suami yang baik untuk saya dan anak-anak,” katanya.
Katanya, arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mahkamah syariah.
“Jenazah suami dikebumikan pada jam 2 petang, 19 Jun lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai Ramal Dalam.
“Saya tidak sempat melihat jenazah suami dan menguruskan pengebumian kerana baru melahirkan anak,” katanya.
Siti Azimah berkata, tujuh anaknya berusia 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan enam hari akan dijaga sebaiknya.

“Ada pihak menghubungi saya untuk mengambil anak namun tidak sesekali saya menyerahkan mereka.
“Saya nekad jaga mereka walaupun tiada punca pendapatan, saya akan cuba berniaga secara atas talian demi kelangsungan hidup,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Siti Azimah boleh menyalurkan ke akaun CIMB 7065548933 (Siti Azimah Tajudin).
Sumber : H.Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club