Bagi mereka yang belum pernah cuba masak mee tomyam. Boleh cuba guna resipi ni. Memang enak apabila dihidangkan dengan meehon.
Boleh cuba lihat perkongsian ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
IKLAN
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
IKLAN
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
IKLAN
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Cuba tau kawan-kawan MAHN. Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.
Waktu nak masak, benda paling malas sekali nak tunggu bahan mentah defrost. Dah direndam berejam pun kadang masih lagi beku, tak cair sepenuhnya. Ye la waktu simpan pun tak sejat sepenuhnya air tu, satu hal lah melekat satu sama lain.
Haaa jangan stress, ikut je cara mudah ni! Bukan sahaja cepat defrost, nak masak banyak mana yang kita nak pun ambil gitu je. Tiada lagi masalah ayam melekat antara satu sama lain! Nak tahu macam mana? cerrrr tengok kaedah kat bawah ni!
TEKNIK BIJAK SIMPAN AYAM DALAM PETI SEJUK SUPAYA NAK MASAK TAK PERLU TUNGGU LAMA!
Benda utama yang anda perlu ada, dua ni iaitu :-
Kertas minyak pembalut makanan
Bekas bersesuaian
MUSLIHAT MENYIMPAN AYAM KE DALAM PETI SEJUK:
1. Anda perlu sediakan kertas minyak pembalut makanan terlebih dulu. Biasanya, bewarna coklat yang digunakan untuk membalut nasi lemak.
2. Kemudian kertas pembalut makanan perlu dilipat dua mengikut saiz bekas. Pastikan permukaan kertas yang licin di bahagian luar untuk mudahkan ayam tidak melekat.
3. Susun ayam yang telah dibasuh cantik-cantik di atas lipatan kertas tersebut. Bila disusun kemas barulah boleh letak banyak ayam.
4. Boleh buat lapisan kedua pembalut kertas jika bekas disediakan itu tinggi. Letak sampai tiga lapisan pun boleh, jadi boleh simpan ayam yang banyak dalam satu bekas.
5. Sesudah itu, jangan lupa simpan dalam peti sejuk.
Dah siap! Cara ini sangat mudahkan anda, apabila bekas ayam dikeluarkan daripada peti sejuk. Tak perlu nak rendam lama-lama ayam kerana ayam tadi amat mudah dipisahkan. Nak Ambil berapa ketul pun mudah, tak percaya? tengok video bawah ni! Sebelum dan selepas simpan
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daikui ramai yang suka makan limau mandarin apatah lagi bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ketika ini, harga yang ditawarkan adalah pelbagai. Ada yang murah dan tidak kurang yang mahal, jadi mudahlah untuk kita sebagai pengguna membuat pilihan.
Bila mudah dan banyak buah limau mandarin boleh didapati, tidak hairanlah kita akan makan buah tersebut lebih banyak dan sekali gus hingga ada yang membawa kepada kesan pada kesihatan.
Kadang-kadang pelik juga kita rasakan, kenapa ada yang lepas makan mula rasa batuk-batuk namun ada orang lain sedikit pun tidak terkesan.
Ini turut menimbulkan tanda tanya, adakah buah limau mandarin yang dimakan itu sebenarnya berkhasiat atau tidak. Mungkinkah penggunaan bahan kimia pengawet yang merbahaya atau apa sebenarnya?
Menjawab persoalan ini dan untuk mengetahui cara bagaimana untuk menikmati buah mandarin jom kita baca perkongsian Dr Fatimah Salim ini.
BENARKAH LIMAU MANDARIN MENGANDUNGI BAHAN KIMIA PENGAWET?
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.
Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Cukup nampak menyelerakan manggo cheesecake yang dikongsikan ini. Untuk yang ingin mencuba, ini resipinya.
Hai semua, hari ni ariana nak share cara ariana buat mango cheesecake. Yang pasti bila makan tak cukup 1 slice.
Resepi Mango Cheesecake
160gram biskut marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
90gram butter (dicairkan)
========================
2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
+ 1 sudu besar air jus lemon
========================
500gram cream cheese
200gram whipping cream
1sk esen vanila
140gram gula castor
100gram puri mangga
2 1/2 sudu besar air jus lemon
1 sudu besar susu pekat manis
(2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati
========================
Manggo jelly
1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
200gram puri mangga
Cara membuatnya :
1. Mula-mula kisar dahulu biskut marrie hingga hancur atau ketuk je sampai hancur.
2. Bila dah hancur, masukkan biskut ke dalam bekas bersama butter yang telah dicairkan. Kemudian kacau hingga sebati.
3. Masukkan biskut tadi ke dalam loyang 8′, tekan sehingga padat dan rata. Gunakan loyang yang boleh dibuka tepi atau boleh tolal dari bawah. Sejukkan selama 30 minit atau masukkan ke dalam frezer.
4. Untuk membuat puri mangga, gunakan 2 biji mangga yang dikupas kulit kemudian masukkan ke dalam pengisar bersama dengan 1 sudu air jus lemon.
5. Ni puri mangga yang telah siap dikisar.
6. Sebelum buat adunan cheese, buat air geletin terlebih dahulu. 2 sudu geletin + air panas 80ml. Kacau hingga sebati, ketepikan.
7. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon. Mix kesemua bahan ini sehingga kembang dan licin. Pastikan tidak berketul.
8. Bila adunan sudah licin masukkan puri mangga. Mix hingga sebati. Dan kemudian masukkan pula susu pekat manis dan air gelatin tadi. Mix sehingga adunan sebati seperti ini.
9. Kemudian keluarkan loyang tadi dan tuang adunan cheese. Sejukkan 2 – 3 jam, boleh letak dalam frezer atau chiller. Pastikan cheese jadi keras.
10. Untuk adunan manggo jelly pula, ariana
buat air gelatin dahulu. 1 sudu besar
gelatin+50ml air panas. Kacau sehingga
sebati. Ketepikan sehingga sejuk.
Masukkan air gelatin tadi ke dalam
mangkuk bersama puri manga. Kacau
sehingga sebati. Buat adunan puri manga
ni 10 minit sebelum keluarkan cheesed dari peti.
11. Tuang adunan puri mangga dalam
loyang. Untuk dapatkan lapisan atas yang
|icin, jangan rata guna sudu. sengetkan
sikit loyang supaya rata ke tepi. Sejukkan
semula selama 7-8 jam dalam peti ais
biasa@chiller.
12. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan dari
Loyang. Kalau guna loyang yang boleh
buka bawah, letak cawan kat bawah loyang dan tolaklah loyang ke bawah.
Ni hasilnya manggo cheesecake
Sumber : Ariana Sofia Ahmad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak sangka ada cacing dalam tin sardin. Hati-hati peminat sardin! Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China, yang mengandungi cacing parasit Anisakis sp. cuba diimport masuk ke negara ini, awal bulan ini.