Jangan buat main tentang ubat ni. Cara nak simpan kena betul. Jika salah simpan, nanti boleh membahayakan nyawa. Malah, sebenarnya ubat ni perlu disimpan ditempat yang sesuai mengikut jenis ubat tersebut.
Perkongsian seorang ahli farmasi di laman facebook Faiz Akmal Mfa mengenai cara menyimpan ubat dengan betul amat bagus diketahui bersama terutama bagi yang mempunyai anak yang masih kecil dan ahli keluarga yang lain.
Jom semak!
TAHU TAK KITA MACAM MANA NAK SIMPAN UBAT SEBENARNYA?
Seringkali bila abam farmasis dan pasukan klinik pergi buat lawatan ke rumah pesakit, macam2 ragam yang kami jumpa. (Dua gambar di bawah ini sebagai contoh nya)
1. Ada yang suka simpan ubat dalam peti sejuk. Alasannya, ubat boleh tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk.
2. Ada yang suka simpan ubat di dapur. Alasannya, senang nak makan ubat dan teguk air masak. Sekali jalan.
3. Ada yang suka campur2 ubat dalam satu bekas yang sama. Alasannya, senang boleh ngap ubat sekaligus.
4. Ada yang suka simpan ubat dalam kereta. Alasannya, senang nak balik kampung, tak lupa dah pasal ubat.
Meh abam ajar…
Lepas kita semua dapat ubat di kaunter farmasi, tak kisah lah sama ada kita dapat free ataupun selepas membeli ubat, benda pertama yang kita buat adalah BAWA BALIK UBAT dan CARI TEMPAT SIMPAN UBAT.
1. Kebiasaannya ubat2 yang kita dapat adalah dalam bungkusan kotak asal. Di dalam kotak itu, biasanya ada pamphlet atau risalah kecil ubat. Haaa, JANGAN BUANG! Bukak dan BACA.
2. Cari ayat yang bertulis ‘Cara Simpanan Ubat’ atau dalam bahasa omputih nya, ‘How To Store Or Kept Medicines’.
3. Biasanya kita akan perasan ayat2 macam ini, “Sila Simpan Ubat Di Suhu Bilik”, atau “Sila Simpan Ubat Di Suhu 2-8 Darjah Selsius”, atau “Jauhkan Ubat Dari Cahaya, Bahang, dan Kanak2”. Lebih kurang macam gitulah ayatnya.
4. Sebenarnya, kalau anda dapat ubat, walaupun tak ada pamphlet, tapi di SAMPUL UBAT anda atau STIKER LABEL ubat anda juga dah tertulis sebenarnya ayat2 ‘Cara Simpan Ubat’ itu. Tinggal kita baca tak baca saja.
Okay, sampai sini, korang dah faham kan?
Meh abam sambung…
1. Kalau ayatnya tu suruh simpan ubat di suhu 2-8 darjah Selsius,
– maknanya, anda perlu simpan ubat di dalam PETI SEJUK (bahagian RAK TENGAH sahaja), BUKAN di pintu peti sejuk, BUKAN di freezer.
– contoh ubat yang disimpan di peti sejuk adalah INSULIN yang BELUM DIBUKA.
– JANGAN SIMPAN ubat2 PIL, KAPSUL, TABLET dalam peti sejuk. Mereka takkan tahan lama sebab mereka akan cepat LEMBAP, BASAH, dan ROSAK!
2. Kalau ayatnya tu suruh simpan ubat di suhu BILIK,
– maknanya, anda perlu simpan ubat memadai di dalam rumah, dengan syarat JAUH DARI CAHAYA, BAHANG, KELEMBAPAN, dan KANAK2.
INGAT!
– JANGAN campur semua ubat dalam bekas yang sama. Lagi2 kalau ubat tu ubat makan bercampur dengan ubat2 kegunaan luaran. Mak2 suka simpan ubat demam budak bercampur dengan ubat losyen dan cuci luka kan. JANGAN! Nanti kalau kita panik, boleh tersalah ambik ubat!
– JANGAN simpan ubat melebihi tarikh luput. Rajin2 lah check tarikh luput ubat anda.
Semoga membantu. ??
Sekian,
Faiz Akmal Mfa,
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.