Memang mudah untuk menambat hati keluarga dengan masakan lebih-lebih lagi jika mempunyai suami yang suka makan. Bak kata orang lama di mana cara untuk menambat hati suami adalah memberikannya perut yang penuh. Jadi jika tak tahu nak masakan apa menu hari ni. Apa kata cuba perkongsian yang dipaparkan oleh puan Noreen Aqsha Ghafoor Jom semak resepinya.
Dried Chili Chicken Chinese Style My version
Ads
bahan bahan :
• Ayam ( Guna chicken fillet and potong kecik)
• Tepung gandum 3 sudu, tepung beras 1 sudu, lada sulah, garam ( satu kan)
• Telur ( utk celup sebelum goreng)
• Bawang merah 3
• Cili kering
• Bawang putih
• Batang daun ketumbar
• Gajus ( semalam tak de, so i x letak)
• Sos ( tiram, cili,tomato)
• Cili padi kalau nak pedas
. Cara-cara membuatnya:
Hidangkan sesuatu yang ringkas tapi menarik selera anak-anak, mungkin Ayam Goreng Ala KFC ini sesuai untuk ibu-ibu cuba.
Dengan hanya lima bahan ringkas di dapur, anda boleh memikat selera seisi keluarga. Jom cuba resipi yang dimuat naik oleh puan Noorastella Muhamma. Selamat mencuba!
Back to basic. Cara paling mudah goreng ayam rangup ala-ala kfc. Jimat dan boleh di nikmati panas-panas. Selamat mencuba.
Menu nasi minyak begitu sinonim dikaitkan dengan menu istimewa di majlis perkahwinan.
Pun begitu tidak salah kiranya sekali sekala dijadikan menu istimewa untuk dinikmati bersama keluarga.
Apatah lagi, dengan perkongsian resipi daripada angah izan begitu ringkas penyediaannya dan nampak menyelerakan.
RESEPI NASI MINYAK SIMPLE
3 cawan beras basmathi
1/2 cawan margerin/planta
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
1 kuib stok ayam
Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merag
3 ulas bawang putih
1 cm halia
BAHAN HIASAN:
– bawang goreng
– daun bawang dihiris
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
– DAGING BERIANI –
– 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
– 1/2cawan minyak
– 1 cawan air
– 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam
– 2 biji kentang dipotong 4
– sedikit susu cair ( agak2 )
– 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
– SELAMAT MENCUBA –
kredit: angah izan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau mengupas telur rebus dalam kuantiti yang banyak memang buat rasa stress. Maklum sahaja ia ambil masa yang agak lama dan mengupas telur bukanlah semudah yang disangka kalau tak tahu caranya.
Kalau kulit remuk dan pecah, lagi tambah sukar untuk dikupas. Adakalanya hasil kupasan telur rebus kita tidaklah cantik dan licin permukaannya.
Bagaimana nak jadikan cepat, pantas dan hasilnya pun tip top? Puan Waherda Basiron berkongsi di facebooknya cara-cara memastikan telur lebih mudah dikupas. Jom kita cuba.
Hari ni Kek Da tak nak share resepi. Nak share #tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je ..
Cara-caranya:
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambahkan air.
2. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telurnya. Terus masukkan sahaja.
3. Masukkan sesudu garam dan campurkan sesudu minyak masak.
4. Rebus lebih kurang 15 hingga 20 minit, sehingga air menggelegak.
5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.
SIAP!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Kredit: Waherda Basiron
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...