Tentu ada yang ingin tahu cara yang betul menyimpan daging berkilo-kilo sempena Hari Raya Qurban ini.
Mustahil sekali kalau nak dijamu kesemuanya untuk keluarga. Jadi, nak tak nak kenalah simpan juga separuh dan jadikan stok daging di rumah. Lagi-lagi kalau saiz keluarga agak kecil dan bukan semua ahli gemar makan daging.
Tips & Cara Betul Menyimpan Daging Korban
Untuk itu, kena tahulah cara betul untuk menyimpan daging tersebut supaya ia kekal sedap, terasa segar, kekal kualitinya dan paling penting boleh tersimpan untuk tempoh yang agak lama.
Menerusi FB Chef Mawi, beliau telah berkongsi kaedah penyimpanan daging yang betul yang patut dicuba, lebih-lebih lagi ketika banyak korban dilakukan.
Ads
1. Elak Cuci Daging Korban/Segar Sebelum Disimpan
Sebelum disimpan, daging korban yang segar jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, dikhuatiri kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging seterusnya merosakkan kualiti daging tersebut.
Mencuci daging hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. Simpan Daging Dalam Kuantiti Kecil ke dalam Sejuk Beku (Freezer)
Ads
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan (2-4 kg) di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja. Biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. In Sha Allah daging korban yang segar tadi dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. Elak Terus Simpan Daging ke Dalam Ruang Sejuk Beku
Ads
Sebelum disimpan di dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. Elak Cairkan Daging Beku Guna Air Panas
Jika hendak memasak daging korban yang telah beku, jangan cairkan ais dalam daging atau daging yang beku tersebut menggunakan air panas!
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging lembut dan ais cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
5. Guna Plastik Lutsinar
Jangan guna plastik warna hitam kerana ia adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.
Nak bawa anak pergi bercuti, tentu ibu ayah memilih lokasi percutian yang menawarkan permainan yang menarik sehingga mengujakan anak-anak. Baru-baru ini, selebriti terkenal Eira Syazira dan suami, Azad Jasmin telah membawa anak-anaknya bercuti di Legoland buat pertama kalinya! Lokasi percutian popular di Malaysia yang menjadi idaman setiap kanak-kanak dan orang dewasa ini.
Menurut Eira Syazira, percutian pertama kali di Legoland Malaysia yang menawarkan keriangan sebagai lokasi percutian keluarga dengan pelbagai permainan amat mengujakan. Perkongsian percutian tiga hari dua malam di sini bersama keluarga tercinta memberikan momen bonding yang terindah buat dirinya, suami dan anak-anak.
“Bukan anak-anak sahaja yang teruja, saya dan Azad pun teruja. Ini adalah pengalaman pertama kami berkunjung ke Legoland di Johor ini,” jelasnya dengan riak wajah gembira.
Bercerita lanjut mengenai percutian hujung minggu bersama keluarga, beliau tidak menafikan Legoland adalah tempat yang wajib setiap ibu bapa membawa anak-anak bercuti ke sini.
“Dah lama kami satu keluarga hendak datang ke sini cuma tidak berkesempatan. Saya tak sangka Legoland di Malaysia sungguh hebat. Sebelum ini, memang anak sulung saya, Amarra Sofea Rose selalu tengok di youtube Legoland California. Saya membayangkan Legoland di sini sama dengan taman tema lain di Malaysia. Namun tekaan saya salah. Legoland di sini memang memberikan keterujaan yang berganda!”
Penginapan konsep mesra kanak-kanak
Eira juga berkongsi pengalaman menginap selama tiga hari dua malam di Legoland Hotel. Katanya, ciri-ciri lego interaktif boleh didapati di seluruh bilik bertema hotel, kawasan bermain, lif bertema dan restoran. Sementara itu, berhadapan lobi hotel terdapat istana yang dipenuhi dengan permainan dan aktiviti lego interaktif dengan lebih 100,000 kepingan lego.
“Saya sendiri pun excited dengan suasana hotel di sini. Kawasan lobi hotel terdapat lambakan lego untuk anak bermain dan mengasah kreativiti mereka. Manakala lif menuju ke hotel disajikan dengan kilauan lampu dan muzik yang cukup menghiburkan. Kemuncak keterujaannya apabila tiba diruangan bilik, nyata begitu selesa dengan katil bersaiz king dengan tema Pirate yang memukau pandangan. Ruang tidur anak-anak pula lengkap dengan katil dua tingkat dan katil berundur yang boleh memuatkan tiga orang kanak-kanak dalam satu ruang.
“Begitu juga bilik air yangbercirikan berkonsepkan kids friendly. Dalam bilik ini, ada permainan lego dalam kotak dan juga permainan yang perlu selesaikan bagi membolehkan kami membuka peti rahsia. Dan akhirnya kami excited apabila dapat mencari jawapannya. Saya memang tak sangka hotel ini begitu hebat,” jelas Eira mengenai perkara menarik di bilik hotel Legoland.
Terdahulu, hotel ini menawarkan sebanyak 258 bilik bertema memberi pilihan kepada tetamu untuk memilih tema Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago. Semua bilik termasuk katil bersaiz king untuk orang dewasa dan kawasan tidur separuh peribadi berasingan sehingga tiga kanak-kanak.
Di bangunan hotel ini, pengunjung boleh menikmati hidangan menu yang lazat di Bricks Family. Restaurant ini adalah ruang makan sepanjang hari menyajikan sarapan, makan tengahari dan makan malam dengan konsep gaya bufet.
Taman tema
Selain tarikan baharu ini, Lego Vr Coaster dan Lego® Ninjago™ World, permainan yang sedia ada turut menjadi tumpuan kanak-kanak apabila ke sini iaitu Beginning, Miniland, Kingdom, Technic, Immagination, Land of Adventure dan City yang memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung.
Setelah seharian meneroka pelbagai jenis permainan yang menarik seperti menaiki roller coster, slaid, melawat kawasan miniland yang mengkagumkan landskapnya, Eira berasakan ia merupakan tempat permainan dan pembelajaran secara interaktif untuk kanak-kanak.
“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan taman tema ini adalah permainannya yang interaktif. Ada unsur pembelajaran. Rupanya bukan sekadar lego. Tetapi permainan di sini menguji minda anak-anak untuk menjadi kreatif.
“Misalnya di Lego Mindstorms dan Lego Academy ada bengkel kreatif untuk kanak-kanak membina robot dan bangunan dengan menggunakan lego. Bukan itu sahaja, permainan roller coater yang menguji keberanian kanak-kanak. Amarra memang teruja naik Lego VR Coater dengan Azad.
“Apa yang saya lihat di sini kanak-kanak menjadi seorang yang aktif dan seronok untuk mencuba pelbagai aktiviti yang berbeza-beza,” jelas Eira yang merancang akan datang lagi untuk percutiannya akan datang.
Dalam pada itu, kelihatan Ammara begitu seronok mencuba pelbagai jenis permainan. Apa bila ditanya, lantas Amarra menjawab dengan gembira, “ Best! Dapat main lego, roller coster. Gembira sangat. Saya tak nak duduk kat rumah di Puchong dah. Thank you Mummy and dad. I love Legoland! This place the best and ever!” Luahan Amaraa itu disambut gelak ketawa Eira Syazira.
Terdahulu, Azad memberitahu bahawa lokasi percutian pilihan keluarganya adalah sangat berbaloi kerana pelbagai aktiviti beriadah bersama anak.
“Memang saya suka tempat ini untuk keluarga. Kepada keluarga yang ada anak-anak jomlah datang sini. Seperti kami, lock tiga hari untuk bersantai bersama keluarga. Memang bagus sebab semua lengkap dari aspek penginapan, makanan dan permainan interaktif,” jelasnya kepada wartawan majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular video mengenai tangisan kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki setelah kehadiran adik barunya.
Sebak melihat adiknya yang masih bayi buat pertama kali meraih perhatian wargamaya.
Disebalik tangisan itu, rupanya anak lelaki itu setelah sekian lama menjadi anak tunggal selama 4 tahun. Nyata, pastinya dia tidak mempunyai adik beradik untuk melakukan aktiviti bermain.
Begitulah perkongsian seorang pengguna TikTok yang menunjukkan moment anak sulungnya bertemu adik perempuannya.
Bagi yang mempunyai hobi bercucuk tanam, tentu akan rasa bimbang tentang keadaan tanaman yang ditanam jika terpaksa tinggalkan rumah untuk jangka masa yang lama. Contohnya dimusim perayaan atau pergi bercuti ke luar negara.
Maklumlah rutin harian kalau bercucuk tanam ini, mestilah sering disiram dengan air tanaman tersebut. Hatta sehari terlupa siram, tanaman sudah terlihat layu dan apatah lagi jika berhari-hari. Pasti boleh mati pula dibuatnya.
Jadi tidak hairanlah, kebiasaanya mereka ini tidak mahu tinggalkan rumah berhari-hari. Bimbang dengan pokok-pokok yang ditanamnya itu.
Jadi bagaimana cara terbaik untuk atasi masalah ini?
Melalui perkongsian Lina Sahedin di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri memang cukup kreatif dan boleh dibuat. Kosnya pun murah sahaja, sekadar plastik dan getah sahaja pun.
Jom semak perkongsiannya…
“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Kebetulan hari ini saya nak balik kampung. Cara yang mudah tanpa keluar modal yang banyak sebab saya banyak juga pasu depan ,belakang dan tepi rumah… Kebetulan hari raya pun semakin hampir ,semua sahabat boleh buat begini..”–Lina Sahedin
Langkah pertama :
Pastikan bungkusan air tidak diikat terlalu ketat.
Langkah ke dua :
Letakkan di dalam pasu dan kemudian cucukkan bungkusan tadi dengan jarum peniti .
Langkah ketiga :
Cucukkan juga garfu plastik di dalam pasu agar kedudukan bungkusan berisi air tadi terletak elok.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.