Tentu antara kita suka makan terung. Ia biasanya digunakan untuk masakan kari atau goreng masak berlada.
Dalam pada itu, ada juga resipi untuk kudapan terung rangup. Boleh cuba resipi ni. Memang sedap.
Bila tengok bekal anak pepagi.. ramai gak yg tanya baba camna baba ajar anak makan sayur.
Sebenarnya bebudak ni dari kecik lagi baba ajar makan sayur dan salah satunya buat kudap²an diorg dgn bahan berasaskan sayur mcm utk makan petang hari ni baba buatkan KEREPEK TERUNG.
Memang sedap rangup².. Sekejap je abis hehehe.
MUDAHNYA NAK BUAT
Cara Nak buat senang je… Pastikan terung yg keras.. Yg lembek tak jadi ya.
Just potong terung nipis² pastu tabur garam, serbuk kunyit gaul².
Pastu tabur tepung jagung bagi dia bersalut dgn terung tadi. Nak pedas saya tabur serbuk Cili.
Pastu bleh lah goreng.
Kalau Ada tepung bestari Lagi sedap.. Xyah dah garam, serbuk kunyit Dan tepung jagung tu.
*Tepung tak perlu bancuh air.. Tabur je sebab nanti air yg Ada pada terung akan lekatkan tepung tadi.
Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar