Setiap antara kita sudah tentunya mahukan kehidupan yang lebih menyenangkan bersama keluarga, dan sebab ini juga sanggup berkerja keras diusia muda agar ketika berusia dapat hidup senang.

Begini Caranya Kalau Nak 5 Tahun Akan Datang, Duit Berkerja Untuk Kita!

Justeru itu, elok kita dengar penjelasan pakar dalam urusan kewangan dan hartanah  untuk pastikan pada 5 tahun akan datang, duit pula bekerja untuk kita. Jom semak triknya.

PENDAPATAN SAMPINGAN KITA?

Hari ini makin ramai kalangan kita buat lebih dari satu kerja sebagai pendapatan sampingan. ini sedikit panduan buat kita semua.

1. Buka Akaun Khusus.

Asingkan pendapatan yang kita dapat dalam akaun lain. Jika dapat buka akaun yang mudah kita masukkan duit .

Tiap kali dapat duit masukkan dalam CDM mesin pada malam harinya atau besoknya. Lakukan sekerap mungkin aktiviti ini.

Ads

2. Bina Matlamat Simpanan

Buat satu sasaran jumlah berapa kita nak simpan, contohnya akhir tahun ini saya nak ada RM10,000 dalam simpanan saya.

Begini Caranya Kalau Nak 5 Tahun Akan Datang, Duit Berkerja Untuk Kita!

3. Simpanan dan Pelaburan

Tujuan biarlah untuk simpanan dan pelaburan kita, bukan untuk beli barang mewah yang kita suka atau percutian kita.

Ads

4. Beli Aset Jangan Liabiliti.

Susahnya dapat duit itu biar berbayar dengan beli aset yang baik seperti rumah. Elakan beli kereta kerana nilai susutnya tinggi.

5. Ambil Takaful Perlindungan.

Jika banyak masa habis dijalan raya, risoko kemalangan berganda. cari Takaful serendah RM50 yang beri perlindungan RM100,000 jika sesuatu berlaku kepada kita nanti. Biar anak isteri terjaga.

Ads

6. Sasaran 5 Tahun.

Jangan terlalu lama buat kerja ini, cuba bina sasaran 5 tahun sahaja kerana kita tidak akan pasti apa yang akan berlaku selepas ini.

Bersedia selepas 5 tahun untuk “wang bekerja untuk kita” dan “bukan kita bekerja untuk wang” lagi.

Moga kira dirahmati dan murah rezeki

Sumber : Azizul Azli Ahmad

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI