Tidur yang baik merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa untuk anak mereka. Ini untuk memastikan kecerdasan akal dan minda yang baik untuk anak anda.
Dalam proses untuk tidur yang baik waktu malam telah ditunjukkan cara daripada doktor, pakar tidur, dan penyelidik di Institut Kesihatan Kebangsaan di Bethesda, MD. Ada beberapa tips yang ibu bapa boleh amalkan.
1. Elakkan Makan Besar Sebelum Tidur
Pemakanan yang diambil sebelum tidur amat tidak baik untuk anak anda dan harus dielakkan. Apatah lagi makanan yang diambil dalam kuantiti yang baik. Sebagai ibu bapa, mereka harus elakkan anak mereka daripada mengambil makanan yang berat sebelum mereka tidur.
Lebih-lebih lagi makanan atau minuman yang mengandungi kafein. Makanan ini harus dielakkan oleh anak mereka seeloknya 6 jam sebelum tidur.
Ads
2. Elakkan Aktiviti Yang Merangsangkan Selepas Makan Malam
Selepas makan, jauhi anak anda daripada aktiviti yang boleh membuatkan mereka segar seperti menonton televisyen, atau aktiviti lain. Ini kerana ia akan buat anak anda tidak ada mood untuk tidur dan ingin berjaga sepanjang malam.
Amalkan anak anda untuk buat aktiviti yang boleh beri mereka mengantuk seperti membaca dan sebagainya.
3. Memberi Amaran
Beri amaran anak anda untuk tidur dalam masa lima minit, atau memberinya pilihan – “Adakah anda mahu pergi tidur sekarang atau dalam masa lima minit anda akan…”. Sedikit sebanyak cara ini akan buat mereka takut membuat aktiviti lain dan terus tidur.
Tetapi jangan sehingga memaksa atau menggunakan tangan anda untuk menyuruh mereka tidur.
Ads
4. Membuat Rutin Tidur Yang Konsisten
Ibu bapa boleh menubuhkan rutin tidur yang konsisten dan santai yang berlangsung antara 20 dan 30 minit dan berakhir di bilik tidur anak anda. Elakkan daripada bercerita tentang perkara-perkara yang menakutkan atau rancangan TV.
Adalah lebih baik untuk beri anak anda membaca buku kegemaran setiap malam daripada buku yang baru kerana mereka sudah biasa.
5. Elakkan Menyanyi Atau Goyang Anak Anda Ketika Tidur
Ibu bapa harus elakkan menyanyi atau goyang anak anda untuk tidur, kerana jika dia terjaga di tengah-tengah malam dia mungkin memerlukan anda untuk menyanyi atau goyang mereka kembali untuk tidur. Secara tidak langsung akan mengganggu tidur anda.
Jika anda telah melakukan ini, cuba untuk menghentikan tingkah laku ini secara beransur-ansur. Sebaliknya, cuba gunakan dengan objek peralihan seperti selimut kegemaran atau haiwan(patung) untuk tidurkan anak anda.
Ads
6. Pastikan Anak Anda Selesa
Ibu bapa harus memastikan anak mereka berada dalam keadaan selesa ketika tidur. Elakkan pakaian atau selimut yang boleh menyekat pergerakan mereka. Pastikan suhu bilik berada tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas supaya anak anda menikmati tidur mereka.
7. Tunggu Sebentar Jika Anak Anda Memerlukan Anda
Jika anak anda memerlukan anda selepas anda meninggalkan biliknya, tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas. Ini akan mengingatkan bahawa anak anda harus tidur, dan ia akan memberi peluang untuk mereka menenangkan dirinya dan juga kembali tidur semasa dia sedang menunggu untuk anda datang.
8. Suruh Anak Anda Tidur Jika Mereka Keluar Dari Biliknya
Jika anak anda keluar dari biliknya selepas anda meletakkan mereka untuk tidur, berjalan kembali dan perlahan-lahan kepada mereka dan tegas mengingatkan mereka untuk tidur semula. Bercakap dengan lemah lembut kepada mereka dan bawa mereka semula ke bilik untuk tidur.
9. Berikan Sesuatu Kepada Anak Anda Untuk Tidur
Berikan alat atau sesuatu benda untuk mengatasi kebimbangan anak anda. Ibu bapa boleh berikan anak mereka lampu suluh, botol semburan dipenuhi dengan “semburan raksasa,” atau seekor haiwan atau ‘teddy bear’ besar untuk ‘melindungi’ anak anda ketika mereka tidur.
10. Berikan Ganjaran
Ibu bapa boleh membuat sistem ganjaran. Ini bermaksud setiap malam anak anda pergi tidur pada masa dan waktunya di tempat tidur sepanjang malam, mereka akan mendapat bintang. Jadi mereka harus mengumpulkan bintang tersebut dengan banyak.
Malang tidak berbau. Anak perempuan pelakon dan pengacara, Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian kakinya selepas tersepit pada rim basikal.
Hal itu turut dikongsikan oleh suami Yana, Fadzil Zahari yang berkongsi hal itu menerusi Insta Storynya.
Menerusi posting di Instagram, Fadzil berkata, dia segera membawa anaknya, Aisy Sofea ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius.
“Kaki masuk dalam rim basikal. Saya berleter kepada dia (Sofea), awak nak jadi stunt girl ke?
“Selesai pemeriksaan X-ray dan tidak ada bahagian yang patah jadi kami pulang semula ke rumah,” kongsinya.
Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini turut memberitahu dia perlu membawa anaknya ke hospital semula selepas terdapat jangkitan kuman pada kaki.
“Selepas tiga hari, badan anak saya gatal-gatal ingatkan alahan ubat. Pukul 2 pagi saya membawanya semula ke hospital.
“Doktor kata luka tersebut terkena jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan,” katanya.
Semoga Aisy Sofea cepat-cepat sembuh dan kembali ceria bersama abangnya.
Terdahulu, Yana dan suami dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Bagi yang mempunyai hobi bercucuk tanam, tentu akan rasa bimbang tentang keadaan tanaman yang ditanam jika terpaksa tinggalkan rumah untuk jangka masa yang lama. Contohnya dimusim perayaan atau pergi bercuti ke luar negara.
Maklumlah rutin harian kalau bercucuk tanam ini, mestilah sering disiram dengan air tanaman tersebut. Hatta sehari terlupa siram, tanaman sudah terlihat layu dan apatah lagi jika berhari-hari. Pasti boleh mati pula dibuatnya.
Jadi tidak hairanlah, kebiasaanya mereka ini tidak mahu tinggalkan rumah berhari-hari. Bimbang dengan pokok-pokok yang ditanamnya itu.
Jadi bagaimana cara terbaik untuk atasi masalah ini?
Melalui perkongsian Lina Sahedin di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri memang cukup kreatif dan boleh dibuat. Kosnya pun murah sahaja, sekadar plastik dan getah sahaja pun.
Jom semak perkongsiannya…
“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Kebetulan hari ini saya nak balik kampung. Cara yang mudah tanpa keluar modal yang banyak sebab saya banyak juga pasu depan ,belakang dan tepi rumah… Kebetulan hari raya pun semakin hampir ,semua sahabat boleh buat begini..”–Lina Sahedin
Langkah pertama :
Pastikan bungkusan air tidak diikat terlalu ketat.
Langkah ke dua :
Letakkan di dalam pasu dan kemudian cucukkan bungkusan tadi dengan jarum peniti .
Langkah ketiga :
Cucukkan juga garfu plastik di dalam pasu agar kedudukan bungkusan berisi air tadi terletak elok.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu sememangnya kita begitu mengambil berat bagi memastikan anak-anak ke sekolah di dalam keadaan kemas, bersih dan selesa. Pun begitu, ketika musim hujan seperti masa ini, bab mencuci kasut sekolah pada hujung minggu tentunya membuatkan ibu berada dalam serba salah.
Jika tidak dicuci, kasut anak yang putih kelihatan kelabu asap. Jika dicuci bimbang pula tidak kering sebab cuaca sekarang tidak menentu. Jika ditepek lagi dengan kapur, makin terasa tebal pula.
Jadi bagaimana dan apa cara anda untuk pastikan kasut anak anda putih bersih dan selesa dipakai pada minggu hadapan. Ikuti perkongsian bermanfaat ini!
“Nak share tips bersihkan kasut putih/sekolah (yang tidak perlu kapur) dan tanpa perlu basahkan kasut. Sesuai sangat untuk hari lembap dan hujan ketika ini.”-Farah
Menariknya juga menurut Puan Farah, melalui cara ini anda tidak perlu jemur, tidak perlu rendam kasut seharian degan clorox dan tidak perlu sental kuat-kuat sekali pun. Namun hasilnya cukup hebat, putih bersih!
Menarik bunyinya bukan? Jadi jangan susah hati kalau hari minggu ni cuaca mendung atau hujan. Kita cuba cara ini ya. Jom semak!
Bahan-bahan:
sebatang berus gigi lama
ubat gigi (x kisah jenama apa)
tisu basah atau kain lembap
Ubat gigi ini juga boleh diletakkan pada bahagian baju sekolah anak yang kotorannya agak degil. Caranya mudah, letak ubat gigi di bahagian yang kotor, sental sikit degan berus gigi dan barulah masukkan baju tersebut ke dalam mesin basuh dan cuci seperti biasa.
sumber : Farah Ieyra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.