Begini Cara Nak Bersihkan & Wangi kan Microwave Tanpa Perlu Menyental. Cukup Mudah & Berkesan!

Share

Bagi ibu-ibu yang nak bersihkan microwave , sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.

Berikut cara  nak bersihkan microwave atau oven yang boleh anda cuba di rumah. Bukan je bersih malah buat ia berbau wangi.


Tips Bersihkan dan Wangikan Microwave

1. Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja.

2. Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut

3. Masukkan dalam microwave.

4. On kan selama 5 minit.

5. Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave)

6. Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.

Siap!

Senang dan cepat kan?

Nota kaki:

Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga.

Jom cuci microwave

Kredit: Salinda Sopian