Begini Caranya Nak Buat Krim Majerin Pelbagai Perisa. Enak Jadi Sapuan Roti Seisi Keluarga!

Share

Sudah menjadi kebiasaab ibu-ibu akan menyediakqn bekalan anak ke sekolah, roti yang disapu dengan majerin atau coklat. Tetapi jika hari-hari menu yang sama, pastu jemu anak-anak. Melalui perkongsian puan Masni Bahari memang menarik untuk dicuba. Beliau menyediakan cara bagaimana untuk menyediakan sapuan roti pelbagai perisa buat anak-anak. Jom semak cara penyediaannya.

RESEPI..
1cwn majerin pelangi..
1cwn gula .blend
Setengah cwn susu cair
4sb susu pekat
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu cayaq..
Perisa ikut citarasa masing.

CARANYA..
Campur semua bahan kecuali perisa..mixer sampai kembang  jd putih gebu..bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dlm peti ais..?

Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh ,sedap tau. Selamat mencuba!