Begini Rupanya Cara Yang Paling Mudah & Cepat Nak Cuci Minyak Tumpah Atas Lantai. Hanya Guna Satu Bahan Jer, Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Share

Memasak ni memang satu sesuatu yang menyeronokkan. lagin lagi dapat menjamu keluarga dengan air tangan sendiri. Masalahnya dalam kalut memasak itu, ada kala terlepas botol kicap atau minyak tertumpah atas lantai tu perkara biasa berlaku.

Kalau tak cuci ada pulak tak tersungkur bila terpijak kesan minyak atas lantai ni. Kalau kita mop terus dengan air yang di campur pencuci lantai memang akan bertambah licin lantai jadinya. Jenuh nak basuh nak hilangkan kesan minyak tu. Memang susah kalau terus mop dengan air ni.

Jadi bagaimana nak bersihkan tumpahan cecair ini? Jadi apa kata cuba tip yang dikongsikan ini.Caranya dengan menggunakan tepung je.  Letak tepung atas minyak yang tertumpah atas lantai tu biar serap seketika. Kemudian barulah mop  lantai tersebut. Confirm hilang kesan minyak tu dan  lantai tak licin lagi.

 

Nak raya-raya ni masa sibuk berkemas, terpecah pulak botol minyak gamat. Kalau kat dapur tu terlepas pulak plastik minyak masak. Adoi, habis banjir lantai dengan minyak.

Ni ha tips dan tutorial cara nak bersihkan minyak atas lantai. Kome pakat share la reramai. Bermanfaat ni. Chef dah try. Hehe

Chef As
Social Entrepreneur

Sumber: Chef As – As Homemade