Begini Caranya Jika Mahu Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki. Guna Garam & Lemon Je. Cukup Mudah!

Share

Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak. Apalagi kalau sinki bocor. Silap-silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang.

Selain tersumbat, sinki juga menajdi tempat pembiakan bakteria. Malah, jika tidak dicuci akan menyebabkan ia nampak kotor dan berkerak hitam.

Jom cuba petua ni. Paling senang nak buat.


BAHAN-BAHAN:
Lemon
Garam

Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah yang diberikan ini.

1. Potong lemon seperti biasa.

2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.

3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.

4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.

5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.

6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.

 

Selamat mencuba!