Kucai adalah tanaman yang senang ditanam. Tetapi agak ramai yang kurang mengetahuinya kerana mungkin benih kucai yang baik, sesuai agak jarang selain sukar diperolehi.
Saudara Ramli Ahmad yang menjual benih ubi kucai, turut berkongsi cara menanamnya dengan menggunakan polistrin.
Benih kucai yg kami bekalkan telah siapsedia untuk ditanam terus. Kucai boleh ditanam dlm pasu, polibag, kotak polistrin atau atas tanah. Siram selepas tanam & lepas itu siram jika kering atau tiada hujan. Air terlalu banyak atau tanah terlalu lembab kurang sesuai. Perlu elak air dari bertakung.
Biasanya kucai yg ditanam dari benih ubinya akan boleh diambil hasilnya selepas 3-4 minggu selepas ditanam. Cara mengambilnya ialah ialah dgn memotongnya dgn pisau yg tajam pada paras 2-3sm dari paras tanah. Selepas dipotong, kucai akan tumbuh semula dari ubinya & boleh dipetik lagi selepas 3minggu & begitulah seterusnya hingga bertahun2 asalkan kita menjaganya dgn elok.