Begini Caranya Hilangkan Bau Busuk Sisa Kulit Udang. Ibu-Ibu Kena Cuba, Senang Jer!

Share

Setiap kali ingin menyediakan hidangan berasaskan udang, umumnya kita terlebih dahulu akan membersihkan udang tersebut. Kemudian kulit udang itu akan kita masukkan ke dalam bakul sisa makanan untuk dibuang.

Namun menjadi masalahnya, biarpun kulit udang tersebut telah dimasukkan ke dalam plastik, bau busuknya tetap boleh dihidu. Malah, baunya yang kuat menarik perhatian lalat dan semut dan menjadikan kita sekeluarga berasa kurang selesa dengan keadaan tersebut.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk uruskan bau busuk yang terhasil daripada sisa udang tersebut. Bila anda praktik anda tidak akan berdepan dengan masalah bau kurang menyenangkan ini lagi. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

• Air panas

• Daun pandan

CARA-CARA:

1. Masukkan kulit udang ke dalam bekas dan siram dengan air panas. Biarkan seketika.

2. Toskan air dan masukkan ke dalam plastik. Masukkan daun pandan yang telah dicarik.

3. Ikat plastik dengan kemas. Hasilnya, kulit udang tidak akan berbau dan tidak menarik perhatian lalat walaupun lambat dibuang ke dalam tong sampah.