Selalunya jika sibuk sehingga tak sempat nak masak atau pergi bercuti, sambal adalah ‘penyelamat’ yang menjadikan hidangan enak.
Nak cuba buat sambal jawa atau sambal totok ini, boleh ikut resipi ini. Mudah dan rasanya pun enak.
Ikuti perkongsian ini.
Sambal ulek/sambal Jawa/sambal totok. Resepi turun temurun dari keluarga sebelah abah.
Bahan-bahan:
Ikan bilis*
Lada hijau*
Cili padi* – bagi yang suka pedas
Bawang besar*
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
*Nisbah ikan bilis, lada hijau dan bawang besar adalah 1:1:1.
Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Goreng lada, cili dan bawang besar yang telah dipotong tadi sehingga kelihatan layu. Angkat dan toskan minyak.
3. Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng. Letak sedikit garam dan gula secukup rasa. Dah siap!
Bagi pesakit resdung, sambal ini adalah alternatif bagi sambal belacan kerana sambal ini tidak menggunakan belacan, tetapi menggunakan ikan bilis goreng sebagai pengganti.
Enak dimakan bersama masak lemak putih dan sayur tumis air.
Selamat mencuba!
Kredit: Izzah Jasmon
Sayang Nak Buang Periuk Kesayangan Yang Bocor, Ibu-Ibu Cuba 4 Cara Ini. Guna Bahan Semula Jadi Sahaja!
Kuali atau periuk kesayangan bocor pasti membuatkan ibu-ibu berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
- KAPUR MASAKAN
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
- ASAM JAWA
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
- KULIT PISANG
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
- KERTAS ALUMINIUM
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Rupanya Kena Letak Kertas Atas Kek. Barulah Cantik Elok,Tak Hangus Bahagian Atasnya!
Kek chiffon pandan memang enak dan sering menjadi antara hidangan kek yang disediakan oleh mak-mak kita dahulu. Menariknya juga ketika membakar kek ini, baunya sangat harum dan membuatkan kita teruja untuk menikmatinya tanpa mahu menunggu lama.
Pun begitu untuk mendapatkan kek chiffon yang dibakar sempurna dan tidak terlihat hangus, ada trik dan teknik yang boleh anda praktikkan semasa membakarnya di dalam oven. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat di group masakan dan bolehlah dijadikan panduan buat yang ingin mencuba menyediakan menu istimewa ini.
Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.
Ini perkongsiannya.
KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)
Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas
Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh
Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.
*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing
Tip
* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus
*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kek
* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..
Sumber : Khatijah Mamat via MAHN
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Sotong Masak Hitam Tak Bersalah.” Siti Sarah Dituduh Bodoh Makan Dakwat Sotong Kononnya Haram , Ini Penjelasan Imam Muda!
Baru-baru ini Siti Sarah Raisudin berkongsi resipi memasak Sotong Masak Hitam menerusi laman instagramnya. Banyak komen yang diterima dan ada yang berkongsi resipi dengannya.
Namun apa yang kurang menyenangkan, ada yang melemparkan kata-kata kurang senang dan mengatakan Sarah bodoh kerana makan dakwat sotong.
Menurut empunya komen tersebut, dakwat sotong haram dimakan. Selain itu ada juga yang berkongsi perkara yang sama dengan mengatakan dakwat sotong tak boleh dimakan.
Perkongsian tersebut membuatkan Sarah tidak berdiam diri dan meminta pandangan ustaz berkenaan hal tersebut.
Sotong masak hitam tak bersalah
Sarah ni memang tak pandai .. banyak nk kena bljr, tapi org yg konon tahu semua benda xpyh la senang senang nauuuuu nak BODOH kan org. Jage adab bila nk ckp.. Cuba kalau sarah bodoh2 kan orang yang sarah x kenal.
Disebabkan itu, Sarah meminta suaminya, Shuib bertanyakan hal tersebut kepada Imam Muda Asyraf bagi merungkai persoalan tersebut.
Confirm ramai melenting punye. Bila Sarah sendiri pn keliru and bila ada tguran mcam tu, terus sarah mintk tlong @shuibsepahtu and dia bertanye kpade imam muda asyraf. T.kasih imam mude sudi bgi pencerahan.
Ha, imam muda salah ke? Jangan pulak ade yg nk pertikai lagi sebab mufti sendiri ada bg penjelasan. Kat website die. Dalam tu boleh bace, hukum mkan dakwat sotong adalah HARUS. Ha, siape yg cakap bodoh tu?
Tak baikkkk tau. Takkan ler tahap mufti yg hebat bab agama main suka2 hati nak jatuhkan hukum kan. Leps tu ade juge yg forward kt Sarah video penjelsn PU Azman pasal benda ni. Jdi pasnih masaklah sotong masak hitam tenang2… xpyh was2 or rasa geli.
Ada mufti dh jelaskan pun yg dakwat hitam tu dh jadi sebahagian dr sotong tp if nak fhm lgi dgr voicenote tu. Kita same2 belajar okay. Jangnlah sbb satu benda tu korg x setuju terus gelar org bodoh. Tak baiklah😔
Meninjau di ruangan komen, ada yang meminta supaya Sarah bersabar memandangkan tengah mengandung dan tidak mengambil peduli akan tohmahan tersebut. Tak kurang juga yang berkongsi pandangan sama, dakwat sotong boleh dimakan.