Begini Cara Nak Buat Sambal Jawa Lebih Sedap. Resipi Turun Temurun Keluarga.

Share

Selalunya jika sibuk sehingga tak sempat nak masak atau pergi bercuti, sambal adalah ‘penyelamat’ yang menjadikan hidangan enak.

Nak cuba buat sambal jawa atau sambal totok ini, boleh ikut resipi ini. Mudah dan rasanya pun enak.

Ikuti perkongsian ini.

Sambal ulek/sambal Jawa/sambal totok. Resepi turun temurun dari keluarga sebelah abah.

Bahan-bahan:
Ikan bilis*
Lada hijau*
Cili padi* – bagi yang suka pedas
Bawang besar*
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
*Nisbah ikan bilis, lada hijau dan bawang besar adalah 1:1:1.

Cara-cara:

1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Goreng lada, cili dan bawang besar yang telah dipotong tadi sehingga kelihatan layu. Angkat dan toskan minyak.
3. Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng. Letak sedikit garam dan gula secukup rasa. Dah siap!

Bagi pesakit resdung, sambal ini adalah alternatif bagi sambal belacan kerana sambal ini tidak menggunakan belacan, tetapi menggunakan ikan bilis goreng sebagai pengganti.

Enak dimakan bersama masak lemak putih dan sayur tumis air.

Selamat mencuba!

Kredit: Izzah Jasmon