Pastinya setiap ibu-ibu merancang menu harian untuk ahli keluarga. Selain membeli makanan, membuat sendiri makanan pastinya memberikan kepuasan kepada para ibu. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nafsiah Sakmad cara membuat mee dengan cara yang mudah. Paling best,tak ada bahan pengawet. Jom ikuti cara membuatnya.
Teringin nak mkn mee goreng buat je lah, kedai jauh.Bahan-bahan ada dkt dapur. Bahan-bahan yang di gunakan.
Semangkuk tepung gandum.Ikut berapa banyak yg kita nak.Semangkuk ni pun boleh dpt berat sekilo.sebiji telur.Garam untuk perasa.serbuk kunyit untuk pewarna.Naf tak gunakan air abu atau air kapur.Satu kan bahan2 tersebut lepas tu bancuh dgn air suam.Uli sampai jadi doh.Lepas tu bahagi2kan doh tu 5 atau 6 biji.Lepas tu canai guna mesin mee.Naf beli mesin kecik saja harga pun murah rm 40 beli 5 thn lepas.Rol kan sebiji2 doh tadi..klu koyak tabur kan tepung .Buat sampai tak koyak.Lepas tu rol bentuk mee.Bila dah siap semua…rebus mee dgn air panas.Bila dah timbul ertinya dah masak.Boleh angkat toskan.Basuh dengan air supaya kanji dkt mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
Selamat mencuba.
“9 Tahun Amal Minum Kuah Sup…”-Ibu Ni Kongsi Rahsia Anak Sembuh Demam, Selesema & Batuk Tanpa Ubat!
Perkara biasa yang kita akan berikan jika anak-anak demam selain makan ubat yang disarankan doktor, kita juga akan menyediakan bubur nasi untuk dimakan oleh anak-anak.
Memandangkan kita dapati bila anak demam atau sakit, mereka tiada selera makan dan sup dikatakan dapat membuatkan mereka ada selera untuk menjamahnya.
Pun begitu tahukah anda, bahawa sup yang dimasak dengan gabungan bahan-bahan terpilih boleh dijadikan sebagai sup yang dapat membantu meredakan demam, selesema atau pun batuk.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ainini Zainal berkongsi pengalaman sendiri apabila sudah lebih 9 tahun mengamalkan menyediakan kuah sup istimewa ini setiap kali anak-anaknya kurang sihat dan sekali gus bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan seisi keluarga jika diamalkan.
Menurutnya bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk sistem imun badan anak.
Jadi bolehlah anda mencubanya dan lihat kesan positif pada anak-anak dan keluarga anda.
Ini perkongsiannya.
Resipi sup anak demam, selesema, batuk.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak.
Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu.
Habbatus Sauda.
Minyak Zaitun.
Minyak kelapa.
Air kelapa tanpa gula.
Singgang.
Broth Soup.
Broth Soup?
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba.
Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai natural supplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
1 labu bawang putih.
2 biji bawang besar.
3 inci halia.
2 inci kunyit.
¼ biji labu.
1 biji lobak merah.
Organic Shiitake Mushroom (optional).
Apa apa sayuran hijau.
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
2 liter air.
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
1 sudu besar Garam Himalaya.
Organic.celery, jika ada.
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam.
Atau
Guna.slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau
Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya.
Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasaMSG, kiub masakan komersial tinggiMSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Sumber : Ainini Zainal
Jom tonton video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Tak Guna Mixer & Telur, Buat Pun Main Cubit-Cubit Je. Senang Sangat Buat Crunchy Cornflakes Chip!
Tak Guna Mixer & Telur, Buat Pun Main Cubit-Cubit Je. Senang Sangat Buat Crunchy Cornflakes Chip!
Mungkin ada yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan istimewa di Hari Raya nanti. Kalau dapat jenis biskut yang popular dan memang menjadi kegemaran ramai seperti biskut conflakes, alangkah bagusnya dan bertuahnya rasa.
Maklumlah terdapat banyak sangat versinya, namun perkongsian daripada cikgu masakan yang tak asing lagi Cik Dayang Zuhaila, mencuri tumpuan dan rugi jika tidak dicuba untuk membuatnya.
“Alhamdulillah. Resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat tanpa teloq. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit2 pakai tangan buleh terus bakaq. Senang yakmat. Cikdyg pernah share dah resepi ni dulu. Tapi ada yang mintak lagi,” tulisnya di salah satu group masakan.
Jadi usah tunggu lagi, jom sediakan bahan dan kita sediakan biskut ini
RESEPI CRUNCHY CORNFLAKES CHIP
BAHAN A :
250g butter
130g gula icing
1/4 tsp garam halus
1 tsp vanilla powder
BAHAN B :
90g tepung jagung
300g tepung gandum
100g cornflakes (diramas)
100g badam cincang
100g coklat cip
30g coklat rice
CARA-CARANYA
CARA-CARA :
1.Satukan BAHAN A dan kacau sehingga sebati.
2.Masukkan kesemua BAHAN B dan gaul rata sehingga adunan sebati.
3. Uli sehingga adunan sebati dan bersalut elok.
4.Kemudian sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulatkan dan susukan di atas baking tray . Jarakkan kerana biskut akan mengembang.
4.Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing
Ekstra Info
Bahan-bahan yang digunakan. Nak tukar butter lain boleh. Nak tukar kekecang lain boleh. Nak kurang kan manis kurangkan gula sikit tapi hati-hati, biskut akan jadi keras.
SELAMAT MENCUBA
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Puding Buih Berkuah Susu, Rasa Lemak Manis Begini Resipi Nak Buatnya!
Puding buih merupakan menu pencuci mulut yang sedap dimakan dengan kuah susu atau custard. Puding buih juga dikatakan berkhasiat kerana mengandungi protein tinggi memandangkan ramuan utamanya ialah telur.
Teksturnya yang lembut dan rasanya yang enak, menjadikan menu ini cukup digemari ramai. Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk membuatnya, di sini dikongsikan resipi daripada Nieza Rahim.
Ujarnya, puding buih ini menjadi kegemaran anak-anak dan suaminya. Kalau boleh setiap minggu anak-anak mintak buatkan. Ada yang suka juga ke dengan puding buih ni ?”
Resepi Puding Buih Cara Mekja
Bahan-bahan:
– Agar-agar tali 1 paket 20 gram
– Gula 11 sudu besar
– Telur ayam 9 biji
( Basuh bersih-bersih dan asingkan telur putih serta telur kuning dalam bekas yang berlainan )
– Daun Pandan 2 helai ( disimpulkan )
– Pewarna merah
– 1 sudu besar tepung jagung
– 1 sudu besar cuka makan
– Susu cair
– Susu pekat
– Pewarna kuning telur
– Esen vanila
– 7 tangkai bunga cengkih
Cara-cara:
1) First masukkan agar-agar dalam periuk bersama 1300 ml air.
2) Masak agar-agar seperti biasa,bila agar-agar dah betul-betul hancur baru masukkan gula dan daun pandan. Selepas itu masak sampai agar-agar tu mengelegak kuat dan last sekali masukan pewarna merah dan kemudian tutup api.
3) Angkat ke tempat yang ada kipas bagi sedikit sejuk. Kacau sekali sekala takut agar-agar tadi membeku.
3) Dalam bekas (besen besar) yang lain, mix 9 biji telur putih sampai kembang. Kemudian masukan 2 sudu besar gula,1 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar cuka. Mix lagi sampai betul-betul kembang.
4) Selepas itu masukan sebiji demi sebiji telur kuning yang di asingkan tadi. Mix lagi sampai jadi kembang dan gebu.
Resepi saya memang pakai telur kuning juga. Tak ada masalah.
( Tak nak membazir, kalau siapa tak suka..tak payah guna )
5) Tuang agar-agar tadi ke dalam telur yang dah di mix kembang tadi,kemudian masukkan 2 sudu besar susu pekat manis ke dalam adunan.
6) Sambung lagi proses mixer telur hingga adunan tadi yang asalnya suam bertukar menjadi sejuk.
7) Bila adunan dah sejuk tu boleh lah tuang ke dadam bekas-bekas kecil dan simpan ke dalam peti sis.
Ekstra tip : Kalau tak kena dengan timing (maksud saya kalau masih panas/suam adunan tu) tak cantik nanti puding tu.
Risau takut berlapis dua. Make sure dah sejuk baru tuang ok..
** Ok dah siap untuk puding buih **
Resepi utk kuahnya pula
– Panaskan susu cair 2 tin, susu pekat manis 1 tin,3 tin air kosong,2 helai daun pandan yang di simpulkan, sedikit esen vanila dan sedikit pewarna kuning.
Masak kuah sehingga mengelegak. Boleh sesuaikan rasa mengikut citarasa sendiri.
Last sekali tutup api baru masukkan 7 tangkai bunga cengkih.
– Dah masak, sejukkan dulu kuahnya, kemudian masukkan ke dalam peti ais dan lepas itu boleh lah tuang atas puding buih tadi.
Makan sejuk-sejuk fuhhh..nikmatnya tak terkata
sumber : Nieza Rahim
ARTIKEL MENARIK: Masak Tomyam Thai Sayur Mesti Letakkan Susu Cair. Rasanya Lagi Padu Dari Tomyam Biasa!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club