Pinggan mangkuk adalah antara produk yang wajib ada di ruang dapur. Kebiasaannya pinggan mangkuk ini akan dipakai untuk kegunaan harian. Pun begitu, pasti akan ada stok pinggan mangkuk tersimpan di ruang dapur untuk kegunaan pada masa-masa tertentu.
Tidak dinafikan, tujuan memiliki lebih banyak stok pinggan mangkuk ini bagi setiap wanita mempunyai pelbagai alasannya yang tersendiri. Paling biasa, hendak digunakan semasa menjamu dan merai kunjungan tetamu.
Hal ini, tentu sahaja memerlukan kaedah pengurusan dan storan pinggan mangkuk yang berkesan untuk memastikan ruang dapur terlihat kemas dan tidak padat dengan lambakan pinggan mangkuk tersebut. Ingin ketahui caranya, jom semak 5 kaedah yang praktikal.
1.Bahagikan mengikut set
Susun pinggan, mangkuk hidang , cawan dan sebagainya di dalam set yang sama. Cara ini sangat popular digunakan oleh ramai antara kita. Mudah untuk dicari kerana disusun di tempat yang sama set.
2.Susun di dalam almari kaca
Ads
Memilih untuk menyimpan koleksi pinggan mangkuk di dalam almari kaca juga bukan sahaja menjadikan ia nampak tersusun. Malah turut berfungsi sebagai salah satu elemen dekorasi yang cukup istimewa. Sebaiknya susunan pinggan mangkuk hendaklah dapat memperlihatkan ciri dan rekaan istimewa pinggan tersebut dengan mudah. Sekali gus menjadikan ruang dapur seakan galeri yang memukau.
3. Aturkan di rak terbuka
Peletakan pinggan mangkuk di susun rapi di bahagian rak terbuka juga satu idea yang ringkas dan menarik. Menggandakan impak dekorasi, pilihan pinggan mangkuk hendaklah disusun dengan kombinasi pelbagai warna yang menarik.
Ads
4. Simpan di dalam kabinet tertutup
Menyimpan pinggan mangkuk di dalam kabinet tertutup penuh umpamanya adalah cara yang paling ‘selamat’. Anda tidak perlu terlalu memberi perhatian pada cara susun atau sebagainya kerana pinggan mangkuk tersebut terlindung daripada pandangan. Apa yang penting pinggan mangkuk tersebut disimpan di dalam keadaan mudah dicapai dan sebaiknya disusun mengikut setnya.
Ads
5. Cawan digantung
Selain cawan disusun dan diletakkan secara biasa, ada baiknya gunakan kaedah yang berbeza dan menjimatkan ruang. Sebagai contoh memilih peletakan rod besi yang dilengkapi dengan penyangkut untuk menggantung cawan. Ia nampak begitu kemas dan tersusun rapi. Malah lebih mudah untuk dicapai jika ingin digunakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan dilantik sebagai senator manakala timbalannya pula ialah Ahmad Marzuki Shaary.
Beliau adalah seorang yang tegas menyuarakan kata-kata nasihat dan tetap dengan pendiriannya.
Malah tutur kata yg hanya berlandaskan alquran dan hadis.
Malah pelantikkannya, ramai netizen melahirkan rasa syukur atas perlantikan ahli agama ini.
BIODATA
Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dan pasangannya adalah Datin Seri Dr. Shereen binti Mohd Yunos dikurniakan lima orang anak.
Menurut wikipedia, Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981). Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988). Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan .
ILMU YANG DIMANFAAT
Kehidupan beliau semasa menyambung pengajian di Madinah dan Syria dimanfaatkan secara keseluruhannya untuk mempelajari ilmu-ilmu secara formal mahupun tidak formal. Selain kelas-kelas formal di Universiti, beliau juga giat mengikuti pengajian para ulama’ tersohor di sana secara sistem talaqqi. Antara gurunya adalah Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi, Syeikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad,Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah, Damsyik, Syria) dan Syeikh Dr. Muhammad al-Mukhtar bin Muhammad al-Amin Al-Shanqiti, (Mantan Pensyarah Universiti Islam Madinah dan Lajnah Kibar Ulama’ Saudi).
ANTARA ANUGERAH
Anak kelahiran Kuala Terengganu ini turut terlibat dengan lebih 200 pembentangan kertas kerja dan seminar kebangsaan dan antarabangsa, di pelbagai seminar dan forum telah mendapat banyak anugerah yang menjurus kepada Islamik. Antaranya
Anugerah Tokoh Penulis Islam: Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kelantan Kali Kedua. 2010.
Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/ 2012M.
Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor, 1433 H/2012M. Masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Terengganu. Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu, November 2013.
PENULISAN
Datuk Dr. Zulkifli banyak menghasilkan penulisan, penterjemahan serta aktif dalam membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,. Beliau juga pernah menjadi penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menulis di ruangan akhbar. Antara penulisannya menyentuh mengenai cara hidup Islam, soal jawab solat dan terbaru mengenai wabak COVID-19.
Nyata bukan calang-calang orangnya!
Malah penularan wabak COVID-19, beliua juga turut memberikan pendapatnya tersendiri.
Berikut perkongsiannya.
SALAH SATU CARA MENGHILANGKAN WABAK
Dalam perjalanan menuju ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pagi ini, saya terbaca nukilan Syeikh Muhammad al-Hassan Walad al-Dedew al-Syanqiti. Beliau menyebut pendapat Imam Ibn Kathir:
“Pada tahun 478H, telah berlaku wabak, penyakit demam dan taun di Iraq, Hijaz dan Syam. Telah mati banyak binatang buas di pedalaman. Banyak binatang ternakan juga mati. Angin yg hitam datang ke kampung, menyebabkan banyak daun pokok gugur. Ia turut membawa panik dan ketakutan.
Khlaifa alMuqtadi bi Amrillah memerintahkan supaya dilaksanakan amar maruf nahi munkar. Alat-alat yang melalaikan (lagha) dipecahkan. Akhirnya taun dan wabak berlalu pergi. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 16/93)
Justeru, marilah sama mentaati Allah dan menjarakkan diri daripada sebarang maksiat. Kita istighfar dan munajat kepada-Nya. Semoga wabak COVID-19 juga berlalu pergi. Amin.
Cuaca panas yang berterusan menjadikan penyaman udara atau ‘air conditioner’ bagaikan suatu ‘keperluan’ pada pada kediaman masa kini.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus meningkatkan bayaran bil setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ain memaklumkan beratnya naik 10kg selepas melakukan pemeriksaan bulanan.
“Saya pergi berjumpa dengan doctor, saya periksa berat badan saya daripada 55kg sekarang naik 65kg.
“Baru lima bulan lebih hamil,” katanya.
Tambah Ain lagi, dia kini lebih bijak mengawal pemakanan pada kandungan keduanya agar tidak berlebih-lebih namun katanya dia sendiri terkejut dengan kenaikan mendadak itu.
Malah kata Ain lagi, dia risau sekiranya dia sukar mendapatkan Kembali berat badan ideal selepas bersalin kelak.
“Saya dah cuba sedaya upaya kurangkan makan tapi berat semakin naik.
“Saya risaulah lepas bersalin nanti susah nak turunkan berat badan sebanyak itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Ain berkongsi kehamilan keduanya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis pengumuman jantina.
Ain yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...