Benar bukan mudah nak jadi ibu bapa hebat. Semua kena jadi baik-baik tetapi kadang ada juga aura negatif dalam diri. Tetapi jejaskan persekitaran diri dan keluarga termasuk anak. Nyata, kena ada aura positif dalam diri. Jangan culas itu.
Begitulah perkongsian saudara Ammar Kamilin yang sungguh motivasi untuk memastikan dalam diri ibu bapa ada aura positif. Baru lah dapat anak-anak yang hebat.
Orang positif ni, bukan yang mengaku diri sendiri ‘positif’. Yang perasan diri sendiri ‘positif’.
Self-claimed.
Aura ‘positif’ ni adalah sesuatu yang dirasai oleh mereka yang berada hampir dengan orang positif.
Orang sekeliling yang rasa.
Dia tak perasan pun. Bagi dia, itu memang ‘attitude’ dia.
Berada dekat dengan orang positif,
– kita rasa semangat buat kerja
– kita rasa pagi sentiasa ceria
– kita rasa cabaran tu jadi biasa-biasa
– kita rasa hati aman tanpa mengata
Bagus kan berada dekat dengan orang positif.
Sama juga berada dengan ibu bapa positif,
– kita rasa anak kita sentiasa ada harapan
– kita rasa anak kita ada masa depan
– kita rasa syukur dan reda dengan cabaran
– kita rasa Allah sentiasa dekat dan ada ketika meminta pertolongan
Kan?
Yang diri sendiri mengaku positif, lepas tu dok tak habis kata orang lain negatif, celah mana yang nampak dia positif?
Perangai dok melabel orang tu, kan negatif!Duduk kumpul ramai-ramai, zikir, positif, positif, positif, pun tak jadi apa. Kalau dalam masa sama, rasa kumpulan kita saja positif, kumpulan lain negatif.
Nila, masuk dalam air, akan biru semua. Bukan atas biru, bawah jernih.
Orang positif, begitulah. Auranya, semua orang rasa. Tiada sempadan kelompok.
-Ammar Kamilin-