
Bagi ibu-ibu yang nak bersihkan microwave , sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.
Berikut cara nak bersihkan microwave atau oven yang boleh anda cuba di rumah. Bukan je bersih malah buat ia berbau wangi.
Tips Bersihkan dan Wangikan Microwave
1. Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja.
2. Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut
3. Masukkan dalam microwave.
4. On kan selama 5 minit.
5. Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave)
6. Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.
Siap!
Senang dan cepat kan?
Nota kaki:
Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga.
Jom cuci microwave
Kredit: Salinda Sopian
“Alhamdulillah Rasa Nak Lari Laju Sambil Jerit Kuat-Kuat.” Teruja Isteri Hamil 3 Bulan, Abam Bocey Akui Inilah Kehadiran Yang Sangat Dinanti!

Isi Kandungan
ToggleTiada yang lebih menggembirakan bila mana mengetahui isteri yang dicintai kini berbadan dua. Doa dan usaha yang selama ini didengari dan dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa.
Bagi Abam Bocey, tiada yang lebih menggembirakan bila isterinya kini sedang membawa bersama zuriat mereka yang pertama yang baru memasuki usia 3 bulan kandungannya.
Berita itu dikongsikan oleh Abam menerusi laman instagramnya.
Dengan kapsyen, Kehadiran yang sangat dinanti. Hadirlah dengan baik… Abam turut mendoakan anak dalam kandungan isterinya itu baik-baik sahaja.
Alhamdulillah terima kasih semua…. Syukur ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!! tulisnya lagi.
Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.
“Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya.
“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah.
“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.
Jika dulu apabila ditanya mengenai anak, Abam Bocey mengakui dia hanya merancang namun Allah yang boleh menentukan.
“Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak.
“Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mati esok, kita tahu tak? Macam itu juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha.
Nyata kini Allah sudah mendengar doa Abam dan isterinya. Semoga baik-baik sahaja kandungan isteri Abam sehingga selamat melahirkan.
Peminat dan pengikut pelawak ini turut mengucapkan tahniah dan mendoakan isteri dan kandungannya baik-baik sahaja.
shida_deenafiera tahniah @abam_bocik dan isteri…didoakn semoga..diberi kesihatan yg baik..
kentel00 @abam_bocik bnyk bersedekah…sambil2 niat utk dipermudahkn urusan…insyaallah..
suziesapie Tahniah @abam_bociksemoga di beri kesihatan yg baik sepanjang tempoh 9bulan yg mendatang dan di permudahkan segala urusan.. insyaallah.. aamiin
fina_kamarudzaman Tahniah @abam_bocik …jaga baik2. Smga bhgia hingga ke syurga
ain_wahab Tahniah Abam& isteri… Jadi papa mama lps ni yeay!
ayienpaklah Tahniah abam… bakal jd ayah.. kehadiran yg amat dinanti setiap pasangan ?
Sumber: Mstar Online & IG abam_bocik
Sukar Makan Ikan Terubuk Kerana Duri & Tulangnya, Dua Petua Ajaib Ini Bantu Makan Lebih Selesa

Ikan terubuk memang sedap dan enak dimakan panas-panas bersama nasi putih. Apa lagi jika dibuat ikan bakar yang dicicahkan bersama air asam, tentu makan nasi bertambah-tambah.
Namun yang menjadikan kita malas dan berfikir dua tiga kali untuk makan ikan terubuk adalah kerana tulangnya yang mengganggu kelancaran proses makan. Mungkin dalam erti kata lain memerlukan lebih kesabaran untuk makan.
Namun ada caranya untuk memastikan tulang ini seakan ‘hilang’ dan lebih mudah untuk dimakan. Anda harus mencubanya kerana dua petua ini memang terbukti berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya dengan betul.
Tarik Arah Bertentangan
Cara untuk menghilangkan tulang ini adalah dengan memegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk tersebut. Kemudian tarik dari arah bertentangan secara serentak. Tarik sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang yang ditarik. Selepas itu, barulah ikan disiang seperti biasa. Hasilnya tulang akan turun ke bawah dan lebih mudah dimakan tanpa perlu membuang tulangnya.
Kelar Rapat
Selain itu, proses mengelar ikan juga adalah cara seakan-akan menghilangkan tulangnya. Caranya mudah sahaja, basuh bersih ikan terubuk dan kemudian kelar ikan rapat-rapat. Tidak seperti mengelar ikan seperti biasa, tetapi kelar hingga rapat-rapat. Hasilnya tulang akan patah dan ketika makan tidak terasa lagi adanya tulang ikan terubuk yang berbentuk seperti huruf Y.
Selamat mencuba.
Buat Stok Sambal Ikut Cara Wanita Ini, Mudahkan Kerja Ibu-ibu Bekerja, Masak 10 Minit Je!

Bagi ibu-ibu yang bekerja, balik ke rumah menjelang waktu mahgrib adalah waktu yang cukup getir untuk memasak. Balik sahaja ke rumah terus ke dapur dan memasak untuk anak-anak yang menunggu kelaparan.
Ada waktunya kerja-kerja memasak tersasar lambatnya dek kepenatan dan tugasan ibu yang tak pernah henti. Sebenarnya ada cara lebih baik untuk memastikan jadual seminggu anda terjaga dengan baik.
Menyediakan stok sambal yang boleh digunakan dalam sebarang jenis masakan ini antara yang wajib ibu-ibu bekerja lakukan. Stok untuk seminggu. Confirm kerja memasak setiap hari jadi lagi mudah.
Ikuti cara yang dikongsikan oleh Naeamah Balqis ini. Superb!
Alasan tak sempat nak masak bagi ibu-ibu bekerja…lambat nak goreng bawang, cili dan sebagainya. Krik krik. Apa kata cuba buat pes sambal ni. 10 minit dah siap masak.
Pes sambal ni serbaguna, nak masak apa pun boleh. Sambalnya dah siap masak, cuma tambahkan saja sos dan bahan-bahan lain bila nak masak. Simpan dalam peti sejuk beku ya.
Masukkan minyak.. Letak air sikit nak bagi senang kisar.
Masukkan dalam kuali, sebab bercampur dengan air. Biar air kering sikit.
Masukkan cili kisar.
Dah hampir masak, masukkan garam dan gula. Gula akan membuatkan sambal kita masak cantik berkilat.
Kacau dengan kasih sayang sampai la masak. Cantik kan.
Masukkan dalam bekas, tutup dan simpan dalam freezer.
Sumber: Naeamah Balqis