Begini Cara Nak Aktifkan Data Internet Percuma Sempena Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Share

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan pelbagai manfaat kepada sektor perniagaan dan rakyat dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP). Salah satunya internet percuma kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi. Ia bermula hari ni iaitu 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.

Menerusi FB Shahida Daud, berkongsi cara langkah demi langkah oleh Ahmad Zulhuzni Aziz  untuk mengaktifkan data yang diberi secara percuma untuk talian komunikasi. Bagaimana pun cara ini hanya sesuai untuk pengguna telefon mudah alih jenama Samsung. 

Ikuti perkongsian ini.

PENGGUNA SAMSUNG

Perkongsian untuk yang belum tahu cara-cara untuk aktifkan data free #StayAtHome

Step 1 – Pergi setting tekan Connection
Step 2 – Mobile Networks
Step 3 – Network operator
Step 4 – Select manually
Step 5 – Sila pilih ikut rangkaian masing²

Setiap handphone settingnya lain² kan. Yang ini saya guna handphone Samsung.

RUJUK GAMBAR -PENGGUNA HANDPHONE SAMSUNG AJE.

 

*Sebenarnya start 1 April nanti, tapi ramai yang sudah dapat akses DATA FREE sebelum 1 April. Cuba try, mana tahu dah dapat free internet.

Enjoy Your Internet 

Kredit : Ahmad Zulhuzni Aziz