Tahukah anda makna hibah? Hakikatnya ramai tahu tentang faraid yang sudah tetap dalam hukum tetapi ramai lagi yang tiada pendedahan mengenai hibah.
Hibah memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah mati kelak. Ia dilakukan ketika masih hidup.
Hibah adalah pembahagian harta antara yang terbaik mengelak pertelingkahan. Hibah juga adalah pemberian hadiah bagi pembahagian harta.
Ikuti perkongsian oleh ini Mohd Fhais yang bermanfaat yang menjelaskan golongan yang kena ada hibah supaya nasibnya terbela.
Inilah 9 Golongan Kritikal Kena Ada Hibah Yang Ramai Orang Tak Tahu Beserta Hujahnya
1 – Keluarga yang tiada anak
Jika tiada anak harta pusaka yang akan di terima oleh isteri hanya 1/4 sahaja. Manakala 3/4 lagi akan di bahagikan kepada mak ayah atau adik beradik suami.
2 – Keluarga yang ada anak perempuan sahaja
Anak perempuan tidak seperti anak lelaki asabah ( penghabis harta ). Anak perempuan hanya layak menerima 1 bahagian sahaja dari keseluruhan harta pusaka.
3 – Keluarga yang ada anak angkat
Anak angkat tidak layak mendapat sebarang agihan harta menurut faraid walaupun anak angkat itu di jaga sejak lahir lagi.
4 – Suami yang ada isteri lebih dari seorang
Bila ada ramai isteri, anak-anak pun sama. Jadi pembahagian harta jadi bertambah rumit jika tanpa hibah. Terumatanya harta yang melibatkan rumah dan tanah.
5 – Samaratakan bahagian anak lelaki dan perempuan
Jika mahu setiap anak dapat harta samarata tidak kira lelaki atau perempuan wajib gunakan hibah kerana ikut hukum lelaki pasti dapat lebih kerana mereka adalah wali.
6 – Tidak berkahwin
Individu yang tidak berkahwin tapi ada harta jika tak membuat hibah masa hidup maka harta tersebut akan menjadi rebutan adik beradik dan berisiko silaturrahim sesama adik beradik porak peranda.
7 – Isteri muda
Lelaki yang baru kahwin dengan isteri muda dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang lebih kurang umur isteri muda itu. Jika begini situasinya mustahil isteri muda boleh bekerjasama dengan anaknya. Silap hari bulan kena halau rumah bila suami dah tak ada.
8 – Rumah ada nama suami dan isteri
Suami isteri beli rumah sama nama. Kongsi pinjaman perumahan dan ada 2 nama dalam geran. Bila suami mati, hak milik rumah tersebut tak jatuh terus pada isteri sebaliknya ia akam jadi faraid. Ada bahagian anak, adik beradik dan mak ayah suami kat situ.
9 – Keluarga yang ada anak istimewa
Dalam faraid tidak kira anak itu istimewa atau normal pembahagian harta ialah sama. Dari segi logik anak istimewa lebih perlukan bantuan kerana mereka tak mampu berdikari. Hibah la penyelamatnya.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Perunding hibah bertauliah
p/s : Semua orang wajib tahu ilmu ni kerana semua orang akan alami masalah ini.
nsnsh