
Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak. Apalagi kalau sinki bocor. Silap-silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang.
Selain tersumbat, sinki juga menajdi tempat pembiakan bakteria. Malah, jika tidak dicuci akan menyebabkan ia nampak kotor dan berkerak hitam.
Jom cuba petua ni. Paling senang nak buat.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Garam
Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah yang diberikan ini.
1. Potong lemon seperti biasa.
2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.
3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.
4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.
5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.
6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.
Selamat mencuba!
12 Tahun Gelaran ‘Imam Muda’, Ustaz Asyraf Mahu Ubah Nama, Rupanya Sebab Ini.

Juara Imam Muda (Astro) musim pertama 2010, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Rezuan begitu dikenali ramai generasi muda dengan kepetahannya berbicara mengenai soal agama dan kekeluargaan.
Muat naik terkini, Asyraf menarik perhatian ramai di media sosialnya. Dia memuatnaik video menjelaskan, gelaran Imam Muda tidak lagi relevan ekoran umurnya mencecah 40 tahun.
Rupanya ini sebabnya.
“Kadang orang bergurau dengan memanggil. “Imam yang tak akan tua. Saya ‘OK’ saja hendak dipanggil apa.”
“Imam Muda ka Imam Tua ka, Ustaz ka, Bro ka, Acab ka, Imam saja ka, Pakcik Asyraf ka, Encik Asy ka. Tak kesah.”
“Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik.”
TERDETIK NAK TUKAR GELARAN SETELAH BERUSIA 40AN
Malah katanya, gelaran Imam Muda dipegangnnya sudah 12 tahun sehingga ada yang berseloroh dengan memanggilnnya, ‘Iman yang tak akan tua.
Namun, dia tidak kisah mengenai gelaran itu, asalkan di iringin dengan doa yang baik.
Bagaimanannya, hatinya mula terdetik untuk menukar gelaran itu setelah usia menghampiri 40 tahun dan sudah mempunyai tiga orang anak.
“Lagipun panggilan ‘Imam Muda’ itu hanyalah gelaran yang diberi oleh Pihak Astro semenjak 12 tahun yang lalu. Lalu digunapakai meluas oleh masyarakat. Dan ianya melekat sehingga ke hari ini.
“Sedangkan sewaktu mula menyertai program Imam Muda, tak pernah terlintas di fikiran untuk diberi gelar sebegini.
CADANGAN NAMA BARU
“Jadinya bila umur dah tua nak masuk umur 40-an ni rasanya macam nak tukar nama la pulak. “Asyraf Depp ka, Asyraf McGuire ka, Asyraf The Eagle ka, Pakngah Asyraf ka, Daddy Asy ka, Asy Talabista ka”.
“Ada cadangan?”
Sumber: imammudaasyraf
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
‘Bedebus’ Angin Keluar & Badan Pun Rasa Ringan. Wanita Ni Kongsi Pengalaman Amal Minum Air Rebusan Pandan!

Bila rasa banyak angin tersimpan di dalam badan, pastinya kita akan tidak selesa dan lebih-lebih lagi pada bahagian perut akan terasa senak dan sebu. Sebolehnya kita berusaha agar angin tersebut dapat dikeluarkan barulah kita berasa lega.
Menyentuh tentang mengeluarkan angin ini, ada orang mudah sahaja dengan menyapu minyak angin, sendawa atau kentut dapat selesaikan masalah itu. Namun tidak dinafikan ramai juga rasa sukar selesaikan masalah angin dalam badan ini.
Jadi bagaimana caranya untuk pastikan badan terasa ringan dan tidak terasa berangin?
Mungkin ini cara terbaik yang boleh anda amalkan iaitu dengan amalkan minum air rebusan pandan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azurah Ahmad yang telah 2 tahun mengamalkannya dan dia sendiri merasai perbezaan sebelum dan selepas amalkan petua ini.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Air rebusan daun pandan
Bahan-bahan:
Berapa helai daun pandan
2 inci halia-diketuk
1 ketul gula batu
Cara penyediaan :
- Rebus semua bahan di dalam air, dari 2 gelas jadikan 1 gelas.
2. Minum ketika suam. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Manfaat minuman ini
Alhamdulillah dah masuk 2 tahun saya amalkan, badan rasa ringan. Saya ingat lagi, kali pertama cuba petua ini selepas 6 bulan bersalin. Petua ini pun saya dapat daripada facebook juga, tak sangka memang serasi dengan badan.
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut. Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je dua jam sebelum tidor. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.
sumber : Azurah Ahmad via MAHN
Kalau Dah Jodoh… Berpisah 63 Tahun Lalu, Pasangan Veteren Akhirnya Bersatu Kembali!

Dalam bahagia hidup berpasangan, pasti akan ada satu masa berdepan dengan konflik. Cumanya, kita mampu atau tidak sahaja untuk menghadapi ujian itu. Bagi yang kuat, pasti mampu untuk menangani dan berbaik semula. Namun ada juga disebaliknya.
Tapi… Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah perumpamaan yang sesuai buat pasangan veteren ini yang kembali bersatu setelah berpisah lebih enam dekad!
Pasangan ini disatukan semula 16 Oktober lalu di mana video momen majlis mereka telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Khai_nisa91.
Mengenakan baju songket biru, pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor dikatakan pernah berkahwin pada 1958, namun berpisah setahun kemudiannya.
Ujar cucu pengantin viral ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah pada tahun 1959 kerana lelaki berusia 84 tahun itu berhijrah ke Pahang manakala isterinya berada di Kelantan.
“Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.
“Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah malah menyokong keputusan itu.” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin ini. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber : khai_nisa91, Kosmo