Menarik perkongsian ustaz ini yang menjelaskan mengenai panduan Doa Qunut dalam solat witir.
Berikut ini panduannya.
✅ Di sisi Mazhab Syafie, hukum membaca doa Qunut dalam Solat Witir adalah sunat samada solat bersendirian atau berjemaah.
✅ Doa Qunut sunat dibaca pada 15 malam yang terakhir.
✅ Doa Qunut dibaca setelah bangkit dari rukuk rakaat terakhir Solat Witir. Ia berbeza dengan doa khatam Al-Quran yang dibaca sebelum dari rukuk (iaitu sejurus selepas mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam solat).
✅ Doa Qunut yang paling baik ialah yang diambil dari sunnah :
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
(Ini kalau solat seorang diri ye. Untuk versi jadi imam, boleh rujuk di akhir posting).
✅ Boleh juga ditambah doa-doa lain jika berhajat tetapi mestilah melihat kondisi makmum agar doa yang panjang tidak akan membebankan makmum yang tua, sakit atau kanak-kanak.
✅ Sunat ditambah selawat pada akhir Doa Qunut iaitu sebelum sujud.
✅ Jika tidak hafaz Doa Qunut dari sunnah tersebut, maka boleh juga dibaca apa-apa doa sekalipun. Itu pun sudah dikira berqunut.
✅ Tetapi, jangan pula berdoa Qunut dalam Bahasa Melayu. Batal solatnya nanti.
✅ Jika imam tidak membaca Doa Qunut samada terlupa atau sengaja, makmum tidak perlu menegur dari belakang (dengan berkata ‘Subhanallah’).
✅ Tidak perlu Sujud Sahwi jika tidak membaca Doa Qunut dalam rakaat terakhir Solat Witir.
✅ Jika tidak dibaca Doa Qunut, Solat Witir tetap sah. Cuma ianya tidak mengikut sunnah dan tiada pahala tambahan.
Setakat ni clear kan?
So, ibu-ibu, mak-mak dan isteri-isteri dah boleh share panduan ni kat bapak-bapak atau anak-anak lelaki yang akan jadi imam Solat Terawih dan Witir malam ni.
Semoga tidak nervous dan solat dalam keadaan tenang-tenang saja macam biasa.
#KAB
#StayAtHome
اَللّهُمَّ اهْدِنا فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنا شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَاِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ ونسْتَغْفِرُكَ ونتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Sumber: Khairul Anuar Basri