
Biasanya apabila ibu-ibu memotong sayur, pasti hujungnya akan dipotong dan dibuang kan. Lepas ini, jangan terus buang, tanam keratan tersebut dan lihat hasilnya nanti.
Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini yang berkongsi cara tanam sendiri dengan menggunakan keratan sayur Sawi. Perkongsian dibuat menerusi laman facebook puan Puan Oggy Bungsu.
Cukup mudah caranya dan menggunakan keratan sayur tersebut beserta tanah, tetapi menjadi. Tiga hari sahaja sudah nampak hasilnya.
Hehehe.. Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye.. Jauh² ya ulat…
Cara tanam:
- Sediakan tanah di dalam bekas yang siap dilubangkan untuk memastikan saliran baik dan tanah sentiasa lembap. Tapi bukan banyak air.
2. Selepas dipotong keratan sawi, rendam seketika di dalam air paip biasa lebih kurang 30 minit.
3. Kemudian, terus tanam pada medium yang disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung oleh tanah.
4. Selepas beberapa hari, inilah hasilnya.
Sesi alih tempat
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Dugaan Hebat Dikurnia 3 Anak Istimewa, Namun Ibu Ini Mahu Terus Kuat Dan Positif

Apa yang anda akan lakukan jika anak anda memerlukan bantuan khas dalam pembelajaran?
Dan apa pula akan anda lakukan jika KESEMUA anak anda disahkan memerlukan bantuan khas ,yakni mempunyai learning disabilities dan layak memiliki kad OKU?
Perkongsian seorang ibu yang mana anak- anaknya disahkan Dyslexia dan Global Development Delay (GDD) yakni kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya berdasarkan umurnya membuatkan admin yang baca sungguh sebak. Betapa kuatnya ibu ini melangkah, kental jiwanya biar diduga dengan ujian yang sedemikian hebat. Bukan calang-calang orang dan MUNGKIN juga dia INSAN TERPILIH.
Keterbukaan Puan Salwa Mohd Saleh menceritakan perihal anak-anak istimewanya pasti memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama.
Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Salwa memilih untuk REDA, kekal KUAT demi anak-anak tanpa sekelumit pun rasa kecewa mahupun mahu mempersoalkan apa yang sudah ‘dihadiahkan’ oleh Yang Maha Pencipta untuknya dan suami.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.
INI CERITA KAMI SEKELUARGA
Kenapa hari ini saya membuat keputusan untuk menulis dengan terbuka? Kerana saya rasa sudah sampai masanya untuk lebih ramai orang bersikap terbuka.
Mari kita mulakan satu persatu mengikut timeline.

Anak bongsu, Israa’ kini mencecah 2 tahun 8 bulan. Keluar masuk hospital sejak usia 6 bulan pada tahun 2015 setelah diserang jangkitan paru-paru yang teruk hingga berada di ICU. Tidak terhenti setakat itu, Israa’ paling banyak diuji kesihatan. Multiple trigger wheeze (and later asthma), bronchiolitis, recurrent pneumonia, otitis media, single sided deaf, food allergy, allergic rhinitis, speech delay, developmental delay, you name it.
Jika tak warded sekalipun, jadual menziarah hospital setiap bulan memang padat. Hehehe. Hampir kesemua paeds dan staff di ward kenal Israa’. Klinik pakar pun macam hampir semua aje nak dilawat. Menjengah 2 tahun, imun lebih kuat dan sudah jarang admitted.
Kesemua ini ujian besar buat anak kecil ini, tapi dia tetap kanak-kanak yang ceria. Masih belum boleh bercakap buat masa ini (not a single meaningful word) but hey, dah berjaya berjalan! Yeaaay! We are working on his speech and OCT and his case? It’s called a GLOBAL DEVELOPMENT DELAY (GDD).
Sekarang mari kita bercerita tentang yang di tengah. I’jaaz yang cheeky, banyak cakap, suka menyanyi dan banyak idea/karenah. Sejak usia dia 4 tahun, saya mula dapati ada beberapa perkara tidak kena dengan dia. Antara yang paling selalu, huruf terbalik p, q, j, s dan beberapa lagi. Tapi masih terlalu awal untuk diagnos dengan apa-apa kerana ini fasa anak sedang develop, confuse dengan sesuatu perkara adalah normal. Dia sudah mula ke taska bersama abangnya yang 6 tahun ketika itu pada tahun 2015.
Mencecah usia 5 tahun, dia makin susah nak ke sekolah. Setiap pagi ada sahaja drama. Abangnya pula sudah darjah 1, jadi tiada kawan nk pergi sama. Makin pelik. Alif ba ta yang sudah diajar setahun lebih, dia tak ingat. Tidak fokus, susah mengingati sesuatu arahan, mood berubah dalam jangka beberapa saat dan beberapa lagi ciri lain.
25 Oktober tahun lalu, kami hantar untuk buat ujian bagi dyslexia di Persatuan DYSLEXIA MALAYSIA kerana usianya telah 5 tahun 6 bulan, sesuai untuk buat ujian. Saya tidak terkejut langsung dengan hasil laporan, kerana memang saya telah lama dapat kesan, I’jaaz memang ada ciri dyslexia yang ketara. Dan selepas kami bawa ke pakar psikatari kanak-kanak, I’jaaz juga berkemungkinan menghidap ADHD juga. Tak pelah nak. Special sungguh.
Ada 12 pusat dyslexia di bawah kelolaan PDM seluruh Malaysia. Paling dekat dengan kami di Putrajaya ni adalah di Bandar Baru Bangi. Jadual keseluruhan keluarga untuk 2017 terpaksa dirombak serta merta. Kalau dulu, kami gagahkan juga satu kereta, menghantar anak kesekolah kemudian ke hospital tempat suami bekerja, kali ini masa dan jarak tak mengizinkan. Atas faktor itulah, secara drastik kami membeli kereta terpakai bulan Disember kerana ianya sudah bertukar menjadi keperluan mendesak.
I’jaaz sudah 3 bulan di sekolah baru, makin menyesuaikan diri dan makin happy. Tidak lagi rasa tertekan dan rasa rendah diri sebab semua orang sama dengan dia. Nanti saya cerita lebih lanjut.
Oh, apa pula cerita anak sulung, si Imran yang manja, penuh empati, kreatif tapi selalu cembeng. Ini juga kategori special. Dari sudut kesihatan, sejak usia 8 bulan dia juga diserang pneumonia, dan kemudian eczema, allergic rhinitis dan food allergy. Keluar masuk hospital hingga usia 3 tahun dan buatkan Emaknya decide berhenti kerja. Menariknya lepas emaknya berhenti, dia tak masuk ward dah. Hahahaha.
Dia mula ke taska umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya decide untuk sekolahkan sendiri. Umur 6 masuk semula ke taska. Pada awalnya saya memang sedar, dia sedikit unik dan tidak seperti anak lain. Hampir masuk ke sekolah rendah juga masih tidak boleh membaca dan menulis. Dalam pada hati saya merasa mungkin Imran perlu ambil masa (it’s totally normal for kids especially boys jika tak tahu membaca sampai usia 8-10 tahun ya) cuma beberapa ciri lain buat saya sedikit risau. Imran ni ada sedikit ciri autism tetapi saya tak fikir dia autism.
Pendapat saya dipersetujui pakar kanak-kanak waktu saya bawa dia berjumpa sebelum dia masuk ke sekolah rendah. Pakar kata agak grey area tapi let’s see. Jadi kami masukkan ke sekolah seperti biasa. Of course lah dia kene masuk kelas pemulihan, linus untuk bantu. Dan dia masih dengan keunikannya. Mengajar imran membaca seolah-olah anda cuba terangkan rocket science dan teori black hole kepada dia. It’s very tough for him to get the idea. Sejak umur dia 4 tahun saya dah cuba berbagai kaedah, you name it. Buku rasanya lebih 100 buah. I’ve tried everything.
Cut short the story, hujung tahun lepas, setelah perbincangan demi perbincangan kami akhirnya bawa imran jumpa Pakar Psikatari Kanak-Kanak di HUKM untuk diagnosis lebih sempurna. Saya tak merisaukan dia tak boleh membaca. Tidak. Saya cuma ingin dia dibantu dengan cara paling efektif supaya dia seronok belajar dan tidak ketinggalan hingga rasa rendah diri. Itu sahaja.
2 minggu selepas I’jaaz menjalani ujian dyslexia, Imran pula didiagnos awal dengan GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY sama seperti Israa’. Dan bermula la appointment demi appointment untuk uji kesemuanya. Kami ke klinik pakar mata, ENT, speech, kanak-kanak dan menjalani ujian IQ untuk Imran. Result akan keluar bulan depan dan baru perbincangan akan diteruskan untuk tahu masalah sebenar Imran dan cara untuk bantu Imran dalam pelajaran.
Panjang?
Lama pendam ni. Ketika huru hara dalam kelam kelibut saya dengan Projek Beg Sekolah, ini semua berlaku. Ya, Allah sahaja yang tahu rasa hati saya dan suami.
Paling sukar bila nak beritahu Opah (ibu saya) dan Nanny (ibu suami). Mereka down. Sedih total. Dapat lihat riak wajah mereka yang suram. Saya pula terpaksa yakinkan mereka, ini semua ujian. Dan kami adalah the chosen one (perasan sungguh) sebab kami mampu tempuh. It’s not even genetic problem!
Saya bersyukur dikurniakan hati seperti bulldozer. Kekal kuat demi anak-anak. Sekelumit hatta sezarah saya tidak pernah kecil hati atau rasa ujian ini tidak adil. Saya tidak pernah menangisi Why me? Why Me?Saya tidak pernah rasa marah pada Allah.

Saya rasa Allah beri sebab Allah mahu saya buat dengan terbaik bersama suami. Dan mahu saya sebarkan ilmu lebih banyak tentang ini kepada orang awam.
Saya kan terus bercerita mulai saat ini. Dengan hashtag #SalamDyslexia #SalamGDD #EmakGiftedBoys in sya Allah lebih banyak cerita dan info selepas ini.
Doakan kami terus kuat
Doakan kami terus sihat
Doakan kami dapat bawa kebaikan pada keluarga dan semua
Emak,
Yang kekal steady, positive dan strong
Ayam Masak Palembang, Hari-hari Makan Pun Tak Jemu & Nak Masak Pun Simple Je!

Ayam masak palembang ini jika dilihat sekali pandang, kita akan nampak macam ayam masak kicap. Tapi sebenarnya ia mempunya tekstur kuah yang lebih pekat dan lebih enak rasanya.
Ada yang terasa nak cuba masak?
Mudah sahaja membuatnya, boleh sahaja jadikan menu menyelerakan untuk seisi keluarga. Ikuti sahaja resipi yang dikongsikan oleh Junainna Hussin Chua ini.
AYAM MASAK PALEMBANG
Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam
Bahan-bahan :Dikisar
Bawang besar – 2 biji (sederhana)
Bawang putih – 5 – 6 ulas
Halia – besar ibu jari
Bahan-bahan B:
serbuk kunyit
Daun kari – 2 – 3 tangkai
Kicap manis – 1/2 cawan
Cili blend – ikut pedas ( 2 senduk nasi)
Asam keping – 2 keping besar
Santan – 100ml
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
- gaul ayam dengan kunit dan garam.. goreng setengah masak dan ketepikan
- Panaskan minyak
- Tumis bwg besar , bwg putih , halia sampai naik bau
- Masukkan cili blend.
- Tumis sampai pecah minyak.
- Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.
- Masukkan daun kari
- Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan asam keping
- Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
- Masukkan santan
- Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan
- Kalau kering sangat masukkan air sedikit
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak Halau Serangga Perosak, Tanam 6 Jenis Tanaman Ni, Baru Pokok Subur Merimbun!

Ramai yang suka berkebun, tapi pokok tak subur dan layu disebabkan serangan serangga perosak.
Selain menggunakan racun perosak, apa kata guna tanaman lain sebagai ganti racun. Pokok kita pun selamat dari bahan kimia yang bahaya itu.
Jom ikuti panduan oleh Mahadzir Hashim yang menanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
Tanaman penghalau serangga perosak yg perlu ada di taman kebun anda:
1. Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam.
Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Pudina
Hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam Duri
Adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir2 kebun anda untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Cara posisi tanaman
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran anda atau tanamkan pokok2 ini di setiap penjuru kebun. Angin akn membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pd serangga perosak di kebun anda.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yg lain
1. Serai wangi
2. Daun kesum
3. Daun pandan
4. Kemangi
5. Bawang
6. Limau purut
Moga bermunafaat
Sumber: Mahadzir Hashim
.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club