Biasa tak berlaku tiba-tiba peti ais di rumah kurang sejuk? Lebih-lebih lagi bagi peti ais yang sudah lama diguanakan. Ini disebabkan oleh komponen di dalamnya yang perlu diperiksa atau diganti.
Jika ibu-ibu ada masalah tersebut, boleh cuba ikut perkongsian dari Jannatun Naim ini.
Penah x tiba2 peti sejuk kat atas beku, tp kat bwh x sejuk pon,, xpon atas bawah kurang sejuk, jd sy nk kongsi sikit, selalunya yg jadi masalah ialah, defrost thermostat / defrost sensor yg rosak,, jadi sy nk tunjuk kat mana dan cara nk tukar bnda ni,, sensor ni sy beli online, sbb kdi x bukak masa pkp ni.. Modal lbh kurang rm 12 bnda ni
Masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh defrost thermostat atau defrost sensor rosak. Bagaimana nak servis tu? Boleh ikuti cara berikut.
Kalau bukak cover bhg atas pt sejuk, mcmni rupa dia, semua dah frozen, sbb tu bwh x sejuk.
Tgu ais tu mencair sndiri… Sy x kosa nk tggu,😂 jd guna hair dryer pon boleh nk bg cepat cair😁 tadah bekas.. Sng nk buang ais yg cair tu🤣
Ok.. Dah cair perasan x bnda tiub warna pink tu,, haaa tu la sensor tu…, potong cable tie tu.. Tarik keluar sensor tu
Ok ni keadaan sensor tu.. Yg bawah tu, baru punya
Ok. Mcmni…
Potong wire yg asal tu,, pastu sambung pada yang baru,, jgn risau xda polarity.. Bubuh ja ikot suka hmpa,, 😉… Kemaskan Guna heat shirnk tube (wana hijau tu), kalau xda bole guna selotip hitam pon xpa.
Letakan pada posisi asal, bhg metal sensor tu hala ke bhg bawah ye,, guna kable tie, ikat balik kemas2, supaya x bgerak3., tutup balik cover.. Ha siapla.. Sng kn…
P/s, : yg tiub blah bawah tu pulak nama dia thermal fuse,, mcm fius besa,, untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa pt sejuk ni auto untuk cairkan ais ( defrost heater) yg terjadi masa compressor off 😁
Ni rupa sebelum bukak,, yg ni pakai clip ( petak kecil kiri dan kanan kat atas sekali tu) ada yg guna screw,, ikot model,, 👌
Byk yg tanya mcmna rupa defrost thermostat ni,, mcm ni la rupa dia,, ada byk jenis bulat, petak,, bg pndapat saya x kisah untuk guna yg mana pon ikot poket tuan2,, fungsi dia ttp sama walaupon bentuk dia berlainan,, bnda ni cuma sensor je, nk test benda ni ok ke x,, bole guna multimeter cek continuity dia.. Dlm keadaan x sejuk xda continuity,, dah sejuk baru ada moga bermanfaat 😇
#diy
#jimatduit 🤣😁