Pokok yang ditanam dilaman rumah kalau tidak dibaja tentu tidak subur dan lambat pula mengeluarkan hasilnya.
Disini ada dikongsikan cara buat baja dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur.
Nak tahu bagaimana prosesnya, ini dikongsikan untuk manfaat bersama daripada SK Agro. Jom semak.
Tips Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah. SENANG
Hi gais . SK nak kongsi cara buat baja organik cecair yang sangat mudah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah ni ya..
Bahan bahannya ialah:
1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Kisar (A)
1. Kulit pisang (700g)
2. Kulit udang (belum dimasak) (200g)
3. Kulit telur (100g)
Alat:
1. Bekas besar
2. Botol plastik 1.5 L
Cara-cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 15 – 20 hari. ( seminggu pun bole guna sudah)
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah
Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.
Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.
Share yaa ilmu bermanfaat.. selamat mencuba
Tips dari
SK Agro~
Ladang yacon organik Kundasang
sumber : SK Agro