
Tentunya ibu ketandusan idea untuk menyediakan menu harian untuk anak bawa bekalan ke selolah. Mungkin boleh mencuba buat kuih pau untuk sarapan pagi atau bekalan ke sekolah. Ikuti resepi mudah ini.
Pau
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
Cara2:
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dlm air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan2 lain… tepung, gula, baking powder & shortening.. gaul rata
3. Masukkan campuran yis & tambah sdkt air sambil uli
4. Uli sampai doh lembut (uli macam sental baju tu)
5. Rehatkan doh dlm 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh utk buangkan angin. Uli lagi dlm 5 minit
7. Bulat2kan, besar ikut suka, masukkan inti
8. Kukus selama 7 minit dlm air yg dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus
Sumber: Fb Marlia lia via mahn
Pikat Selera Si Kecil Dengan Jeli Buah Naga & Mangga Campur Susu Yang Kaya Nutrisi & Terlajak Sedap. Caranya Pun Mudah, Wanita Ni Kongsikan Resipinya!

Menyediakan hidangan buat si kecil adakalanya membuatkan ibu-ibu pening kepala. Lagi-lagi bagi si kecil yang tidak gemar makan sayuran mahupun buah-buahan. Sedangkan di sinilah pelbagai khasiat diperoleh untuk tumbesaran anak-anak.
Bagi ibu yang buntu jika anak tak suka makan buah-buahan segar, jangan bimbang. Cuba pelbagaikan menu. Selain dijadikan snek, ibu-ibu boleh cuba resipi jeli atau puding dari buah-buahan tersebut.
Jom cuba resipi yang dikongsikan ibu bernama Syaza Yasmin ini. Caranya yang mudah, segar. Paling penting sihat dan baik anak-anak.
Lately Maryam taknak makan buah naga, dalam peti sejuk pula ada lebihan buah naga dan mangga banyak. Sebelum memburuk, mama buat jeli buah naga dan jeli mangga.
JELI BUAH NAGA DAN MANGGA
Bahan-bahan
– Agar-agar tali
– Susu segar
– Buah naga (blend atau lenyek kasar)
– Buah mangga (blend atau lenyek kasar)
– Puree kurma (atau madu untuk 1 tahun ke atas)
– Air
Cara buat
– Masakkan agar-agar tali sikit dengan air
– Bila agar-agar dah melarut, masukkan puree kurma
– Dah larut, tapis dan asingkan agar-agar kepada 3 bekas
– Campurkan buah naga, buah mangga dan susu segar untuk 3 bekas berasingan
– Gaulkan puree buah dengan agar-agar dalam bekas masing2
– Masukkan bancuhan buah naga dan buah mangga dalam acuan. Bila dah separa mengeras, masukkan bancuhan susu segar
– Biarkan sejuk, dan boleh masuk dalam beli sejuk.
* Puree kurma tu mama letak sikit sangat. Orang kata tak padan dengan bancuhan agar-agar yang banyak. So jeli langsung tak rasa manis, just ada rasa manis buah naga dan manis buah mangga. Susu pun rasa natural sangat.
* Susu segar perlu dimasak di atas api untuk baby bawah 1 tahun.
#BabyMFeedingJourney
Jaga-jaga Bila Masak Guna Halia Atau Kentang Tak Segar. Bahayanya Pada Hati!

Selalu juga berlaku bila ada bahan masakan seperti kentang atau halia dan sebagainya yang dibeli tidak dimasak dalam tempuh tertentu akan mudah menjadi busuk dan terus tersimpan di dalam kabinet atau peti sejuk.
Tiba waktu hendak dimasak sudah busuk. Jadi hendak dibuang sayang. Ada yang menganggap masih boleh di’selamat’kan dengan cara potong bahagian kentang yang telah busuk dan ambil bahagian selebihnya untuk digunakan dalam masakan.
Adakah tindakan ini selamat?
Menjawab persoalan itu, apa kata kita baca perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi yang mengatakan bahawa ada beberapa sumber makanan yang boleh membawa kesan toksik pada hati.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Sumber-sumber yang sebabkan KESAN TOKSIK kepada HATI
- Halia Busuk.
Halia busuk mengandungi bahan safrole yang boleh rosakkan hati dan boleh sebabkan kanser hati jika diambil berterusan.
- Kentang Busuk
Kentang busuk mengandungi bahan mycotoksin. Bahan ini boleh sebabkan toksik kepada hati
- Ubi Kayu yang Tidak Diperoses Betul
Ubi kayu yang tidak diperoses dengan betul juga boleh sebabkan kerosakan hati. Ia disebabkan oleh kehadiran bahan yang dikenali sebagai ‘cyanogenic glucoside’.
Ianya mungkin lebih mudarat kepada sesiapa yang telah ada masalah hati.
Kaedah yang paling baik untuk mengurangkan bahan toksik dalam ubi kayu adalah dengan cara memarut.
Dengan cara ini, bahan toksik akan ditukarkan kepada bahan lain dan hilang di udara.
- ‘Pesticide’
Bahan ‘pesticide’ juga boleh sebabkan kerosakkan hati.
Teknik yang paling berkesan untuk hilangkan racun adalah dengan merendam sayur-sayuran dalam larutan garam.

Kepekatan yg disarankan adalah 20 g garam dalam 1 liter air dan direndam selama 5 minit.
Kemudian, dibilas dengan air mengalir selama lima minit.
Teknik ini mampu mengurangkan sisa racun sehingga 95 peratus
- Kacang Tanah, Beras dan Jagung Berkulat
Kacang tanah, beras dan jagung berkulat ada bahan aflatoksin yang boleh sebabkan kerosakkan pada hati.
Apakah sumber yang baik untuk BANTU KESIHATAN HATI?
- Makan / Minum Cincau Hitam
Cincau hitam boleh memberikan kesan pelindung kepada hati. Kajian saintifik mendapati enzim-enzim petunjuk kerosakan hati seperti SGOT, SGPT dan ALP menurun dengan ketara selepas memakan @ minum cincau hitam.
- Minum air Dukung Anak
Kajian yang dilakukan pada pada 2008 menunjukkan pokok Dukung Anak membantu mengatasi masalah hati.
Sumber : Dr Suri Roowi
Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.
Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama doktor pilihan.
Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Orang Pro Tanam Cili Ada Teknik. Bila Mak-mak Follow, Pasti Super Wow Hasilnya!

Kata orang menuntut ilmu carilah cikgunya atau orang yang pakar dalam bidangnya. Begitu jugalah bila bab menanam cili walaupun sekadar untuk suka-suka.
Umumnya, kita sebagai mak-mak ni antara yang sering kita cuba untuk tanam adalah menanaman pokok cili.
Mungkin sebab kita rasa mudah, campak saja biji cili, selang beberapa hari nampak tunas.
Persoalannya, begituke cara orang pro tanam? Pasti bukan, jadi itu sebablah pokok cili kita tanam biasanya nampak tak subur, buah cili pun tak berapa menjadi.
Perkongsian dari nursery ni bolehlah jadikan panduan. Barulah orang kata, walaupun tanam cili tepi rumah tapi gaya dan skil macam profesional.
Cara Mudah Tanam Cili Di Rumah.
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
sumber :Ara Haniey