Taugeh antara menu sayur yang mudah dan ringkas penyediaannya dan kalau dibeli, cukup murah harganya.
Pun begitu, jika tersimpan lama akan cepat berubah warna dari taugeh yang putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.
Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini caranya yang dikongsikan oleh AwisyAlif AlifAwisy dan Cahaya Ara Ixerora.
“Pernah tak awak beli taugeh lepas tu terlupa nak masak sebab anak dah nangis atau sibuk dengan kerja lain Kemudian lama letak kat luar taugeh da hitam macam lebam-lebam. Nak masak pun tak semangat dah.”
“Ehh sabar jap! Jangan buang taugeh tu. Rendam kan balik dan letak beberapa keping asam keping. Nanti dia akan putih balik macam baru beli kat pasar,” kongsinya di media sosial.
Ads
Selepas siap dimasak
Begitu juga cara yang sama dilakukan oleh AwisyAlif AlifAwisy untuk pastikan taugeh kekal segar dan kembali putih warnanya dan taugeh tak cepat rosak.
“Saya nak kongsi petua kalau nak taugeh tahan lama & dan tak cepat rosak buat macam ni ja.”
Ads
1. Masukkan taugeh dalam plastik letak asam keping sekeping.
2. Masukkan air sampai taugeh tenggelam ikat kuat-kuat.
“Taugeh ni saya simpan dah 9 hari masih elok dan segar. Taugeh pun tak berubah warna masih putih bersih.Pastikan air ditukar 2 hari sekali ya..”
Orang kata dengan menaman pokok-pokok boleh memberi ketenangan, apatah lagi bila apa yang ditanam mengeluarkan hasil yang boleh dimakan.
Tambahan pula semenjak dua menjak ini ada kedai yang menawarkan kelengkapan berkebun atau menanam dengan harga yang sangat murah iaitu serendah RM 2. Ternyata, kos untuk mereka yang mempunyai hobi menanam ini tidaklah besar.
Hal ini ada dikongsikan oleh @izzatiamyra di media sosial, jom ikuti perkongsiannya.
Dan menurutnya lagi dia banyak mendapat barang kelengkapan tanaman di kedai eco kerana murah.
Lihatlah hasil tanamannya yang lain. Memang terasa ingin pula mencuba menanam sepertinya.
Dan ini pula kunyit
Apa yang pasti hobi ini cukup bermanfaat dan menarik juga untuk dijadikan aktiviti bersama ahli keluarga yang lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ditanya pengalaman membeli kerepek pisang, mungkin ada yang pernah terbeli kerepek yang keras rasanya dan tidak enak dimakan.
Ada juga rasa kerepek yang kita beli, tawar dan tidak kurang pula termasin rasanya bila dimakan namun rangup pula bila dikunyah.
Tidak puas hati dengan kekurangan rasa tersebut, jom buat sendiri dan ini rahsianya untuk mendapatkan rasa rangup sempurna dan keenakan rasa yang tersendiri.
Jom semak perkongsian Rosmelato Nazri via MAHN
Kerepek pisang gerenti RAPUH & RANGUP, inshaAllah. Nak petua macam mana nak buat kerepek pisang jadi rapuh & rangup ?
Sebalang makan sorang pun tak perasan dah habis..
cuba petua ni..
Masa menggoreng, campakkan sekali sesudu MARJERIN & AIR GARAM
Ini hasilnya
Air garam tu letak sikit pewarna kuning utk cantikkan sikit warnanya.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teringan nak makan Sushi? Jom buat sushi sendiri di rumah. Tak susah sebenarnya nak buat sushi, Yang penting tau resipi dan cara nak buatnya.
Bahan-bahan pun boleh dapat kat kedai dengan mudah. Paling penting puas hati nak makan banyak. Sebagaimana resipi wanita ini. Memang puas hati.
Ikuti perkongsiannya.
Lame dah teringin nak buat sushi sendiri..selalu kami beli jer Resepi simple jer. Beras pun kami guna beras biasa. Nasib beik menjadi dengan jayanya. Alhamdulillah..ley makan dengan puas.
Resepi kat gambar
1.timun potong panjang,isi tengah tu sy buang 2.sosej 3.isi ketam 4.carrot 5.telur goreng dadar mcm bese 😊 Sosej,carrot,isi ketam sy rebus kejap dlm air panas2 cawan beras biasa 1 cawan beras pulut Masak nasi mcm biasa -nasi dah siap masak panas2 tu letak 2 sudu besar cuka masakan -1 sudu besar gula – garam sedikit -gaul2 semua tu😊 2.sosej 3.isi ketam 4.carrot 5.telur goreng dadar mcm bese 😊 Sosej,carrot,isi ketam sy rebus kejap dlm air panas– sy guna sos kewpie mcm kat plastik tu…sebelum letak nak sapu mayonis kat nasi tu pun bley..lagi sedap – nak letak tuna pun bleysaya guna plastik jer nak gulung
– yang ni saya goreng telur dadar mcm bese..pastu gulung mcm tdi tuTadaaaa
Dah siap..ltak ag mayonis atas di
Selamat mencuba! Memang puas hati dan makan sampai kenyang. Jimat!
Penat kaum ibu masak untuk bersahur, berbuka puasa untuk keluarga, pahala menanti. Waktu inilah mak-mak jadi 'wira' yang tak disanjung tapi tetap jadi tulang belakang seluruh keluarga.