Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W:
Ads
1) Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun.
Ads
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)Umur anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
Ads
4)Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Semoga kita menjadi ibu bapa yang tegas dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat, negara dan keluarga.
Dekat Sleep Foundation bagitahu ibu adalah orang yang paling banyak sekali ‘Sleep Debt’
Terutama buat yang ada bayi, 0-3 bulan pertama adalah waktu paling banyak sleep debt.
Sebab tu la para ibu ni wajib dapat tidur yang cukup & berkualiti,
– otak ibu ibu ni selagi tak tidur selagi tu tak dapat berehat. Ada sahaja benda yang berlegar di fikiran mereka.
– masa sedar otak stuck kat dalam mod ‘bekerja’ je, masa tidur la baru dapat tukar pada mod ‘berehat’
– mata ibu ibu ni kalau celik, sudah betul nak rasa aman. Ada sahaja yang rasa semak. Rumah sepah la, berhabuk la, comot la, kotor la. Macam-macam.
– lagipun otak ibu ni memang tak boleh nak relaks dan santai selagi dia nampak rumah tak ikut expectation dia.
– tidur juga penting untuk reset tenaga. Bila ibu cemerkap, kurang fokus atau lemau je itu tanda bateri dah kong la tu.
– bukan ibu sahaja tapi semua wanita memang akan cepat penat sebab fitrah mereka banyak multitasking.
– selain itu tidur pun penting untuk refresh emosi & mental state ibu ibu ni. Baru la dia tak cepat trigger emosi melayan kerenah anak-anak.
Sleep debt ni bahaya.
Makin lama di biar, makin merosot nilai-nilai murni seorang ibu.
Risau, ibu yang baik dan ceria boleh bertukar jadi perengus dan mencuka. Kasihan.
Oleh itu buat ketua keluarga sekalian, ambil maklum perkara ini dan bantulah pasangan anda dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti 6-8 jam sehari ini.
Ringan sama di pikul, berat sama di jinjing. Itu la erti mujahadah rumahtangga sebenar.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada yang mampu Elfira Loy ungkapkan dengan kata-kata apabila doanya untuk memiliki bayi perempuan bakal tercapai.
Dalam satu perkongsian menerusi laman instagramnya, ibu kepada cahaya mata lelaki ini memuatnaik berita tersebut.
Kakcik : ” You have the worst baby gender reveal’s reaction ever 😂 ” haha.
k kakcik , k . i was nervous , i wasn’t ready. i know i should accept whether its a boy or a girl. but deep inside , i cannot lie. i’ve been praying for a girl. MashaAllah. Allah tu sangat baik dengan El Allah izinkan. syukur , syukur Alhamdulillah.
Thank you my girlprens @syahierakhamsan @_isma_ismail @santhawan @_aniskiss @sarancak @bellazahirzain & of course to my sister @ezlisaaloy.
missing @belladally & @syahirahkasim yang tak sayang i.
Elfira Loy kini sedang menantikan kelahiran anak keduanya sebelum itu meraikan sambutan hari lahir ke-26 adik perempuannya yang juga seorang aktres, Ezlisa Loy. Dalam tangkapan skrin Instastory adiknya, Ezlisa Loy, mereka turut membuat kejutan dedahkan jantina bayi yang dikandung oleh kakaknya itu.
Menerusi video tersebut, kelihatan Elfira belum bersedia untuk mendedahkan jantina anak keduanya. Namun, permintaannya itu tidak diendahkan oleh rakan-rakannya. Akhirnya dia memuat naik perkongsian berkenaan jantina anak keduanya. Biarpun tidak berterus terang, namun rata-rata meneka bayi tersebut adalah perempuan.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusannya sehingga selamat melahirkan kelak.
belladally Ellll! I’m sorry I couldn’t make it 😢 I sayang you sgt! And yay!! Alhamdulillah for a baby girl ✨✨ 💖💖
elvinamohamad Yay babygirl! Alhamdulillah.. Congratulations El ❤️
Setiap orang mengimpikan untuk peroleh mentua yang baik, memahami dan penyayang. Tidak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana merupakan salah satu individu terpilih untuk mendapatkan mentua yang prihatin dengan dirinya dan anak-anak.
Meskipun dilanda kemelut rumahtangga bersama suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, mentuanya sentiasa menyokong penuh di belakangnya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat padanya setiap minggu.
Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah satu kekuatan buat dirinya untuk tidak cepat mengalah dalam meneruskan kehidupan.
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.” katanya.
Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.
Puteri Sarah juga sempat memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.
Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah dilsebabkan kehadiran Ira Kazar.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber : Instagram Puteri Sarah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.