Begini Caranya Nak Buat Sendiri Mee Kuning. Mudah Aje Nak Buat!

Share

Pastinya setiap ibu-ibu merancang menu harian untuk ahli keluarga. Selain membeli makanan, membuat sendiri makanan pastinya memberikan kepuasan kepada para ibu. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nafsiah Sakmad cara membuat mee dengan cara yang mudah. Paling best,tak ada bahan pengawet. Jom ikuti cara membuatnya.


Teringin nak mkn mee goreng buat je lah, kedai jauh.Bahan-bahan ada dkt dapur. 

Bahan-bahan yang di gunakan.
Semangkuk tepung gandum.Ikut berapa banyak yg kita nak.Semangkuk ni pun boleh dpt berat sekilo.sebiji telur.Garam untuk perasa.serbuk kunyit untuk pewarna.Naf tak gunakan air abu atau air kapur.Satu kan bahan2 tersebut lepas tu bancuh dgn air suam.Uli sampai jadi doh.Lepas tu bahagi2kan doh tu 5 atau 6 biji.Lepas tu canai guna mesin mee.Naf beli mesin kecik saja harga pun murah rm 40 beli 5 thn lepas.Rol kan sebiji2 doh tadi..klu koyak tabur kan tepung .Buat sampai tak koyak.Lepas tu rol bentuk mee.Bila dah siap semua…rebus mee dgn air panas.Bila dah timbul ertinya dah masak.Boleh angkat toskan.Basuh dengan air supaya kanji dkt mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
Telur 1 biji, tepung semangkuk angaran 300 gm,air , kunyit sebagai pewarna dan garam.
Satukan semua bahan2 di atas
Tuangkan air dan adun sampai jadi doh

Selamat mencuba.