Begini Caranya Nak Pastikan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Romantik! Barulah Makin Sayang

Share

Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin, pastinya hati mulai terasa bosan dengan pasangan. Namun, kenalah pupuklah kembali rasa kasih sayang itu agar kehangatannya seperti anda baru berkahwin. Ikuti antara tip menjadikan anda pasangan yang kembali romantik!

1. Makan diluar bersama tanpa kehadiran anak-anak
Makan di luar tanpa kehadiran anak-anak akan membuatkan pasangan yang telah lama berkahwin rasa muda kembali. Malah, akan teringat pula masa zaman bercinta dahulu. Rancang satu hari tertentu untuk makan bersama pasangan anda. Tidak perlu ke restoran yang mahal. Cukuplah dengan warung-warung atau restoran makanan segera.

2.Mandi bersama
Jika anda mandi bersama tidak mendatangkan apa-apa manfaat, anda silap. Mandi bersama akan menerbitkan rasa kasih sayang yang sungguh luar biasa antara anda dan pasangan.Jika anda ingin tahu sejauh mana keberkesanan mandi bersama, cubalah hari ini. Ajak pasangan anda mandi bersama. Anda sabunkan dia dan dia pula syampu rambut anda. Cubalah!.

3. Telefon pasangan untuk menyatakan kasih sayang
Anda boleh menelefon pasangan di pejabatnya hanya untuk menyatakan perasaan kasih sayang anda kepadanya. Nyatakan dengan penuh perasaan dan minta dia bereaksi dengan perasaan anda itu.

4. Tolong pasangan mencuci pinggan dan kemas meja makan
Suami boleh membantu isteri mencuci pinggan. Selepas makan, ambil punggan di meja dan nyatakan pada isteri bahawa anda akan membasuh pinggan. Ketahuilah bahawa sikap anda itu akan menerbitkan rasa yang sungguh bermakna di hati isteri.

5. Rasa cemburu perlu ada untuk eratkan kasih sayang
Pasangan suami dan isteri tidak boleh terlalu melepaskan pasangan mereka tanpa ada sedikit rasa cemburu. Cemburu perlu ada. Namun, biarlah ia bertempat. Cemburu sebenarnya boleh mengeratkan kasih sayang jika kena caranya.

6. Serikan katil dengan cadar yang menarik, jambangan bunga dan langsir yang menarik.
Mungkin ramai yang bersetuju bahawa keharmonian hubungan suami dan isteri bermula dari kamar beradunya. Justeru, isteri perlulah bijak menghias bilik tidur. Kamar tidur pasti menjadi lebih menarik jika dihiasi dengan jambangan bunga yang segar dan paduan langsir yang berwarna-warni.

7. Hiasi bilik dengan lilin
Lilin sering dikaitkan dengan suasana yang romantis. Ada pasangan yang sukakan kehangatan lilin menghiasi bilik mereka.

8. Jangan merokok depan pasangan
Jika pasangan tidak suka akan abu asap rokok, jangan merokok di hadapannya atau di dalam rumah. Anda perlu menghormati keselesaannya. Lagipun, bahaya perokok pasif sama dengan bahaya perokok aktif. Tapi jika anda tetap meneruskan tabiat itu, pastikan anda memberus dahulu gigi dan berkumur dengan ubat kumur sebelum bermesra dengan isteri, Takut nanti ada yang pitam tiba-tiba.

9. Tidak bercakap kasar dan keras
Sebagai seorang yang waras dan matang anda tidak wajar bercakap dengan suara yang keras dan kasar. Jika anda marah sekalipun, bawalah bertenang. Bercakap tanpa dikuasai oleh emosi. Baik suami atau isteri, tiada siapa yang gemarkan pasangannya membentak atau menengking.

10. Setiasa berbau wangi ketika bersama pasangan
Jika anda berbau busuk di hadapan pasangan, anda akan dapat melihat reaksinya yang tidak senang dengan anda. Sudah tentu anda rasa malu dengan tegurannya. Jika anda tidak mahu ditegur begitu, maka ubahlah sikap anda. Pakailah haruman apabila berhadapan dengan pasangan.

11. Berpegangan tangan sewaktu berjalan-jalan
Kenapa malu-malu hendak berpegangan tangan dengan suami mahupun isteri jika berada di khalayak ramai? Ambil tangan pasangan anda dan genggamlah dengan erat. Berjalan berpegang tangan akan tambah mengeratkan lagi kasih sayang anda. Percayalah!

sumber: tieyaworld.blogspot.com