Begini Cara Nak Hubungan Makin Intim Walaupun Sudah Lama Kahwin. Mesti Alert!

Share

Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.

Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama. Bagi memperbaharui cinta suami isteri, disenaraikan tujuh panduan utama

1.Puji

Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan

2.Peluk

Setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.

3.Penghargaan

Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.

4.Perhatian

Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.

5.Persefahaman

Wujudkan suasana yang ceria melalui sikap toleransi terhadap pasangan.

6.Pergaulan

Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.

7.Permohonan

Sentiasa memohon rahmat dan keampunan daripada Allah supaya gubungan yang dibina atas dasar cinta kekal terjalin sehingga akhir nyawa.

Sumber: freemalaysiatoday.com