Begini Caranya Anyam Ketupat Sate. Barulah Semangat Nak Sambut Raya

Share

Bahang sambutan hari raya semakin hangat dirasai apabila ramai warga kota mula pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang.

Bila berkumpul ramai-ramai sudah tentu juadah hari raya menjadi tumpuan semua. Tak sabar rasanya nak menikmati hidangan raya yang dirindui seperti ketupat, lemang, rendang dan sambal kacang.

Hari ini berapa ramai di kalangan kita yang masih pandai menganyam ketupat? Walaupun dunia semakin maju dan produk makanan tradisi juga sudah semakin banyak dipermudahkan tetapi jangan sesekali lupakan tradisi budaya anyaman ketupat peninggalan nenek moyang.

Jom ajar anak-anak menganyam ketupat tradisi. Perkongsian langkah demi langkah anyaman ketupat oleh Tajul Ariffin Norsadan mungkin boleh membantu mereka yang nak cuba menganyam sendiri ketupat.

Langkah demi langkah anyaman ketupat

Anyaman ketupat ini semakin pudar dizaman moden ini. Orang ramai lebih memilih membeli ketupat yang sudah dianyam atau ketupat segera.

Tetapi bukan untuk anak-anak Ibu kami. Ibu menurunkan ilmu menganyam ketupat beberapa tahun lepas. Sejak dari itu, setiap tahun pasti kami akan menganyam ketupat.
Kami menganyam ketupat lebih kepada tradisi dan meriahkan suasana. Jika tidak cukup baru akan ditambah dengan ketupat segera.

Menganyam ketupat bukanlah mudah. Tetapi tidak mustahil untuk dipelajari. Ketupat ada pelbagai jenis. Ada ketupat sate, ketupat bawang, ketupat pasar dan lain-lain lagi.
Maka hari ini, aku akan tunjukkan langkah-langkah untuk menganyam ketupat yang paling mudah iaitu ketupat sate.

1. Gulungan pertama tangan kiri.
2. Gulungan kedua tangan kiri.
3. Gulungan ketiga tangan kiri.
4. Gulungan pertama tangan kanan.
5. Gulungan kedua tangan kanan.
6. Gulungan ketiga tangan kanan.
7. Cara memegang. Ada perbezaan gulungan tangan kanan dan tangan kiri. Perhatikan dengan teliti langkah-langkah di atas.
8. Gulungan tangan kiri sebagai dasar. Masukkan gulungan ketiga tangan kanan ke gulungan ketiga tangan kiri.
9. Anyam sampai ke hujung gulungan pertama tangan kiri.

10. Lanjutkan anyaman gulungan kedua tangan kanan secara bertentangan dengan gulungan ketiga.

11. Anyam gulungan pertama tangan kanan bertentangan gulungan kedua tangan kanan.
12. Akan jadi seperti ini.
13. Ambil hujung gulungan pertama tangan kanan.
14. Anyam sehingga bertemu gulungan pertama tangan kiri.
15. Seperti ini.
16. Pegang keseluruh anyam dengan tangan kanan. Lepaskan pegangan tangan kiri. Berhati-hati semasa membuat gerakan ini keranan anyaman masih mudah terlepas.
17. Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri.
18. Anyam sampai bertemu hujung gulungan tangan kanan.
19. Seperti ini.
20. Temukan kedua-dua hujung gulungan pertama.
21. Tarik sedikit kedua dua hujung anyaman seperti ini.
22. Ketatkan anyaman tersebut. Siap!

Selamat mencuba!


Pecinta budaya dan tradisi,
Tajul Ariffin Norsadan

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)