
Nak tanam Pokok Ketumbar dengan cara yang mudah dan ada hasilnya? Nah admin kongsikan kaedah yang cukup mudah yang dimuat naik oleh Eddy Rusdi Abdullah.Beli benih yang timbang kilo jer, balik rumah ikut tip ini.
Ramai cakap tanam ketumbar ni susah! Tapi kalau kena cara, siram dengan betul, tanah yang ok, tempat yang baik. InshaAllah menjadi. Merimbun sakan dia!
TIPS TANAM POKOK KETUMBAR
1. Beli ketimbar secara kilo dan timbang dan semai di dalam bekas kecil. Rendam dulu dlm 1jam.
2. Tanam biji benih janganlah terlalu dalam. Sekitar 1 cm dalam dan tutup nipis.
3. Siram dua kali sehari agar media sentiasa lembab.
4. Biasanya 7 hingga 14 hari untuk biji benih ketumbar bercambah.
5. Apabila sudah bercambah janganlah terlalu gopoh untuk pindah terus. Tunggu sehingga ada 3-5 helai daun sebenar.
6. Untuk penyiraman, elok siram sekali sehari. Ketumbar tidak suka tanah terlalu lembab. Takut akarnya akan mudah reput akibat air terlebih.
7. Untuk pembajaan, tabur baja milagro untuk hasil yang berganda! Saya pakai baja organik je.
8. Ketumbar boleh dituai daunnya apabila berumur sekitar 1 bulan selepas tanam dalam pasu. (Atau ikut kesesuaian)
.:. Jika dibiarkan lama, ketumbar akan mula mengeluarkan bunga pada umur 3 bulan selepas tanam. Kalau ingin tuai biji, boleh la biarkan bunga itu. Namun jika ingin daun sahaja, potong bunga itu setiap kali ia muncul.
Selamat mencuba. Saya pun ambik tips dri kwn2 lain dan saya cuba. Alhamdulillah menjadi. Full video cara tanam disini : https://youtu.be/mX__WZ8Ki1E
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ingin Bebas & Bersamamu Semula….”- Yasin Buat Lagu Dalam Penjara Bikin Hati Pilu!

Umum mengetahui bahawa bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, kini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis. Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, paparan muat naik sebuah lagu baharu ciptaannya ketika di sana. Difahamkan kini akaun Instagramnya dikendalikan oleh ahli keluarganya.
“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat.”
Lagu yang bertajuk ‘Bebaskan Aku’ mengambarkan meminta pertolongan dibebaskan dari tirai besi itu. Antara lirik lagu adalah:
“Bebaskan aku, Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, Tanpa dapat ku titiskan air mata sepi.
Bila ku katakan semuanya baik di sini, Ku tak ingin engkau rasa susah hati.
Hatiku berkecai seolah sudah tiada, Dan jiwaku ini terus meronta. Ingin bebas dan bersamamu semula.“
Untuk rekod, Yassin berdepab dengan kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama. Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.
Sumber: yasinsulaiman
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Rupanya Ini Petua Asyik Pening Kepala,. Boleh Cuba Cara, Alami Memang Berkesan!

Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya. Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
• Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
• Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
• Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
• Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan- lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
• Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetes, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetes) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili benggala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak Suami Romantik, Isteri Kena Audit Diri! Tak Tahu Cara, Follow Apa Wanita Ni Buat.

Penuh rasa cinta dalam menjalin hubungan suami isteri tentu ianya cukup membahagiakan. Apatah lagi bila encik suami bersikap romantik dan manja pada pasangannya. Tiada kata dapat diungkapkan selain rasa syukur atas kurniaan Ilahi.
Namun dalam realiti kehidupan suami isteri, kita sering terdengar sikap romantik ini sukar untuk dipertahankan. Adakah ianya benar-benar begitu? Dan bagaimana pula harus kita lakukan untuk menjadikan suami ini terus romantik di sisi kita?
Menjawab soalan ini, apa kata kita baca perkongsian daripada wanita ini. Jom semak.
Bagaimana menjadikan suami anda romantik?
Semalam kakfel bersembang lama dengan seorang kawan baik, katanya sekarang suami dia dah romantik. Dulu dia pelik kenapa suami kakfel layan kakfel macam puteri . Dia kata dia jeles. Dia fikir mesti kakfel ni sangat istimewa di mata suami hingga suami layan kakfel baik.
Disebabkan dia kawan baik dia banyak follow cara kakfel. Dia praktikkan apa yang kakfel buat perlahan lahan dalam hidup dia.
Dia jaga solat, dia jaga aurat, paling utama dia menjadi sangat rendah dengan suami. Dulu dia mengarah suami sebab nak suami ikut cakap dia, dulu dia juga melawan suami sebab dia rasa dia betul.
Lama lama dia ikut kakfel cakap, takda istilah boss atau profesional dalam tempat kerja , isteri tetap di bawah suami.
Ni gambar salah satu office kakfel. Di office cawangan mana pon kakfel dan suami berkongsi meja tapi 2 kerusi dan kerusi kakfel mestilah kecil dari suami.
Kita terlalu terikut ideologi barat, be profesional dalam berkerja suami isteri, nak gaduh gaduh kat tempat kerja balik rumah jangan dibawa, whatttt?
Masa gaduh di office confirm ke tak sakiti suami? Dah balik confirm ke suami tak terasa lagi? Even kita sendiri pon mesti terbawa bawa kan?
Sebab tu kakfel cakap nak menangi suami , audit diri… Kalau suami kita tak bagus bukan makna Allah uji dia. Boleh jadi Allah sedang uji kita.
Kakfel kalau nak cerita sikap buruk sangat banyak, kakfel degil, susah dengar pendapat orang, kakfel pon selalu marah suami dulu.
Tapi kakfel fikir, buat apa aku kahwin kalau aku takmau jadi isteri? Aku tetap nak jadi perempuan yang ikut kepala sendiri.
Hidup kita berkaitan siapa kita. Sekarang ni setiap malam kakfel mesti minta maaf dengan suami . Kakfel bukan selalu masak kat suami pon cuma kalau tengok suami tidoq malam , kakfel berusaha jaga anak sorang sorang.
Kalau tengok suami macam pening and sakit, cepat cepat ambik minyak urut.
Nampak suami moody, buatkan ayaq kat dia .kakfel yakin bila kakfel buat macam tu, suami tak sampai hati nak layan kakfel bukan bukan.
Suami juga manusia macam kita. Kita baik dia baik. Kalau kita baik dia nak jahat jugak. Doakan. “Jangan kita nak suami macam Ebit lew kalau kita taknak ubah jadi macam isteri dia ”
sumber : Felinna Fattah