
Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari. Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya.
Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini. Lepas dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih!
Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Nah ibu-ibu baca tip ini sebelum membeli ye. Moga bermanfaat!
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja.
# Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Setelah 14 Hari Jasad Anak Sulung Gabenor Jawa Barat Ditemui. Luahan Hati, Undang Sebak Wargamaya.

Bagi yang mengikuti perkembangan mengenai kehilangan anak sulung Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, Emmeril Kahn Mumtadz , maklumat terkini dilaporkan telah ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis (9 Jun) selepas 14 hari dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland.
Jasad Emmeril atau lebih dikenali dengan panggilan Eril ditemui pada 6.05 pagi Rabu (waktu tempatan) di kawasan empangan Engehalde dalam keadaan tidak bernyawa dan terapung di permukaan air, lapor pihak berkuasa Switzerland.
Khabar duka ini juga dipaparkan di Instagram milik gabenor berkenaan. Kata-kata puitis indah untuk anak tersayang, buat yang membaca pasti mengalir air mata. Sesungguh kasih sayang seorang ayah tiada penghujung buat anak.
“Akhirnya Engkau memberikan kesempatan saya untuk kembali memeluk, membelai dan memandikan anak saya sesuai syariat Islam, juga mengadzankan dengan
sempurna di telinganya persis seperti saat Eril lahir.”
dan MASYA ALLAH,
Walau sudah lewat 14 hari, jasadnya masih utuh
lengkap tidak kurang satu apapun, wajah rapih
menengok ke kanan dan saya bersaksi, jasad Eril
wangi seperti wangi daun eucalyptus.
Sungguh mukjizat kecil yang sangat kami syukuri.
Maha Besar Allah, atas ijinMu,
selama 14 hari sungai Aare benar-benar melindungi
dan mensucikan jasadnya dari marabahaya.
Hai Eril, saatnya kamu pulang ke tanah air, untuk
menghaturkan terima kasih kepada jutaan
yang mendoakanmu.
14 HARI JASAD TETAP SEMPURNA
Manakala menerusi perkongsian di Instastory beliau menjelaskan secara ilmiah kenapa jasad anaknya tetap sempurna walaupun setelah 14 hari hilang di Sungai Aare, Switzerland.
KENANGAN ABADI
UNDANG SEBAK WARGAMAYA
Sumber:ridwankamil
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Manfaat Musim PKP Hias Rumah, Pasangan ‘Cuci Kaki’ Je Masuk Rumah Lepas Kahwin

Pejam celik pejam celik sudah hampir tiga bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh tu, macam-macam yang kita dah buat untuk mengisi masa lapang yang ada semasa di rumah.
Dari yang kurang masuk ke dapur sebelum ini, sekarang ni dah champion lah masak, sebut je nak makan apa, nanti tersedia kat atas meja!
Sama juga dari segi menghias rumah. Sebelum ni tersadai je cat atau perhiasan yang dah beli, tapi tak pernah ada masa untuk menghias. Bila dah PKP ni, semua benda boleh siap hanya dengan petik jari je! Rumah yang sebelum ni suram, terus ceria selepas make-over!
Sama juga dengan pasangan yang bakal berumah tangga ini, sepanjang tempoh PKP, mereka tidak melepaskan peluang yang ada dengan mengisi masa yang ada dengan membuat persiapan rumah sebelum mereka berkahwin nanti.
Buat Pembahagian Tugas, Memudahkan Kerja
Dalam perkongsian di laman twitter milik @shahrizal5264 , segala urusan tentang perabot dan barang keperluan diserahkan kepada tunangnya, manakala dia pula menguruskan kerja-kerja restore.
Alhamdulilah sepanjang pkp ni aku and tunang berjaya siap kan rumah untuk kiteorang duduk lepas kawin nnti. Si dia mencari perabot and. Barang keperluan online, aku pulak buat kerja2 restore. Ni sebelum restoration pic.twitter.com/CQ68zMCn1J
— Ajai (@shahrizal5264) May 26, 2020
And finally after hunting barang used and some barang2 baru. Dah siap! Fasa 1 baru ni so ni lah hasil selepas. Bangga rasa nya hahaha Kan @lynhzrhzz !
Kos Hanya Lebih kurang 2k, Tapi Hasil Nampak Mewah
Mereka memilih untuk mencari barangan rumah secara atas talian agar bersesuaian dengan kos yang diperuntukkan seperti Carousell dan Shoppee, paling penting kena dengan citarasa mereka.
‘..Our goal is a comfy home, that is waiting for us bila balik kerja’
Jangan jadikan alasan duduk rumah sewa tak boleh make-over rumah cantik-cantik tau. Paling penting, minta izin tuan rumah dahulu, barulah mula untuk menghias!
Perkongsian ini menjadi perhatian warga Twitter yang turut berkongsi pengalaman sendiri dan beri komen positif untuk pasangan yang bakal memasuki ke alam perkahwinan ini. Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan mereka nanti. Amin..
Impian Bawa 38 Orang ‘Adiknya’ Ke Perbarisan Tamat Latihan TLDM Tercapai. Kisah Anak Yatim Ini Cukup Menyentuh Hati!

Kecekalan dan ketabahan seiring dengan doa dan usaha gigih pasti akan berjaya. Itu yang cuba dibuktikan oleh anak muda ini.
Kehilangan insan tersayang bergelar ibu bapa menyebabkan dia dan tiga lagi abangnya bergelar anak yatim piatu.
Demi memastikan empat beradik ini terus bersama, waris membuat keputusan menempatkan mereka di rumah anak yatim. Kisah Adik Muhammad Hakimi Idrus nyata cukup menyentuh hati.
Kisah ini dikongsikan oleh Puan Natipah Abu, yang cukup aktif di media sosial kerana sering berkongsi kehidupan sehariannya menguruskan anak-anak yatim dan golongan yang tidak berkemampuan dalam meringankan beban mereka.
Terbaru, beliau berkongsi cerita di laman facebooknya untuk mengutip dana bagi menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Prajurit Muda untuk anak jagaannya, Mohd Hakimi Idrus yang merupakan seorang anak yatim piatu.
Muhamamad Hakimi Idrus berjaya menamatkan latihan perajurit muda di Padang Kawad KD Sultan Ismail di Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih, Johor.
SEDEKAH JUMAAT.
MENGHADIRI PERBARISAN TAMAT LATIHAN PRAJURIT MUDA
MOHD HAKIMI IDRUS – YATIM PIATU.
TLDM PENGGERANG , JOHOR.
JUMLAH YANG DIPERLUKAN RM7K.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Kalau sekadar hendak pergi bercuti .. kami tak akan pergi sampai ke Johor kerana sedia maklum ia melibatkan kos yang sangat tinggi.
Tapi .. demi janji kepada anakanda kami yang yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak yatim sejak kecil ini … kami sanggup membuat keputusan ini atas nama kasih-sayang.
Mohd Hakimi Bin Idrus dan 3 orang lagi abangnya dibesarkan di rumah anak yatim ini setelah kematian ibu dan ayah. Setelah dewasa .. seorang demi seorang keluar meninggalkan rumah anak yatim dan kini giliran Hakimi sebagai adik bongsu empat beradik itu.
Hakimi kelihangan ibu ketika usianya belum pun dua tahun. Malah tidak tahu bagaimana raut wajah ibu, melihat gambar arwah pun .. dia tak pernah.
Kematian ibu secara mengejut akibat demam tu , menyebabkan arwah ayah dilanda kemurungan lalu lumpuh.
Selama hayat arwah ayah .. ketiga orang abangnya bergilir mengurus dan menjaga arwah ayah hinggalah akhirnya arwah ayah juga pergi menjejaki ibu.
Demi memastikan empat beradik ini terus bersama .. waris membuat keputusan menempatkan mereka di rumah anak yatim.
Hakimi murid yang cemerlang dalam akademik. Keputusan SPMnya melayakkan dia diterima masuk ke tingkatan enam di sebuah sekolah primier. Tetapi kerana dia bercita-cita hendak bergelar anggota TLDM sejak sekian lama , dia menolak untuk meneruskan pelajaran.
Ketika hari pendaftaran .. demi memastikan dia tabah dan kuat semasa dalam latihan .. maka kami telah berjanji seandainya dia lulus cemerlang, kami akan membawa semua adik-adiknya di rumah anak yatim ke Kem TLDM itu.
Selain adik-adik .. kami sebenarnya tidak sampai hati membayangkan nanti ibu-ayah orang lain datang dengan jambangan bunga di tangan meraikan kejayaan anak mereka pada hari itu sedangkan Hakimi …. tak punya keduanya lagi.
Kami percaya .. selain untuk dirinya , Hakimi juga berusaha untuk lulus demi 38 orang adik-adiknya ini kerana dia ingin menjadi idola kepada adik-adik.
Jujur kami katakan .. anak-anak kami ini datang dari berbagai latar belakang. Selain susah .. mereka juga ada yang pernah kandas persekolahan. Jadi .. kejayaan Hakimi adalah hadiah yang sangat bermakna buat kami.
Atas sebab itulah .. pada 28 Feb ini, kami … 38 orang anak-anak PERTUBUHAN ANAK YATIM DAERAH KUALA MUDA dan 10 orang kakitangan serta abang kandung Hakimi akan bertolak ke Johor.
Setakat ini .. kami sudah menerima tajaan penginapan di hotel lengkap sarapan selama dua malam . Kami juga merima jemputan makan di Shah Alam, Serdang juga di R&R Pagoh dari beberapa penderma.
Kami masih memerlukan sumbangan untuk kos sewa bas RM 4K. Makan tengahari dan malam di Johor untuk hari jumaat dan juga kos makan untuk perjalanan pulang ke Kedah pada hari sabtu setelah majlis selesai.
Anggaran kos makan yang diperlukan untuk dua hari itu ialah RM 3K dan kos sewa bas RM4K itu menjadikan jumlah kos yang kami perlukan ialah RM7K.
Akhirkata .. kepada semua di luar sana yang telah banyak membantu kami selama ini, sesungguhnya hanya Allah S.W.T saja sebagai saksi.
Kepada yang menyumbang untuk kami hari ini … “Jazakumullah Khairan Katsiran “ ( Semoga Allah S.W.T akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak ).
Hasrat wanita ini akhirnya didengari pihak KD Sultan Ismail sendiri dan dengan berbesar hati, pihak tersebut membantu melaksanakan impian besar itu.
Menurut Puan Natipah, semua kos makanan di Johor telah disumbang oleh rakyat johor serta beberapa pihak antaranya rakan di Facebook dan pemilik sebuah restoran di Serdang.
Menurut Natipah, Hakimi bersama abang-abangnya dimasukkan ke Pertubuhan Anak Yatim Kuala Muda setelah kepergian ibu dan ayahnya hampir 10 tahun lalu.
Sebelum ini, empat beradik ini hanya menginap di sebuah rumah usang yang menjadi tempat perlindungan mereka.
Perkongsian Puan Natipah tentang keluarga Hakimi mendapat perhatian rakan Facebook, dan kesusahan yang dialami keluarga itu didengari pihak atasan yang akhirnya meluluskan sebuah rumah bernilai RM50 ribu buat mereka.
Semoga lebih ramai lagi pihak seperti Puan Natipah tampil dalam membantu mereka yang memerlukan.
Malah pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Puan Natipah wajar dicontohi dan dijadikan sumber inspirasi buat semua.
Sumber: Natipah Abu, KD SULTAN ISMAIL