Nasi lemak adalah menu kegemaran ramai. Walaupun menu ini simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Jika masak dalam jumlah yang banyak. tentu ada tak menjadi.
Kepada yang merancang hendak memasak dalam jumlah yang banyak untuk berniaga atau kenduri, boleh cuba sukatan ini. Sesuai sangat untuk masak-masak raya haji nanti dan juga newbie yang baru hendak mula berniaga. Tak salah mencuba! Mana tahu rezeki melimpah.
Pagi ni ada yang pm saya,tanyakan sukatan nak masak nasi lemak untuk 10 orang makan yang sebelum ni saya kongsikan sukatan untuk 30-60 orang makan.Ok…ada dah kat bawah tu.
Tapi tak nak lah nanti ada yang pm nak sukatan 5 orang makan pula.Yang tu pergi je beli kat makcik yang jual nasi lemak bawah pokok dekat dengan rumah.Boleh makcik tu balik cepat.
Sukatan(10 orang makan)
1kg beras
1/2kg santan
1 liter air
1sudu garam
Sukatan(30-40 orang makan)
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Ads
Sukatan(55-60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula.
Cara penyediaan :
Tanak
Ads
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.
Kukus
Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering.
Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.
Ads
Tips : nasi lemak yang dimasak secara kukus lebih tahan lama, tidak cepat basi dan cantik. Anda jangan lupa mencuba ya.
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Sumber : Puan Fazniza Raza
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik makan gulai, sambal dan goreng je, apa kata ubah sikit selera keluarga hari ini. Ibu-ibu boleh cuba resipi yang mudah ini. Bahan pun ada di dapur je, lagi elok jika dapat ayam bersaiz kecil, senang dan muat-muat je dalam kuali nanti.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Selamat mencuba!
Semalam beli ayam sekor rm7.. Kecik je.. Ni mak pak tk jaga anak masa pkp.. Kena tangkap dah haaa…..
Nnti ada yg ckp.. Makan mewah2 musim pkp ni..
Ayam rm7 dan bahan2 bakar tu semua mmg ada kat rumah..makan smpi malam.. Utk 5 orang…
Ayam bakar ala kenny rogers dgn nasi planta
Bahan2
Ayam seekor/ whole leg 4
Bwng holand sebiji
Bwng putih 3 ulas
Halia 1 1/2 inci
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
(bahan2 diatas semua blend sekali)
Kentang sebijik – nanti rebus bersama ayam.
Sayur2 utk dibakar bersama ayam
(apa yg ada je boleh)
Masukkan kiub ayam.. Td lupe blend sekali..apa yg kurang.. Topup la masa ni.. Mcm sos tiram ke.
Masukkan ayam.. Ayam ni kecik je.. Rm7 sekor
Masukkan kentang.
Ni la cara saya… Saya mmg akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dlu.. Smpi ayam masak.. Dan kuah pekat… Cara selamat utk pastikan.. Ayam masak waktu dibakar…
Blend kentang yg direbus bersama ayam td… Tuang semula dlm kuali.
Lepas blend kentang td.. Kuah jd pekat.. Dan lemak2.. Creamy..
Letak ayam dlm tray… Letak la sayur yg ada.. Sukati la nk sayur apa.. Sayur blh letak sekali.. Sbb ayam dah masak.. Tggl bg garing bhgian luar je.
Sebelum masuk oven.. Letak sikit butter atas tu… Bakar suhu 200…60minit.. 15mint pertama api atas bawah.. Selebihnya.. Api atas sahaja
Bakar suhu 200…60minit.. 15mint pertama api atas bawah.. Selebihnya.. Api atas sahaja
Siap bakar dah.. Kuah2 sikit tu mkn ngan nasi nnti..
Nasi planta
Beras
Planta
Halia hiris
Bwng besar hiris
Cara memasak:
1. Cairkan planta tumis bwng besar dan halia.. Bg layu2 je..
2. Masukkan beras.. Garam sedikit dan gula sedikit.. Bg rasa balance.
3. Sukat air mcm biasa… Masak nasi dlm periuk biasa
Siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalunya kalau kita hendak buat sate, nak tak nak mesti kita kena bakar. Tapi tahukah anda sate jika digoreng juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.
Andai kata anda sekeluarga belum pernah mencuba rasa, memang kena cuba resipi yang dikongsikan ini. Mudah, sedap dan membuka selera.
Sama enaknya seperti sate yang diba Tak perlu la nak repeat asyik masak daging resepi yang sama sahaja. Jadi jom cuba!
Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa
Bahan-bahan:
1kg daging
5 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam
Ajinomoto
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia
2 batang serai
1 genggam biji ketumbar
1 genggam jintan putih
Cara-cara penyediaannya:
1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.
2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.
3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.
4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.
5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.
6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.
7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.
8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.