Sudah tentu ada yang mengemari Popia Sira Sambal. Rasanya yang enak itu sesuai buat yang gemar mengunyah sambil tengok tv.
Ia merupakan kudapan yang sering dibuat pada hujung minggu. Namun walaupun nampak senang aje nak buat, jika salah resipi, makanan ini akan menjadi tidak rangup.
Jika nak tahu caranya nak buat Popia Sira Sambal jadi sangat sedap dan kekal rangup hingga ke petang ikuti cara wanita ini. Dia berkongsi resipi peniaga yang menjadi rahsia supaya makanan ini jadi lebih sedap.
Bacaan menarik: Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!
CARA BUAT POPIA SIRA GARING KRUPP KRAPP SAMPAI PETANG!
Ada rahsia yang peniaga tak bagitau nak buat sambal sira bagi keras dan melekat pada popia bila dah sejuk, tanpa buatkan popia jadi lembik walaupun kita tambah air pada sambal.
BACA sampai habis ye. RAHSIA terpenting ada kat cara-cara tu.Bahan A
1 plastik kulit popia (50 keping)
Bahan B Inti
RM 2 taugeh
2 batang lobak
Hiris panjang ², dan tapis bagi air tersejat
Inti tak perlu masak, cukup basuh dan toskan. If korang masak, makin layu lah sayur tu bila goreng nanti.
Bahan C
Segenggam cili kering 668(pedas)
atau
Segenggam cili kering kelantan(warna merah cantik) atau nak campur kedua nya pun boleh.
Gunting dan blend dengan air.
*memang takde bawang. Jimat kos kalau nak meniaga ni.
Cara-cara:
1. Balut popia dengan inti sayur. Lipat je, macam lipat kain.. Buat gam dia, pakai air atau bancuh 1 sb tepung gandum dengan air bagi LIKAT dah boleh jadi gam.
2. Then nak goreng popia tu, apinya sederhana je ye.. kekuningan tu okay dah.. Pastu tos minyak.
2. Pastu buat sambal dia pulak. Masak cili dulu dengan minyak, sampai betul pecah minyak. Lepastu masukkan 3sb GULA BATU dan 6sb Gula Pasir.. ha ni lahh RAHSANYA: gula batu.. Okay kacau sampai berbuih-buih macam berbuih mulut korang nak suruh anak sidai tuala lepas mandi
3. Bila dah berbuih, tutup api, masukkan je terus popia tu. Eh tak lembik ke popia tu kak masuk time panas²?
Tak lahhhh sebab akak dah eksperimen.. Tapi kalau nak masukkan popia masa sambal dah suam sikit pn boleh.. Cuma jangan masuk time sos sira sejuk, sebab sos sira akan mengeras nanti.. susah pulak nak salut kat popia.. errr faham ke ni..
4. Lepas gaul, tabur kan bijan.
5. Nak masukkan dalam bekas, Tunggu sejuk dulu ye, sebab nanti berwap dan popia jadi lembik.
pastu ngapp lahh..
Rahsia yg sama juga digunakan untuk kuih KERIA, pakai gula batu ye.
Sumber: Zurr Izaty Zolkepli
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club